Font size
WorksheetsUJIAN : PENDIDIKAN ISLAM (TINGKATAN 4)
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Sempurnakan ayat 101 AlKahfi di bawah
ٱلَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِى غِطَآءٍ عَن ذِكْرِى وَكَانُوا۟ ________ سَمْعًا
لا يستطيعون
لا يجلسون
لا يعلمون
لا يسمعون
Sempurnakan ayat 102 AlKahfi di bawah
أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ ________ عِبَادِى مِن دُونِىٓ أَوْلِيَآءَ ۚ إِنَّآ أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَٰفِرِينَ نُزُلًا
أن يجمعوا
أن يعبدوا
أن يتخذوا
أن يلعبوا
Sempurnakan ayat 103 AlKahfi di bawah
قُلْ هَلْ _____ بِٱلْأَخْسَرِينَ أَعْمَٰلًا
نستغفرلكم
ننبئكم
نعيدكم
يمددكم
Apakah maksud mempersendakan agama?
semua tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan yang merendah-rendahkan martabat agama.
semua tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan yang merendah-rendahkan orang Islam.
Semua tindakan yang merendah-rendahkan para alim ulama.
semua tindakan yang menjatuhkan maruah keluarga Islam
Allah menyediakan balasan _____________bagi sesiapa yang mensyirikkan-Nya
neraka jahannam
hidup susah
berjaya dalam kehidupan
syurga
orang yang telah _______________ tidak akan dapat melihat tanda kekuasaan Allah
mengabaikan perintah
beramal soleh
tertutup pintu hatinya
Pernyataan manakah bukan perbuatan mempersendakan agama
Menyanjung perbuatan maksiat
Menghina golongan ulama dan orang soleh
Berasa bangga apabila melakukan kebaikan
Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah
Apakah balasan Allah kepada orang yang mempersendakan agama di dalam ayat 70 surah Al-An'am
Diberi minuman yang panas menggelegak
Segala amalan mereka lakukan tidak diterima Allah SWT
Mereka akan dibiarkan berada di dalam kesesatan
خَيْرَ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا
Potongan hadis tersebut bermaksud....
Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan menanggungnya di atas belakangnya (untuk dijual)
Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan menanggungnya di atas belakangnya (untuk dijual)
Lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya
Pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang
Berdikari bermaksud.....
sentiasa mengharap pada bantuan orang lain.
berusaha sendiri dan bergantung pada bantuan ibubapa
berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain.
tidak berusaha sendiri dan bergantung pada bantuan keluarga.
Berikut adalah konsep berdikari yang telah anda pelajari kecuali....
membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara maruah diri dan kemuliaan diri.
menggunakan potensi diri yang dikurniakan Allah SWT untuk perkara yang bermanfaat.
berusaha bersungguh-sungguh demi keseronokan diri
berazam dengan hemah yang tinggi untuk meningkatkan kualiti diri
Pengajaran daripada hadis "kemuliaan berdikari" yang telah anda pelajari ialah seperti berikut kecuali.......
kita hendaklah memandang mulia kepada pekerjaan yang halal walaupun hasilnya sedikit.
kita hendaklah menghindari perbuatan meminta-minta dan bergantung pada orang lain.
kita hendakalah berusaha mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
kita hendaklah mengabaikan orang yang pemalas kerana mereka tidak berusaha berdikari untuk memajukan diri.
Ajaran sesat bermaksud
Ajaran yang lebih secara terangan menentang agama Islam
Ajaran yang menjalankan kegiatan secara sembunyi
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi hakikatnya bertentangan dengan Islam
Pilih tiga daripada empat ciri ajaran sesat daripada aspek al-Quran dan Hadis
Memahami dan mentafsir al-Quran dengan logik akal sahaja tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul.
Meyakini bahawa terdapat al-Quran lain yang tersembunyi
Meyakini hadis-hadis sahih sebagai sumber hukum
Hanya berpegang dengan al-Quran dan menolak Hadis sebagai sumber hukum Islam
Pilih dua daripada empat ciri ajaran sesat daripada aspek ibadah.
Melakukan solat jamak qasar ketika bermusafir
Menolak kewajipan ibadah fardhu
Berpuasa Asyura pada 10 Muharram
Beribadah dengan hanya berzikir bagi mengggantikan solat
Meyakini terdapat al Quran lain yang tersembunyi merupakan ciri ajaran sesat dari aspek
Al Quran dan Hadis
Akidah
Ibadat
Akhlak
Liberalisme agama bermaksud
Aliran pemikiran yang menyeru kepada kebebasan dalam mentafsir agama
Aliran yang menganggap semua agama adalah sama
Aliran yang mengajak bermusuhan jika berlainan agama
Antara faktor ajaran sesat diikuti masyarakat ialah
kurangnya ilmu berkaitan akidah
kehebatan pemimpinnya
ketampanan pemimpinnya
"Menyembelih binatang ternakan (al-An'am) pada 10 Zulhijah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT." Pernyataan ini merujuk kepada maksud ___________.
korban
akikah
akidah
sembelihan
Hukum korban menjadi wajib apabila seseorang itu
bernazar
dikurniakan cahaya mata
berjanji dengan orang lain
memiliki harta yang banyak
Berikut adalah syarat-syarat sah korban kecuali
binatang al-An’am
binatang yang cukup umur
harus disembelih oleh orang yang bukan Islam
binatang ternakan yang sihat dan tidak cacat
Umur unta yang hendak dijadikan haiwan korban ialah
2 tahun dan ke atas
3 tahun dan ke atas
4 tahun dan ke atas
5 tahun dan ke atas
Berikut adalah orang yang boleh diberi daging korban KECUALI
Fakir miskin
Ahli keluarga orang yang berkorban
Orang kaya
Orang kafir
Menghayati semangat pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim
Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam
Tanda bersyukur kepada Allah atas segala nikmat
Pernyataan di atas merujuk kepada
Faktor ibadat korban
hikmah ibadat korban
ciri-ciri ibadat korban
Apabila ada rukun haji yang tertinggal, maka..
Hajinya tidak sah dan tidak dapat menggantinya dengan denda (dam), dan harus mengulang ibadah haji tahun depan
Hajinya sah dan tidak perlu membayar denda (dam) ataupun mengulang tahun depan
Hajinya tidak sah, dan boleh membayar denda (dam)
Hajinya sah, tapi tetap harus bayar denda (dam)
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN larangan ihram bagi haji dan umrah?
Menyapu minyak rambut
Memakai selipar
Memakai sarung tangan
Memburu binatang buruan
Apakah yang dimaksudkan dengan umrah dari segi istilah?
mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya
mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya
mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan Zulkaedah untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya
mengunjungi Baitullah al-Haram pada 1 - 13 Zulhijjah untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya
Apakah yang membezakan antara rukun haji dan umrah?
tawaf
sa'ei
wuquf
bergunting
Siapakah pengasas kerajaan Abasiyah
Abu Al Abbas Abdullah bin Muhammad
Al Abbas bin Abdul Mutalib
Abu Jaafar Abdullah Muhammad
Harun al Rashid
Kerajaan Bani Abasiyah memerintah selama _____________ tahun
424
524
624
724
Pilih urutan yang BETUL mengenai sistem pemerintahan kerajaan Abasiah.
al-Khalifah -> al Dawawin -> al Wazir
al Wazir -> al Khalifah -> al Dawawin
al-Khalifah -> al Wazir -> al Dawawin
al Wazir -> al Dawawin -> al Khalifah
Nama penuh Imam Syafie
Muhammad bin Muhammad
Muhammad bin Ismail
Muhammad bin Idris
Muhammad bin Abdullah
Tempat dan Tarikh lahir Imam As-Syafie R.A
Mekah, Ramadhan 147 hijrah
Mesir, Rejab 150 hijrah
Palestin, Rejab 150 hijrah
Madinah, Sya'ban 154 hijrah
Imam As- Syafie mempelajari ilmu feqah daripada _______________.
Imam Muslim bin Khalid Zinji
Imam Malik rahimahullah
Imam Nafi' Maula ibni Umar
Abdullah bin Haris
Jelaskan maksud Wasatiah ...
Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang setiap masa.
Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.
Pendekatan yang memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna.
Pendekatan yang tidak melampaui batas dan mematuhi syarat yang tertentu.
Berikut adalah aspek kesederhanaan yang dituntut dalam Islam kecuali
Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh tanggungjawab
Memenuhi syarat dalam melakukan tiap tugasan
Menunaikan tugas mengharap ganjaran dari pihak atasan
Melaksanakan tugas ikhlas kerana Allah
Apakah maksud prinsip keadilan?
Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas, serta mematuhi segala syarat yang ditetapkan
Memenuhi keperluan jasmani, rohani, dan akhlak secara sempurna
Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa, dan tempat
Pendekatan yang terbaik dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta berkeyakinan teguh kepada Allah SWT
Berikut adalah cara mengamalkan sifat wasatiah KECUALI
bekerja mencari rezeki yang halal dan berkat
menggunakan akal untuk melakukan kezaliman dan keganasan
melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
membelanjakan harta dengan cara yang betul
