NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SINONIM [ sama maksud ] , KUIZ PERIBAHASA
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang "mekar" *
layu
hidup
kembang
kuncup
Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang "tabah" menghadapi dugaan
kuat
berani
gentar
lemah
Ketika "fajar" menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.
petang
senja
malam
subuh
Hasnul tidak dapat tidur "nyenyak" semalam kerana diganggu nyamuk
lena
leka
mudah
senang
Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan "terang" pada waktu malam
rabun
jelas
nyata
kabur
Pasar malam menjadi "sunyi" apabila malam semakin larut
riuh
hiba
tenang
lengang
Keluarga Khalidi memberi "dorongan" kepadanya untuk berjaya
sumbangan
cadangan
hasutan
galakan
Encik Jamali menunaikan "amanat" datuk dengan sebaik-baiknya
wasiat
arahan
utusan
siasatan
Mak Cik Zainab memukul ular yang "melulur" anak ayamnya petang
menelan
memakan
meragut
memungut
Adik Suhaila "fasih" berbahasa inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun
yakin
petah
tegas
lancar
Puan Zaiton amat "risau" akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya
hampa
khuatir
takut
sedih
Cik Salina sedang menanam pokok bunga di "halaman" rumahnya
anjung
belakang
depan
perkarangan
Ayah "mengherdik" adik kerana bermain di tempat kotor
mengusir
membentak
menyanjung
memujuk
Encik Abdullah sekeluarga akan "berhijrah" ke Sabah pada bulan hadapan
berpindah
berangkat
bertandand
beralih
Kami "menikmati" panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas *
mendapati
menggemari
menghayati
mengingati
Jalan raya menuju ke Cameron Highland agak curam dan bengkang-bengkok seperti _____________.
bumi dengan langit
pinang dibelah dua
ular kena palu
aur ditarik songsang
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________ .
seperti rumput di jalan
seperi tikus jatuh ke beras
seperti sudah jatih ditimpa tangga
seperti mendukung biawak hidup
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya ___________ .
bagai wau putus tali
bagai pahat dengan penukul
bagai aur dengan tebing
bagai ayam mengerang telur
Oii Sik Lee dianggap.............kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Puan Zainab ____________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
bagai ayam disambar helang
bagai kaca jatuh ke batu
Keadaan Aliff Imran __________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki
bagai cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
