Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

VARIASI BAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah TIDAK termasuk dalam kajian tentang variasi bahasa?


I Bahasa sains

II Bahasa turun

III Bahasa istana

IV Bahasa basahan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Kelainan bahasa yang berdasarkan kawasan atau geografi dikenali sebagai

a)

bahasa formal

b)

bahasa kreol

c)

idiolek

d)

dialek

3.

Yang manakah tiada unsur bahasa halus?

a)

Silakan duduk dahulu.

b)

Bawakan buku ke sini.

c)

Tuan Haji Ali baru sampai.

d)

Adik mahu buang air besar.

4.

Yang manakah mempunyai unsur bahasa formal?

a)

Bahasa basahan

b)

Bahasa slanga

c)

Bahasa pasar

d)

Bahasa dalam

5.

Bahasa pijin ialah bahasa yang

a)

mempunyai penutur jati

b)

tiada bahasa ibunda sendiri

c)

digunakan di kawasan tertentu

d)

menggunakan gaya bahasa formal

6.

Antara satu dialek dengan satu dialek yang lain mempunyai perbezaan dari segi


I tulisan

II sebutan

III kosa kata

IV kesahihan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Yang manakah contoh bahasa slanga?

a)

Gua

b)

Ambo

c)

Banyak baik

d)

Awek cun giler

8.

Saodah bercakap bahasa formal di pejabatnya. Apabila pulang ke rumah ibunya, dia menggunakan bahasa basahan.


Apakah situasi berbahasa yang diamalkan oleh Saodah?

a)

Pengguna diglosia

b)

Pengguna dwibahasa

c)

Pengguna multibahasa

d)

Pengguna bahasa baku

9.

Variasi yang manakah digunakan apabila dua orang daripada bahasa yang berbeza berkomunikasi?

a)

Bahasa basahan

b)

Bahasa slanga

c)

Bahasa pasar

d)

Bahasa kreol

10.
  • Pak Haji Mod, tunggu kejap.
  • Itah pergi dulu ya mak.


Pertuturan di atas melambangkan penggunaan

a)

bahasa kasar

b)

bahasa mesra

c)

bahasa pasar

d)

bahasa kolokial

11.

Yang manakah berkaitan dengan idiolek?

a)

Tempat tinggal

b)

Masalah percakapan

c)

Pertembungan dua kaum

d)

Penggunaan pelbagai bahasa

12.

Yang manakah kumpulan yang semuanya tergolong dalam dialek sosial?

a)

Pijin, dialek daerah

b)

Idiolek, bahasa mesra

c)

Bahasa pasar, bahasa baku

d)

Dialek Kedah, bahasa formal

13.

Persamaan antara bahasa pijin dengan bahasa pasar ialah

a)

kedua-duanya melibatkan penutur daripada kelompok yang berlainan

b)

kedua-duanya tidak mempunyai bahasa ibunda sendiri

c)

kedua-duanya tidak bersifat sementara

d)

kedua-duanya bahasa formal

14.

Yang manakah ciri bahasa istana?

a)

Menggunakan kata singkatan

b)

Boleh berubah mengikut perkembangan masa

c)

Ayatnya mudah dan tidak mementingkan tatabahasa

d)

Menggunakan unsur pemulukan dan pendinaan dalam komunikasi

15.

Yang manakah contoh bahasa formal?

a)

Kita tak sempat pergi sana.

b)

Pendidikan anak-anak bermula dari rumah.

c)

Saya punya anak mau kawan dengan awak punya anak.

d)

Mak Yah kena tarik dulu tali itu baru boleh buka tutup yang di belakang.

16.

Sempadan antara dua dialek yang berbeza dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai

a)

idiolek

b)

diglosia

c)

isoglos

d)

subdialek

17.

Chandran dapat berbahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris dengan fasih. Oleh itu, Chandran merupakan penutur

a)

ekabahasa

b)

dwibahasa

c)

polibahasa

d)

multibahasa

18.

Yang manakah padanan yang memperlihatkan kewujudan subdialek?

a)

Dialek Timur - dialek Pahang

b)

Dialek Perak - Dialek Selangor

c)

Dialek Terengganu - dialek Kuala Berang

d)

Dialek Pulau Pinang - dialek Negeri Sembilan

19.

Yang berikut terdiri daripada bahasa kasar, KECUALI

a)

Pergi mampus dengan cita-cita kamu itu.

b)

Bininya yang sedang mengandung sakit tenat.

c)

Memang pun dia patut dileteri kerana kuat membuta.

d)

Tuan-tuan dipersilakan mengambil tempat masing-masing sekarang.

20.

Yang manakah ayat yang mengalami percampuran kod?

a)

Lu tunggu sama gua di kedai itu la.

b)

I tak suka sangat kalau you buat muka begitu.

c)

Baginda akan mengadakan sidang media di istana.

d)

Guo mou masak nasik kalo lu pulang ini tengah hari.