wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu- Kata Ganda Berentak

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Adibah menangis__________apabila mengetahui kucing kesayangannya mati dilanggar kereta.

a)

terhempas-pulas

b)

tersedu-sedan

c)

terumbang-ambing

d)

berbolak-balik

2.

Encik Zul memandu berhati-hati kerana jalan masuk ke Kampung Gelugor itu_______________.

a)

berkumat-kamit

b)

berpindah-randah

c)

bersimpang-siur

d)

berhuru-hara

3.

Amran_____________dari Klang ke Kota Damansara untuk pergi ke tempat kerja.

a)

ulang-alik

b)

mundar-mandir

c)

jalan-jalan

d)

kusut-masai

4.

Suasana di pasar pagi itu________dengan suara penjual dan pembeli.

a)

huru-hara

b)

dentam-dentum

c)

hiruk-pikuk

d)

kucar-kacir

5.

Rambut gadis di perhentian bas itu_________ apabila ditiup angin.

a)

haru-biru

b)

kembang-kempis

c)

punah-ranah

d)

kusut-masai

6.

Para pegawai di syarikat itu diingatkan supaya tidak membincangkan perkara yang________ dalam mesyuarat.

a)

remeh-temeh

b)

bolak-balik

c)

kering-kontang

d)

comot-momot

7.

Bot nelayan___________ di tengah laut itu akibat dipukul ombak.

a)

bersimpang-siur

b)

terumbang-ambing

c)

compang-camping

d)

berlintang-pukang

8.

Majlis perkahwinan anak perempuan ahli perniagaan yang berjaya itu diadakan penuh__________.

a)

kacau-bilau

b)

huru-hara

c)

riuh-rendah

d)

gilang-gemilang

9.

Majlis hari jadi menjadi_________ apabila bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba.

a)

kacau-bilau

b)

dentam-dentum

c)

kelam-kabut

d)

gopah-gapah

10.

__________ yang dijual oleh Mak Cik Kiah sungguh lazat sekali.

a)

kuih-muih

b)

rempah-ratus

c)

batu-batan

d)

bukit-bukau

11.

Kaki Nurul _______oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

punah-ranah

b)

robak-rabik

c)

calar-balar

d)

lekuk-kekak

12.

Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.

a)

kacau-bilau

b)

haru-hiru

c)

bengkang-bengkok

d)

batu-batan

13.

Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.

a)

tawar-hambar

b)

segar-bugar

c)

kusut-masai

d)

comot-momot

14.

Encik Nizam mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di pantai itu.

a)

mundar-mandir

b)

riuh-rendah

c)

mandi-manda

d)

kacau-bilau

15.

Pak Derman tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.

a)

lenggak-lenggok

b)

simpang-siur

c)

hiruk-pikuk

d)

serba-serbi

16.

Sila berhati-hati, jangan _______________ semasa menaiki bas.

a)

bertolak-tolak

b)

tergopoh-gapah

c)

terburu-buru

d)

tindak-tanduk

17.

Azam ternampak seorang murid lelaki ter____________ berlari mendapatkan Cikgu Norlia.

a)

gopoh-gapah

b)

tunggang-langgang

c)

lalu-lalang

d)

cungap-cangip

18.

Azam menyaksikan keindahan ________________ di sepanjang perjalanan.

a)

lalu-lintas

b)

simpang-siur

c)

gunung-ganang

d)

sorak-sorai

19.

Azam juga melihat banyak kenderaan yang __________ di atas jalan raya.

a)

lalu-lintas

b)

lalu-lalang

c)

tindak-tanduk

d)

lintang-pukang

20.

Jalan raya ber_____________ di sepanjang perjalanan mereka ke Pusat Sains Negara.

a)

lalu-lintas

b)

lalu-lalang

c)

simpang-siur

d)

selok-belok