wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

geography form 2

Total questions: 70

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud skala?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

2.

Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan.


Maklumat di atas merupakan maksud

a)

skala lurus

b)

skala penyata

c)

pecahan wakilan

3.

Apakah maksud jarak?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

4.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan jarak mutlak?

a)

Dinyatakan dalam unit meter atau kilometer

b)

Tidak tetap dan berubah-ubah

c)

Tetap dan tidak berubah

d)

Berdasarkan kos dan masa

5.

Jika satu lekuk bersamaan 1 cm, apakah tafsiran bagi skala lurus mudah di atas?

a)

1 cm mewakili 2 km

b)

1 cm mewakili 8 km

c)

1 cm mewakili 4 km

d)

1 cm mewakili 6 km

6.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Jarak relatif adalah berdasarkan

a)

jarak

b)

kos

c)

masa

7.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)



Ukuran jarak relatif mengikut masa berdasarkan kiraan

a)

minit

b)

jam

c)

hari

d)

meter

8.

Lebih sesuai digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas seperti kawasan hutan.


Maklumat di atas berkaitan dengan

a)

rujukan grid 4 angka

b)

rujukan grid 5 angka

c)

rujukan grid 6 angka

d)

rujukan grid 7 angka

9.

Simbol di atas ialah

a)

kelapa

b)

kelapa sawit

c)

nipah

d)

paya bakau

10.

Apakah jenis ciri pandang darat simbol tersebut?

a)

Ciri pandang darat budaya

b)

Ciri pandang darat fizikal

11.

Antara berikut, yang manakah tidak dapat digambarkan dengan menggunakan peta topografi?

a)

Paya bakau

b)

Sungai

c)

Sawah padi

d)

Taburan suhu

12.

(Pilih dua jawapan)



Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara, iaitu

a)

peredaran bumi

b)

putaran bumi

c)

peredaran matahari

d)

putaran bulan

13.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan peredaran bumi?

a)

Kejadian 4 musim di kawasan beriklim sederhana

b)

Fenomena gerhana

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Kejadian pasang surut

14.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)



Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan putaran bumi?

a)

Kejadian 4 musim di kawasan beriklim sederhana

b)

Pembiasan angin lazim

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Kejadian pasang surut

15.

Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan kejadian siang dan malam?

a)

Putaran bumi pada paksinya

b)

Putaran bulan pada paksinya

c)

Peredaran bumi mengelilingi bulan

d)

Peredaran bumi mengelilingi matahari

16.

Rajah di atas boleh dikaitkan dengan kedudukan bumi pada

a)

21 Mac

b)

21 Jun

c)

23 September

d)

22 Disember

17.

Antara yang berikut, yang manakah ciri iklim di Malaysia?

a)

Panas dan lembap sepanjang tahun

b)

Min suhu tahunan kurang daripada 18°C

c)

Mengalami suhu musim kering yang nyata

d)

Hujan maksimum pada musim peralihan monsun

18.

Maklumat di bawah dapat dikaitkan dengan

a)

bayu laut

b)

angin Sumatera

c)

angin Monsun Timur Laut

d)

angin Monsun Barat Daya

19.

Mengapakah tanaman di atas sesuai ditanam di Cameron Highland?

a)

Suhu sederhana, 18°C hingga 21 °C

b)

Hujan tahunan kurang daripada 2000 mm

c)

Mengalami satu musim tengkujuh yang nyata

d)

Mengalami musim tengkujuh pada bulan Mac hingga Mei

20.

Antara yang berikut, yang manakah jenis iklim di zon panas sederhana?

a)

Iklim Monsun Tropika

b)

Iklim Mediterranean

c)

Iklim China

d)

Iklim Laurentia

21.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri iklim di kawasan berlorek dalam peta di atas?

a)

Kerpasan turun dalam bentuk salji pada musim sejuk

b)

Musim panas pendek dan sederhana sejuk

c)

Hujan paling lebat semasa peralihan monsun

d)

Julat suhu tahunan kecil, iaitu 2°C

22.

Skala yang manakah menunjukkan jarak dalam jadual di bawah?

a)
b)
c)
d)
23.

Kedudukan sesuatu tempat dalam peta topografi boleh ditentukan dengan merujuk

a)

A rujukan grid

b)

B rujukan peta

c)

C rujukan angka

d)

D rujukan kedudukan

24.

Maklumat yang berikut dapat dikaikan dengan kedudukan bumi di

a)

A I

b)

B II

c)

C III

d)

D IV

25.

Apakah ciri iklim yang membolehkan kegiatan manusia dijalankan sepanjang tahun di Malaysia?

a)

A Hujan lebat turun sekali sekala

b)

B Musim panas yang panas dan panjang

c)

C Musim sejuk yang sederhana dan singkat

d)

D Suhu tinggi dan hujan lebat sepanjang tahun

26.

Bagaimanakah pernyataan di bawah mempengaruhi iklim di Malaysia?

a)

A Salji turun pada akhir tahun

b)

B Satu musim kering yang panjang

c)

C Mengalami empat musim yang nyata

d)

D Menerima cahaya matahari sepanjang tahun

27.

Namakan sistem angin yang ditunjukkan dalam peta di bawah.

a)

A Angin Sumatera

b)

B Angin Monsun Tenggara

c)

C Angin Monsun Barat Daya

d)

D Angin Monsun Timur Laut

28.

Apakah pandang darat budaya yang dapat diwujudkan daripada pandang darat fizikal tanah tinggi?

a)

Pertanian -Tanaman teh dan sayuran hawa sederhana

b)

Perikanan - Petempatan nelayan,Pelabuhan

c)

Sumber air - Paip saluran air

d)

Kuasa Hidroelektrik - Empangan

29.

Garisan yang membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan ialah

a)

A. Garisan Artik

b)

B. Garisan Jadi

c)

C. Garisan Khatulistiwa

d)

D. Garisan Sartan

30.

Berikut adalah antara 4 Zon iklim di Asia kecuali

a)

Sejuk sederhana

b)

Khatulistiwa

c)

Panas

d)

Panas sederhana

31.

Iklim Mediterranean tergolong dalam zon

a)

Sejuk

b)

Sejuk Sederhana

c)

Panas Sederhana

d)

Panas

32.

Zon Panas di Asia berada pada latitud

a)

65U hingga 90U

b)

45U hingga 65U

c)

30U hingga 45U

d)

10S hingga 30U

33.

Brikut adalah negara yang berada dalam iklim Gurun Panas kecuali

a)

Arab Saudi

b)

Turki

c)

Iraq

d)

Oman

34.

Berikut adalah negara yang berada di bawah iklim Khatulistiwa kecuali

a)

Malaysia

b)

Singapura

c)

Thailand

d)

Brunei

35.

Orang Eskimo merupakan penduduk di kawasan iklim

a)

Laurentia

b)

Steppe

c)

China

d)

Tundra

36.

Hasil buruan walrus di kawasan iklim tundra dijadikan sebagai

a)

rangka khemah

b)

iglu

c)

pelita

d)

haiwan peliharaan

37.

Hasil pertanian di Hokkaido Jepun merupakan kegiatan manusia di kawasan iklim

a)

Stepe

b)

Siberia

c)

China

d)

Laurentia

38.

Pantai Jepun terletak di persimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakkan pertumbuhan

a)

rumpai laut

b)

ikan salmon

c)

plankton

d)

ikan tuna

39.

Penternakan di negara China banyak dijalankan di kawasan

a)

lembah sungai

b)

lereng bukit

c)

kaki bukit

d)

dataran

40.

Di kawasan iklim gurun panas, pokok kurma ditanam di kawasan

a)

lereng bukit

b)

oasis

c)

lembah sungai

d)

dataran

41.

Penternakan di kawasan iklim gurun panas adalah untuk mendapatkan berikut kecuali

a)

bulu

b)

tanduk

c)

kulit

d)

daging

42.

Panas dan lembap sepanjang tahun merupakan cuaca di iklim

a)

Monsun tropika

b)

Gurun panas

c)

Mediterranean

d)

Khatulistiwa

43.

Iklim berikut adalah iklim yang menerima taburan hujan tahunan paling banyak iaitu

a)

Siberia

b)

Laurentia

c)

Khatulistiwa

d)

Steppe

44.

Di benua asia, tempat paling sejuk yang didiami oleh manusia ialah

a)

Oymyakon, Rusia

b)

Siberia, Rusia

c)

Hakodate, Jepun

d)

Vostok, Antartika

45.

Kenalpasti kejadian musim di kawasan beriklim sederhana

a)

Musim Bunga

b)

Musim Panas

c)

Musim Tengkujuh

d)

Musim Kemarau

46.

Apakah maksud putaran bumi?

a)

Bumi berputar atas paksinya mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam

b)

Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya dengan arah lawan jam

c)

Bumi berputar mengelilingi bulan di atas paksinya

47.

Pergerakan bumi ada 2 cara iaitu?

a)

Putaran

b)

Pusingan

c)

Peredaran

d)

mengelilingi

48.

Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran bumi?

a)

Bumi beredar atas paksi

b)

Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam

c)

Bumi beredar mengelilingi bulan mengikut arah lawan jam

49.

Satu peredaran lengkap bumi mengambil masa?

a)

1 hari

b)

24 jam

c)

1 tahun

50.

Gambar tersebut menunjukkan kejadian?

a)

Kejadian 4 musim

b)

Kejadian siang dan malam

c)

Kejadian gerhana matahari

51.

Pilih gambar yang menunjukkan putaran bumi

a)
b)
52.
  • musim bunga di hemisfera selatan
  • tarikh 23 september

apakah yang dialami di hemisfera utara berdasarkan maklumat di atas?

a)

musim sejuk

b)

musim panas

c)

musim luruh

d)

musim panas

53.

Bilakah tarikh berlakunya solstis musim sejuk?

a)

21 Mac

b)

22 December

c)

21 Jun

54.

Semasa musim panas di Hemisfera utara,pancaran matahari tegak di garisan?

a)

Garisan Khatulistiwa

b)

Garisan Jadi

c)

Garisan Sartan

55.

Kejadian pasang surut berlaku disebabkan oleh ............. graviti antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari.

a)

Peredaran

b)

Tarikan

c)

Pusingan

56.

Pada 22 Disember matahari tengah hari tegak di garisan......?

a)

Sartan

b)

Jadi

c)

Khatulistiwa

57.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ekuinoks?

a)

Kedudukan matahari berada paling jauh ke selatan.

b)

Apabila kawasan khatulistiwa mengalami siang dan malam yang sama panjang.

58.

Tandakan 2 jenis hujan yang berlaku di Malaysia?

a)

Hujan batu

b)

Hujan perolakan

c)

Hujan rintik

d)

Hujan bukit

59.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses pemeluwapan.

a)

Awan bertukar menjadi hujan

b)

Keadaan di mana awan stratus bertukar kepada awan kumolonimbus

c)

Wap air daripada permukaan bumi naik ke udara dan berkumpul membentuk debu yang akhirnya terjadi awan

d)

Kejadian hujan bukit turun di bahagian laut.

60.

Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....

a)

renyai dan pada awal pagi

b)

lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir

c)

lebat pada awal pagi diikuti kilat

d)

renyai pada waktu tengahari

61.

Tandakan negeri yang mengalami musim tengkujuh semasa kejadian Angin Monsun Timur Laut.

a)

Kelantan

b)

Terengganu

c)

Pahang

d)

Perak

e)

Sabah

62.

Angin Monsun Timur Laut bermula daripada kawasan mana?

a)

Benua Australia

b)

Pedalaman Benua Asia

c)

Pedalaman Benua Eropah

d)

Benua Amerika

63.

Namakan kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia.

a)

Bukit Larut, Taiping, Perak.

b)

Shah Alam, Selangor.

c)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

d)

Larkin, Johor.

64.

Apakah pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia?

a)

Pertanian: Padi, kelapa sawit, lada hitam

b)

Pelancongan: cuaca panas menyebabkan kurang tarikan pelancong

c)

Perikanan: nelayan turun ke laut pada musim tengkujuh

d)

Pembalakan: pertumbuhan hutan hujan tropika

65.

Terdapat 2 jenis angin tempatan iaitu

a)

Angin Sumatera

b)

Bayu laut

c)

Angin Monsun

d)

Bayu darat

66.

Apakah nama awan yang terbentuk sebelum menurunnya hujan perolakan?

a)

awan cirrus

b)

awan stratus

c)

awan nimbus

d)

awan kumolonimbus

67.

Putaran bumi dari barat ke timur menghasilkan daya graviti bumi yang dinamakan (a)  

68.

Fenomena ini berlaku apabila matahari , bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus dan bulan akan ditutupi oleh bayang-bayang bumi adalah gerhana

a)

matahari

b)

bulan

69.

Bumi berputar pada paksinya yang mempunyai kecondongan ___________

a)

23 1/2◦

b)

24 1/2◦

c)

25 1/3◦

d)

22 1/2◦

70.

Satu putaran bumi yang lengkap mengambil masa _________ jam atau _________ hari

(a)