wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKBBBK:PERIBAHASA

Total questions: 35

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Berikan satu peribahasa lain yang hampir sama maksud dengan peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi.

a)

Besar kerak daripada nasi.

b)

Bagai api dalam sekam.

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

d)

Besar sandal daripada gelegar.

2.

Berikan satu peribahasa lain yang hampir sama maksud dengan bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

a)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

b)

Besar kerak daripada nasi.

c)

Bagai tikus membaiki labu.

d)

Bagai kaca terhempas ke batu

3.

Kemukakan satu peribahasa yang sesuai mengikut situasi ini. Jiran tetangga yang tidak bertegur sapa.

a)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

b)

Seperti lembu dicucuk hidung

c)

Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masin.

d)

Pucuk dicita ulam mendatang.

4.

Kemukakan satu peribahasa yang sesuai mengikut situasi ini. Individu yang banyak berjasa kepada masyarakat.

a)

Indah khabar daripada rupa.

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

c)

Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

d)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

5.

Megat terus berusaha mencipta kereta tanpa pemandu yang pertama walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran kerana dia tahu bahawa ....................................

a)

ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

b)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

c)

Ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk.

d)

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

6.

Maria bersikap bagaikan ..................................... apabila berpura-pura tidak mengenali Mariam yang telah meminjamkan wang kepadanya ketika dia susah.

a)

kacang lupakan kulit

b)

pucuk dicita ulam mendatang

c)

indah khabar daripada rupa

d)

besar kerak daripada nasi,

7.

Apakah maksud peribahasa jauhari sahaja yang mengenal manikam?

a)

Orang yang pandai sahaja yang mampu berjaya.

b)

Orang yang bijaksana sahaja yang mengetahui kelebihan ilmu.

c)

Sesuatu yang sudah berlaku dan tidak boleh dibetulkan atau diubah lagi.

d)

Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya barangan itu akan bertambah rosak.

8.

Nyatakan satu peribahasa yang menepati maksud keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan dirinya.

a)

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

b)

Seperti mencurah garam ke laut

c)

Ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk.

d)

Menghitung bulu kambing.

9.

"Jangan sampai ..........................................(kelakuan yang melampau) anak kamu itu jika tidak ditegur," kata nenek kepada ibu.

a)

digenggam tiada tiris

b)

cacing naik ke mata

c)

dicucuk hidung

d)

digantung tak bertali

10.

Memang wajar hidup Akmal susah kerana dia malas bekerja walaupun banyak peluang pekerjaan ................................. (orang yang malas berusaha tentulah susah hidupnya)

a)

bagai katak di dalam tempurung

b)

seperti hujan jatuh ke pasir

c)

seperti aur dengan tebing

d)

ibarat segan berkayuh, perahu hanyut

11.

Kamal yang berpendapatan tinggi tidak menghiraukan adik-beradiknya yang susah tetapi terus mengumpul harta dan bermewah-mewah ibarat bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

a)

orang yang sombong

b)

orang yang lupa daratan

c)

orang yang mementingkan diri sendiri.

d)

orang yang lupa asal usul diri sendiri

12.

Linda tidak dapat membuat keputusan sama ada mengikut suaminya balik ke Pahang atau menjaga ibunya yang sakit di Melaka, dia ibarat ditelan mati emak, diluah mata bapa.

a)

dalam keadaan serba serbi tak kena

b)

dalam keadaan memendam rasa

c)

dalam keadaan kebingungan

d)

dalam keadaan serba salah.

13.

Ketika kejadian tanah runtuh, dia tinggal sehelai sepinggang kerana rumahnya ranap dihempap tanah yang runtuh dan pokok yang tumbang.

a)

hidung sebatang kara.

b)

tidak punya apa-apa lagi

c)

harta benda lesap dek orang ambil kesempatan

d)

semua harta hilang kerana ditimpa bencana.

14.

Berikan maksud peribahasa ada gula ada semut.

a)

Di tempat yang senang mencari rezeki, ramai orang berkumpul.

b)

Di mana ada gadis manis, di situ ada jejaka tampan.

c)

Di mana kawasan yang luas, di situ banyak rumah didirikan.

d)

Di tempat yang banyak emas, di situ ramai pedagang.

15.

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa bagai ayam dibawa ke lampuk.

a)

bagai rusa masuk kampung

b)

bagai api makan dalam dedak

c)

ibarat antan patah, lesung hilang

d)

bagai api dalam sekam.

16.

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa bagai api dalam sekam

a)

bagai api makan dalam dedak

b)

bagai bulan di pagar bintang

c)

bagai rusa masuk kampung

d)

bagai antan patah, lesung hilang

17.

Berikan maksud peribahasa bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

a)

kehidupan hampir pupus

b)

kehidupan yang diganggu

c)

hidup dalam kemelaratan

d)

hidup yang tak pernah senang

18.

Berikan maksud peribahasa ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.

a)

Walaupun hidup susah namun tidak meminta sedekah.

b)

Walaupun hidup susah namun tidak menyusahkan orang lain

c)

Walaupun merantau lama, namun tetap hidup susah

d)

Walaupun di tempat sendiri tetapi masih hidup dalam kesusahan.

19.

Maksud peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya ialah .........................................

a)

orang yang semuafakat, sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya.

b)

orang yang hidup dalam kelompok besar yang tidak akan berpisah

c)

orang yang sehidup semati dan tidak akan berpisah walau apapun yang berlaku.

d)

orang yang hidup sepakat membawa berkat.

20.

Maksud peribahasa yang lama dikelek, yang baharu didukung ialah...............................................

a)

budaya lama dikelek, budaya baharu diamalkan.

b)

budaya lama disimpan manakala budaya baru dihargai.

c)

adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu

d)

adat yang lama diamalkan manakala budaya baru ditinggalkan.

21.

Berikut peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan kecuali .....................

a)

belum duduk sudah berlunjur

b)

burung terbang dipipiskan lada

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

22.

Berikut peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa sehari selembar benang lama-lama menjadi kain kecuali ....................................

a)

sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

b)

di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

c)

bagai semut penghimpun melukut.

d)

ibarat antan patah, lesung hilang.

23.

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga...........................................

a)

air dicincang takkan putus

b)

belum duduk sudah berlunjur

c)

burung terbang dipipiskan lada

d)

bagai rusa masuk kampung

24.

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga ...........................................

a)

ibarat belut pulang ke lubuk

b)

ibarat antan patah, lesung hilang

c)

bagai semut pnghimpun melukut

d)

bagai api makan dalam dedak

25.

Berikan maksud peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

a)

Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh.

b)

Budaya yang tidak akan berubah dan tak akan hilang

c)

Adat yang perlu dijaga dan dibajai.

d)

Budaya yang tidak perlu berubah dan akan diamalkan

26.

Berikan maksud peribahasa kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

a)

Kalau takut berhadapan dengan musuh, jangan bina hubungan dengan mereka.

b)

Kalau takut hidup miskin, jangan biarkan malas itu berlebih-lebihan.

c)

Kalau takut berhadapan dengan penderitaan,lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.

27.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

a)

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

b)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

c)

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran

d)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

28.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa walaupun senang di tempat orang, tetapi tempat sendiri jugalah yang terbaik.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijujung.

c)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

d)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

29.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa perselisihan faham antara adik beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

a)

untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan.

b)

Carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.

c)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

d)

bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

30.

Maksud peribahasa dayung sudah di tangan, perahu sudah di air ialah....................................................

a)

tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

b)

mendidik anak biarlah semasa mereka masih kecil lagi.

c)

bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

d)

sudah bersedia untuk bertarung kerana kedua-dua tangan sudah memegang senjata.

31.

Lintah darat maksudnya ialah peniaga yang mengambil ................

a)

riba daripada jualannya.

b)

kesempatan kepada pengguna.

c)

keuntungan yang terlalu tinggi.

d)

keuntungan dengan kejam.

32.

Anak dagang maksudnya orang luar yang datang ......

a)

bertandang ke rumah kita.

b)

menjadi tetamu di rumah kita.

c)

menetap di sesuatu tempat.

d)

tinggal beberapa tika untuk berdagang.

33.

Hujan emas di negeri orang, hujan ...................................

a)

batu di negeri orang, lebih baik di negeri orang.

b)

batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

c)

batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri orang

d)

batu di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri.

34.

Bagai ikan pulang ke lubuk maksudnya ialah orang yang .....

a)

pulang ke tempat asal.

b)

kembali ke luar negeri

c)

datang bertamu

d)

balik ke negara

35.

Maksud peribahasa tulang belakang ialah.........

a)

sumber inspirasi

b)

sumber pendapatan

c)

punca kekuatan

d)

punca pencarian