NEW
Font size
WorksheetsTREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Antara yang berikut, manakah yang merupakan peranan Bank Negara Malaysia?
I Memberikan pinjaman kepada orang ramai
II Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
III Mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara
IV Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut , agensi manakah yang melakukan aktiviti pungutan cukai?
I TEKUN Nasional
II Majlis Bandaraya
III Lembaga Hasil Dalam Negeri
IV Jabatan Kastam Diraja Malaysia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai.
- Terlibat dalam perniagaan pembinaan jalan raya
- Pendapatan syarikat dilabur semula untuk pembelian aset
Apakah jenis pelepasan cukai tersebut?
Taraf perintis
Pengecualian cukai
Elaun pelaburan semula
Elaun pelaburan cukai
Manakah yang merupakan peranan kerajaan pada peringkat serantau untuk menggalakkan perniagaan?
Menyediakan elaun eksport
Mengurangkan kadar faedah
Membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat
Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan barang
Apakah dimaksudkan dengan guna tenaga penuh?
Tidak berlaku pengangguran geseran
Semua penduduk mempunyai pekerjaan
Negara akanmenghadapi kemelesetan ekonomi
Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
Nelayan
Petani
Apakah jenis pengangguran yang dihadapi oleh kedua-dua jenis pekerjaan tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Apakah itu deflasi?
Satu keadaan apabila kadar pengangguran berada pada tahap yang Tinggi
Satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara langsung
Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Satu keadaan apabila harga barang dan perkhidmatan naik secara mendadak
Manakah yang bukan langkah kerajaan dalam menangani inflasi?
Meningkatkan kadar faedah
Memberikan subsidi kepada pengeluar
Menggalakkan orang ramai berbelanja lebih
Mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan
Apakah kesan inflasi terhadap ekonomi?
Kuasa beli menurun
Kadar pengangguran bertambah
Penurunan pendapatan boleh guna
Pertambahan stok-stok barang yang tidak terjual
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
Kemahiran pekerja tidak diperlukan lagi kerana berlaku perubahan dalam industri secara keseluruhan
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Apakah peranan agensi tersebut?
Promosi dan pemasaran
Latihan dan pengurusan
Penyelidikan dan pembangunan
Kemudahan infrastruktur dan ruang niaga
Mengapakah pengilang barangan elektrik dan elektronik tempatan mencetak logo SIRIM pada barang keluaran mereka?
Harga barang istimewa
Kuantiti keluaran terhad
Hasil adalah untuk eksport
Keluaran diperakui bermutu
Bagaimanakah agensi kerajaan membantu pengusaha memajukan perniagaan mereka?
I Mengawal kegiatan pesaing
II Melindungi risiko perniagaan
III Mengadakan latihan kemahiran
IV Menyediakan kemudahan pembiayaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat dibawah ini berkaitan dengan trend perniagaan.
Trend meningkat dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin meningkat
Faktor dalaman manakah yang membawa kepada keadaan tersebut?
Pengurusan yang cekap
Perkembangan teknologi terkini
Keadaan ekonomi semakin pesat
Jaringan perniagaan yang positif
Akta manakah yang dapat melindungi kepentingan pengguna?
Akta syarikat 1965
Akta Sewa Beli 1967
Akta Perhubungan Industri 1967
Akta Hak cipta 1987
Apakah yang berlaku semasa ekonomi negara berada pada fasa melambung?
Pendapatan kerajaan merosot
Kadar pengangguran meningkat
Perniagaan menambahkan pengeluaran produk
Penduduk mempunyai pendapatan yang mencukupi
Apakah yang menyebabkan trend guna tenaga di negara maju semakin berkurang?
Perkembangan dalam teknologi
Tidak terlibat dalam bidang profesional
Banyak terlibat dalam aktiviti sektor utama
Banyak perniagaan mengurangkan operasi pengeluaran
Apakah kekurangan sumber manusia luaran?
Kekosongan jawatan
Pengetahuan stereotaip
Kos merekrut yang tinggi
Tidak membawa idea baharu
Puan Liyana seorang majikan yang memberi kepercayaan penuh kepada para pekerjanya untuk membuat keputusan dan menjalankan operasi perniagaan.
Apakah jenis gaya pengurusan yang digunakan oleh Puan Liyana
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan demokratik
Gaya pengurusan laissez-faire
Manakah yang merupakan kelebihan sumber manusia dalaman?
I Memotivasikan pekerja
II Melahirkan idea baharu
III Kos merekrut yang tinggi
IV Pekerja lebih memahami budaya organisasi
I dan II
I dan IV
I dan III
III dan IV
Berikut merupakan analisis SWOT
Kekuatan dan Kelemahan - Dalaman
Peluang dan X - Luaran
Manakah yang benar tentang X ?
Keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh perniagaan untuk bersaing
Kekurangan yang wujud dari aspek sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah
Kelebihan yang diperoleh kesan daripada perubahan yang berlaku dalam persekitaran luaran perniagaan
Sesuatu perubahan daripada persekitaran luaran perniagaan yang boleh membantutkan perkembangan perniagaan
Manakah yang bukan kesan perubahan dari aspek pasaran?
Lambakan barang import
Pembangunan dalam teknologi
Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
Meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan
Manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?
Kadar pengangguran meningkat
Pendapatan boleh guna meningkat
Merancakkan pertumbuhan ekonomi
Perubahan gaya hidup pengguna
Hubungan Malaysia dengan Indonesia melibatkan kerajaan menangani isu...
negara
serantau
dua hala
tempatan
Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis?
Mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan
Perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam tempoh lima tahun
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan
Penggunaan kaedah pembayaran melalui dalam talian menyebabkan berlaku pengangguran
kitaran
struktur
teknologi
bermusim
Bagaimanakah faktor ekologi memberi peluang kepada perniagaan?
Masyarakat prihatin dengan kesan operasi perniagaan
Penggantian bahan mentah dalam proses pengeluaran
Campur tangan kerajaan dalam isu pencemaran alam
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar
Bagaimanakah untung yang diperoleh boleh membantu pertumbuhan ekonomi negara?
Merupakan pelaburan
Pulangan kepada pelabur
Punca pendapatan kerajaan
Mengembangkan perniagaan sedia ada
Yang manakah merupakan peranan kerajaan negeri dalam menangani isu-isu perniagaan?
Memberi bantuan modal
Menggalakkan pelaburan
Bantuan kepada usahawan baharu
Menyediakan tanah untuk tapak perniagaan
Nyatakan tiga trend persekitaran perniagaan.
I Trend meningkat
II Trend menurun
III Trend mendatar
IV Trend statik
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran sesebuah perniagaan?
Teknologi maklumat
Sosiobudaya
Pemasaran
Sumber manusia
Antara berikut, pihak manakah yang bertanggungjawab menangani masalah longkang tersumbat di hadapan Kedai Pak Zaim?
Majlis Daerah
Majlis keselamatan
Kerajaan negeri
Lemabaga Hasil Dalam Negeri
Syarikat ABC telah menyalin semula filem yang dikeluarkan oleh Syarikat Warner Bros dengan tujuan mendapatkan keuntungan dengan segera.
Apakah akta yang berkaitan dapat mengelakkan berlakunya situasi di atas?
Akta Kontrak 1950
Akta Hak Cipta 1987
Akta perkongsian 1961
Akta Jualan Barangan 1957
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan semakin malar
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Guna tenaga semakin menurun
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?
Pemasaran
Ekonomi
Teknologi
Politik dan perundangan
Pernyataan manakah merupakan peranan agensi kerajaan di atas?
Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan
Mempromosikan aktiviti perniagaan di Malaysia
Membuat penyelidikan dan pembangunan produk
Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua
Gaya pengurusan yang manakah menunjukkan tindakan majikan yang tegas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan?
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya pengurusan sokongan
Faktor dalaman yang membawa kesan negatif kepada perniagaan Enak Rasa Sdn Bhd ialah dari segi pengurusan pekerja.
Apakah ciri SWOT tersebut?
Peluang
Ancaman
Kekuatan
Kelemahan
Manakah langkah yang akan diambil oleh pengguna bijak semasa keadaan inflasi?
Meningkatkan pembelian barang mewah
Membeli barangan semasa musim perayaan sahaja
Membuat perancangan kewangan secara terperinci
Mengurangkan perbelanjaan bagi barang keperluan
Apakah pasaran berkenaan?
Pasaran produk
Pasaran maklumat
Pasaran kewangan
Pasaran untuk semua
