wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN

Total questions: 20

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, manakah yang tidak berkaitan dengan konsep perniagaan?

a)

Urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli

b)

Melibatkan jual beli barang atau perkhidmatan

c)

Memenuhi kehendak masyarakat berpendapatan tinggi

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

2.

Tujuan Perniagaan Nagoya Sdn Bhd menjual pakaian dan kain adalah untuk

a)

memajukan perniagaan ke seluruh negara

b)

meningkatkan taraf hidup pemilik dan pekerja

c)

memperoleh pendapatan selepas cukai yang tinggi

d)

memenuhi keperluan dan kehendak pengguna sasaran

3.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan perniagaan.


[Perkara utama yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dengan pembeli].


Pernyataan diatas menunjukkan....

a)

konsep asas perniagaan

b)

konsep asas keuntungan

c)

konsep pemilikan perniagaan

d)

konsep permintaan dan penawaran

4.

[Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak]


Apakah kaedah perniagaan ini?

a)

Secara percuma

b)

Pada harga kos

c)

Pada harga di bawah kos

d)

Secara sumbangan masyarakat

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan campuran pemasaran?

a)

Melancarkan aktiviti perniagaan dari aspek pengeluaran produk dan pemasaran

b)

Gabungan strategi pemasaran oleh pemasar untuk berhadapan dengan pengguna

c)

Elemen yang dapat mempengaruhi penawaran terhadap barang dan perkhidmatan

d)

Satu proses menghasilkan produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

6.

Mengapakah visi, misi dan objektif penting kepada organisasi perniagaan?

a)

Sebagai garis panduan kepada organisasi perniagaan

b)

Menjelaskan tanggungjawab setiap pekerja

c)

Mengelakkan berlakunya perselisihan faham

d)

Membezakan matlamat organisasi perniagaan lain

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah?

a)

Sewa kilang

b)

Upah buruh

c)

Insurans kilang

d)

Susut nilai mesin

8.

[Adakah objektif ini boleh diukur secara kuantitatif sama ada dalam bentuk angka, nombor atau wang?]


Apakah ciri-ciri SMART yang dinyatakan di atas?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diukur

9.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat..

a)

menjimatkan masa bekerja

b)

meningkatkan kecekapan operasi

c)

memudahkan pekerja melayari internet

d)

mengurangkan bilangan pekerja

10.

Pernyataan yang manakah tepat menerangkan tentang pasaran baharu?

a)

Pasaran sedia ada yang diberikan nafas baharu

b)

Pasaran sedia ada yang ditawarkan produk baharu

c)

Pasaran berpotensi yang belum diterokai

d)

Pasaran sedia ada yang mempunyai pertambahan penduduk

11.

Apakah contoh aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pemasangan

d)

Pengangkutan

12.

Apakah faktor yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku ?

a)

Pekerja tamat kontrak

b)

Pekerja diberhentikan

c)

Pekerja hilang upaya dan tidak mampu bekerja

d)

Pekerja yang bertugas di luar negara

13.

Apakah kepentingan untuk mengukuhkan imej sesebuah syarikat?

a)

Meningkatkan kuantiti pengeluaran barang

b)

Dapat menjual barang pada harga yang murah

c)

Untuk mengubah sistem pengurusan perniagaan

d)

Memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan

14.

Apakah kesan utama inflasi kepada pengguna ?

a)

Taraf hidup pengguna menurun

b)

Pengguna kehilangan pekerjaan

c)

Pengguna meningkatkan perbelanjaan

d)

Pendapatan boleh guna meningkat

15.

Manakah yang membawa kepada keadaan deflasi ?

a)

Kerajaan meningkatkan perbelanjaan

b)

Bank pusat meningkatkan kadar faedah

c)

Sektor swasta mengurangkan pengambilan pekerja

d)

Pengguna mengurangkan pembelian barang dan perkhidmatan

16.

Antara yang berikut, manakah yang benar berkaitan dengan perniagaan berskala zon ?


I Pasaran merentasi sempadan

II Terdapat di setiap negara di seluruh dunia

III Terdapat di kawasan-kawasan tertentu di beberapa buah negara

IV Terdapat di kawasan tertentu dalam sebuah negeri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

17.

Antara berikut yang manakah benar tentang kepentingan keuntungan kepada perniagaan?


I Mengembangkan perniagaan

II Merancang strategi perniagaan

III Melancarkan proses pengeluaran

IV Mengukur tahap prestasi perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang tujuan penubuhan Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) ?


I Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan

II Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan

III Menawarkan barang dan perkhidmatan yang mendatangkan keuntungan maksimum

IV Menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan kepada pekerja tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman?

a)

Melahirkan idea baharu

b)

Dapat memotivasikan pekerja

c)

Mempunyai kemahiran baharu

d)

Bersemangat dalam menjalankan tugas

20.

[Harga barang import meningkat kira-kira 3% secara keseluruhannya]


Apakah faktor luaran tersebut?

a)

Politik

b)

Ekonomi

c)

Ekologi

d)

Teknologi