NEW
Font size
WorksheetsTujuan perniagaan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?
A. Mewujudkan peluang pekerjaan
B. Membantu masyarakat setempat
C. Meningkatkan pendapatan negara
D. Menawarkan barang dan perkhidmatan
Pilih pernyataan yang betul.
A. Pakaian (barang), Polisi insurans(perkhidmatan)
B. Pelancongan (barang), Salun kecantikan (perkhidmatan)
C. Pusat tuisyen (barang), Buku rujukan (perkhidmatan)
D. Telefon bimbit (barang), Kereta (perkhidmatan)
Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia?
A. Mudah dipenuhi
B. Hidup lebih selesa
C. Mempunyai batasan
DSama untuk semua individu.
Pernyataan di bawah berkaitan dengan Syarikat Perkasa Sdn Bhd.
"Syarikat telah membina tiga buah pondok rehat di taman rekreasi berhampiran"
Syarikat Perkasa telah menggunakan keuntungannya untuk
A. Memajukan lagi perniagaannya
B. Membantu masyarakat setempat
C. Membayar ganjaran kepada pekerjanya
D. Mendapatkan keyakinan daripada pelabur
"Tepung beras, minyak masak dan gula adalah antara barang keperluan yang dijual pada harga subsidi."
Hal ini bermakna barang tersebut
A. dijual pada harga kos
B. dijual di atas harga kos
C. dijual di bawah harga kos
D. dijual secara percuma
Apakah tujuan kewujudan organisasi bukan bermotifkan untung?
I. Mewujudkan kesedaran tentang sesuatu perkara
II. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
III. Memperoleh keuntungan daripada aktiviti yang dilaksanakan
IV. Membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan keperluan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara berikut, yang manakah benar tentang Perkongsian Liabiliti Terhad?
A. Kuasa pemegang syernya terhad
B. Modal pemegang syer terhad
C. Bilangan pemegang syernya terhad
D. Tanggungan pemegang syernya terhad
Apakah kelebihan Syarikat Sendirian Berhad berbanding dengan Syarikat Awam Berhad?
A. Syarikat Sendirian Berhad mempunyai taraf perundangan tersendiri.
B. Keuntungan yang diperoleh Syarikat Sendirian Berhad terlepas daripada bebanan cukai.
C. Penyata Syarikat Sendirian Berhad tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.
D. Lembaga pengarah Syarikat Sendirian Berhad tidak semestinya terdiri daripada pemegang syer
Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan berdasarkan ciri-ciri berikut:
*mudah ditubuhkan
*pemilik mempunyai kuasa penuh
*kadar cukai rendah
A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Milikan tunggal
D. Syarikat Sendirian Berhad
Antara berikut, yang manakah ciri Syarikat Awam Berhad?
A. Bilangan minimum ahlinya berjumlah dua orang
B. Syer hanya boleh dipindah milik atas pengetahuan lembaga pengarah
C. Syarikat ini mesti dibubarkan jika majoriti pemegang syer menjadi muflis
D. Sebelum ditubuhkan, syer syarikat jenis ini mestilah disenaraikan di bursa saham.
