wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENILAIAN 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Hanisah sedang asyik menonton televisyen di ___________________ rumahnya.

a)

ruang keluarga

b)

ruang makan

c)

ruang tamu

d)

ruang dapur

2.

“Pak Seman menggunakan _______________ untuk menebang sebatang pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.

a)

pisau

b)

parang

c)

kapak

d)

tombak

3.

_______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan majlis itu.

a)

Aku

b)

Saya

c)

Awak

d)

Anda

4.

Sazali, Kamal dan Yahya berlatih ________________sambil bermain alat muzik untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.

a)

menari

b)

menjerit

c)

menangis

d)

menyanyi

5.

Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berasal _____________ negeri Pahang.

a)

pada

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

6.

Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya.

a)

bagi

b)

untuk

c)

kepada

d)

daripada

7.

Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________ berjaya dalam pelajaran.

a)

oleh

b)

hingga

c)

sambil

d)

supaya

8.

Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana dikejar oleh anjing.

a)

sambil

b)

dengan

c)

seraya

d)

dan

9.

“Saya _______________ membeli sepasang baju kurung”,kata Melati kepada Puteri.

a)

harus

b)

dapat

c)

boleh

d)

hendak

10.

Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas ujian penulisan itu.

a)

setiap

b)

beberapa

c)

sebilangan

d)

sebahagian

11.

Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________ tinggi nilainya.

a)

amat

b)

benar

c)

nian

d)

agak

12.

Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk menggerakkan mesin pemotong kayu itu.

a)

jua

b)

hanya

c)

sahaja

d)

memang

13.

Ramli terpaksa berakit di ________________ jambatan Sungai Jelai untuk pergi ke kebunnya.

a)

bawah

b)

tengah

c)

atas

d)

tepi

14.

Rosdah membeli sebuah kereta __________________ di Kuala Lumpur dengan harga RM15,000.

a)

terlaris

b)

terbaru

c)

terbuang

d)

terpakai

15.

Aminah berasa ___________________ meninggalkan ayahnya yang sakit tenat di rumah seorang diri.

a)

jauh hati

b)

berat hati

c)

besar hati

d)

berkat hati

16.

Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya. sikap Ahmad ________________________.

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

bagai kaduk naik junjung

d)

seperti aur dengan tebing.

17.

Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia sentiasa berusaha untuk berjaya.

a)

namun begitu

b)

selain itu

c)

walaupun

d)

sekiranya

18.

Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang tidur.

Perkataan seerti bagi kesempatan ialah

a)

peluang

b)

peranan

c)

kehendak

d)

kesanggupan

19.

Siput babi makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut.

Perkataan berlawan bagi lembut ialah

a)

rapuh

b)

keras

c)

kenyal

d)

lembik

20.

__________________kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 yang lalu?

Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya di atas

a)

Apa

b)

Bila

c)

Siapa

d)

Mengapa