wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MASTER AKAUN 1

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem catatan beregu?

a)

Adam Smith

b)

Luca Pacioli

c)

Isaac Newton

d)

Gallilo Galeri

2.

Apakah subbidang perakaunan yang meliputi kerja memeriksa rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah adil dan saksama?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

3.

Siapakah merupakan pengguna dalaman Penyata Kewangan?

a)

Pembekal

b)

Pihak Bank

c)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

d)

Pihak Pengurusan

4.

Pernyataan manakah yang merupakan ciri milikan tunggal?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Diuruskan oleh pekongsi yang aktif

c)

Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965

d)

Mesti dimiliki sekurang-kurangnya dua orang

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber modal Syarikat Berhad?

a)

Sumbangan daripada pekongsi-pekongsi

b)

Subsidi daripada kerajaan

c)

Pinjaman bank

d)

Terbitan saham kepada orang ramai

6.

Antara berikut bukan tujuan penubuhan MASB (Malaysian Accounting Standard Board)?

a)

Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

b)

Menentukan kod etika akauntan

c)

Menetapkan taraf kelayakan profesional

d)

Menerbitkan, menyemak dan membaiki standard dalam pelaoran kewangan

7.

Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek. Pernyataan ini merujuk kepada andaian perakaunan..

a)

ketekalan

b)

entiti berasingan

c)

usaha berterusan

d)

tempoh perakaunan

8.

Kaedah yang sama dan konsisten digunakan untuk merekod dan memproses data. Amalan ini berasaskan prinsip...

a)

ketekalan

b)

usaha berterusan

c)

pengiktirafan hasil dan belanja

d)

wang sebagai ukuran

9.

Encik Ramli, seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan. Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Encik Ramli?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Usaha berterusan

d)

Entiti berasingan

10.

Dalam sebuah perniagaan, ahli-ahlinya menerima dividen, bilangan ahli tiada had dan liabiliti ahli terhad. Antara perniagaan di bawah, yang manakah mungkin perniagaan tersebut?

a)

Darwish Enterprise

b)

Hub Industri Sdn Bhd

c)

Gah Maju Berhad

d)

Restoran Ling dan Suzy

11.

Maklumat berikut adalah benar mengenai perkongsian, kecuali...

a)

penubuhannya tertakluk pada Akta Perkongsian 1961

b)

perkongsian diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik

c)

liabiliti pemilik adalah tidak terhad

d)

penyata kewangan perlu dibentangkan kepada orang awam

12.

Pernyataan di bawah adalah benar mengenai syarikat berhad, kecuali ..

a)

liabiliti pemiliknya adalah terhad

b)

syarikat berhad diuruskan oleh pekongsi aktif

c)

tiada had maksimum bagi bilangan pemilik syarikat awam berhad

d)

pemilik awam berhad diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan

13.

Maklumat berikut berkaitan tentang syarikat berhad. X dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan untuk menetapkan dasar syarikat. Siapakah X ?

a)

Pendaftar syarikat

b)

Pengurus operasi

c)

Kesatuan pengarah

d)

Lembaga pengarah

14.

Profesion perakaunan di Malaysia dikawal oleh

a)

Chartered Institute of Management Accountants ( CIMA )

b)

Institut Akauntan Malaysia ( MIA )

c)

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia ( MICPA )

d)

Association of Certified Charted Accountants ( ACCA )

15.

Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang perakaunan?


I Meliputi aktiviti merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

II Meliputi aktiviti menyediakan maklumat kewangan

III Merekod semua urusniaga secara tunai

IV Merupakan sebahagian daripada simpan kira

a)

I dan III

b)

I dan II

c)

II dan IV

d)

III dan IV

16.

Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan ?

a)

Prinsip Perakaunan

b)

Konsep Perakaunan

c)

Kitaran Perakaunan

d)

Persamaan Perakaunan

17.

Seorang akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan.

Apakah ciri etika profesion perakaunan yang dimaksudkan?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsian

d)

Kompetensi

18.

Ciri kualitatif tertingkat Penyata Kewangan terdiri daripada


I Pemasaan

II Kerelevanan

III Perwakilan benar

IV Kebolehfahaman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Butiran manakah terdapat dalam Akaun Kawalan Belum Bayar?

a)

Pulangan masuk

b)

Diskaun diterima

c)

Hutang lapuk

d)

Jualan

20.

Kedai Perabot KayuKayu membeli perabot secara tunai daripada Kedai Perabot Mae Li untuk kegunaan perniagaan.

Catatan manakah yang betul?

a)

Debit Alatan Pejabat

Kredit Akaun Tunai

b)

Debit Akaun Perabot

Kredit Akaun Tunai

c)

Debit Akaun Belian

Kredit Kedai Perabot Mae Li

d)

Debit Akaun Perabot

Kredit Kedai Perabot Mae Li

21.

Kedai Buku Bestari mengambil inventori bukunya dan diberi kepada Tadika Al Falah untuk promosi jualan.


Apakah catatan beregu yang terlibat bagi urus niaga tersebut?

a)

Debit Akaun Ambilan

Kredit Akaun Belian

b)

Debit Akaun Promosi

Kredit Akaun Belian

c)

Debit Akaun Promosi

Kredit Akaun Tadika Al Falah

d)

Debit Ambilan

Kredit Akaun Tadika Al Falah

22.

Kedai Butik Pakaian Anjung Umaira membuat catatan beregu seperti berikut.


Debit Akaun Ambilan , Kredit Akaun Belian


Urus niaga manakah yang ditunjukkan dengan catatan beregu tersebut?

a)

Pemilik menaja pakaian seorang guru dalam Majlis Persaraan bagi tujuan promosi

b)

Pemilik mengambil sehelai tudung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak rakannya

c)

Ambilan 5 helai baju Melayu oleh perniagaan dihadiahkan kepada anak yatim sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri

d)

Pemilik mengambil sebuah komputer untuk kegunaan anaknya

23.

Apakah fungsi lejar?

a)

Merekodkan penerimaan dan pembayaran tunai bagi satu tempoh perakaunan

b)

Merekodkan semua aset dan liabiliti bagi satu tempoh perakaunan

c)

Merekodkan hasil dan belanja untuk mengira keuntungan perniagaan

d)

Merekodkan pelbagai jenis akaun yang digunakan untuk penyediaan Imbangan Duga

24.

Manakah yang benar tentang akaun belanja?

a)

Didebitkan apabila belanja bertambah

b)

Dikreditkan apabila belanja bertambah

c)

Didebitkan apabila belanja berkurang

d)

Mempunyai baki kredit

25.

Apakah tujuan Akaun Kawalan disediakan?

a)

Menunjukkan prestasi perniagaan

b)

Mengawal aliran masuk dan aliran keluar tunai perniagaan

c)

Memastikan semua urus niaga dicatat menggunakan sistem catatan beregu

d)

Menyemak ketepatan catatan beregu dalam Lejar Jualan dan Lejar Belian

26.

Jurnal manakah yang merupakan sumber maklumat bagi Akaun Kawalan Belum Terima?


I Jurnal Am

II Jurnal Jualan

III Jurnal Belian

IV Jurnal Pulangan Belian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Apakah butir dalam Akaun Kawalan Belum Bayar yang diperoleh daripada Buku Tunai?


I Belian tunai

II Diskaun diberi

III Diskaun diterima

IV Bayaran kepada Akaun Belum Bayar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Apakah yang menyebabkan Akaun Kawalan Belum Terima berbaki kredit?

a)

Perniagaan terlebih bayar kepada Akaun Belum Terima

b)

Akaun Belum Terima terkurang bayar kepada perniagaan

c)

Akaun Belum Terima memulangkan barang selepas akaun dijelaskan

d)

Akaun Belum Terima memulangkan barang sebelum akaun dijelaskan

29.

Catatan kontra dalam Akaun Kawalan akan

a)

Mengurangkan baki hutang antara pemilik dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

b)

Mengurangkan baki hutang antara Akaun Belum Terima dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

c)

Menambah baki hutang antara pemilik dengan Akaun Belum Terima perniagaan

d)

Menambahkan baki hutang antara Akaun Belum Terima dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

30.

Apakah catatan beregu bagi pindahan dari Lejar Jualan ke Lejar Belian

a)

Debit Akaun Belum Bayar dan Kredit Akaun Belum Terima

b)

Debit Akaun Belum Terima dan Kredit Akaun Belum Bayar

c)

Debit Akaun Belum Bayar dan Kredit Akaun Belian

d)

Debit Akaun Jualan dan Kredit Akaun Belum Terima

31.

Urus niaga manakah yang melibatkan penyediaan akaun nominal?

a)

Terima pinjaman bank

b)

Beli perabot secara kredit

c)

Bayar gaji pekerja dengan cek

d)

Komputer peribadi dibawa masuk ke dalam perniagaan

32.

Urus niaga manakah yang merupakan catatan kontra?

a)

Tunai pejabat dimasukkan ke dalam bank

b)

Tunai daripada jualan inventori dibankkan

c)

Tunai dikeluarkan daripada perniagaan untuk kegunaan sendiri

d)

Tunai peribadi dimasukkan ke bank untuk kegunaan perniagaan

33.

Puan Azura telah mengambil barang niaga bernilai RM300 untuk tujuan derma. Apakah akaun yang akan dikreditkan?

a)

Jualan

b)

Ambilan

c)

Belian

d)

Promosi

34.

Kedai Runcit Lee Seng telah membeli mesin daftar tunai secara kredit bagi tujuan perniagaan.


Butir manakah yang mungkin ditulis di ruangan folio Akaun Alatan Pejabat bagi urus niaga tersebut?

a)

LA2

b)

BT1

c)

LB1

d)

LJ1

35.

Antara Akaun berikut yang manakah bukan Akaun Nyata?

a)

Akaun Tunai

b)

Akaun Inventori

c)

Akaun Belum Terima

d)

Akaun Perabot

36.

____________ merupakan hutang bagi perniagaan

a)

Modal

b)

Liabiliti

c)

Ekuiti Pemilik

d)

Ambilan

37.

Gambar tersebut dikategorikan sebagai..

a)

Liabiliti

b)

Ekuiti pemilik

c)

Modal

d)

Aset bukan semasa

38.

'Bangunan premis kedai dibesarkan dan kerja ini dibiayai dengan pinjaman bank RM50 000'. Apakah kesan urus niaga di atas terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Kedai Mainan Tinii.

a)

Aset bertambah, liabiliti bertambah, ekuiti pemilik berkurang

b)

Aset bertambah, liabiliti berkurang, ekuiti pemilik tidak berubah

c)

Aset bertambah, liabiliti tidak berubah, ekuiti pemilik bertambah

d)

Aset bertambah, liabiliti bertambah, ekuiti pemilik tidak berubah

39.

Tandakan komponen yang terlibat dalam akaun untung rugi

a)

Jualan

b)

Angkutan masuk

c)

Komisen diterima

d)

Kadar bayaran

e)

Untung bersih/ Rugi bersih

40.

Antara yang berikut, manakah aset semasa yang betul bagi Syarikat Kain Zaza?

a)
b)
c)
d)