wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tingkatan 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Nilai berikut terkandung dalam Bidang Kekeluargaan kecuali

a)

Nilai Kasih Sayang terhadap keluarga

b)

Nilai Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga

c)

Nilai Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan

d)

Nilai Bertanggungjwab kepada Keluarga

2.

Nilai Cinta akan Negara dan Nilai Kebebasan Bersuara merupakan nilai yang terkandung dalam Bidang _____________ dan Bidang ___________

a)

Patriotisme dan Hak Asasi Manusia

b)

Perkembangan Diri dan Kekeluargaan

c)

Patriotisme dan Demokrasi

d)

Demokrasi dan Keamanan & Keharmonian

3.

Anakku, Ibu mohon maaf darimu,

Tiada daya dan upaya ibu

Untuk terus melindungimu

Tiada lagi daun muda

Yang dapat ibu carikan untukmu

Tiada lagi banir pohon yang teduh

Untuk ibu jadikan rumah bagimu.


Sajak diatas amat sesuai dengan nilai ___________

a)

Rasional

b)

Bertanggungjawab

c)

Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar

d)

Kebebasan Bersuara

4.

Nilai Sikap Keterbukaan dan Nilai Mematuhi Peraturan dan Undang-undang merupakan nilai yang terdapat dalam Bidang _________________.

a)

Patriotisme

b)

Demokrasi

c)

Keamanan dan Keharmonian

d)

Perkembangan Diri

5.

"Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan"


Definisi tersebut merujuk kepada nilai ______________.

a)

Toleransi

b)

Hemah Tinggi

c)

Berdikari

d)

Keadilan

6.

Apakah definisi bagi nilai Sikap Keterbukaan.

a)

Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran, fakta dan norma masyarakat

b)

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

c)

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

d)

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

7.

Mengapakah nilai Kasih Sayang terhadap Keluarga perlu diamalkan?

a)

Agar mereka mudah diperdaya oleh kita

b)

Agar ahli keluarga mudah mengikut arahan kita

c)

Agar hubungan yang erat terjalin antara ibu dan bapa

d)

Agar hubungan mudah terjalin antara keluarga

8.

Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi dibawah :


Buah salak didalam kantung,

Kulitnya keras isinya kelat,

Bulat air kerana pembentung,

Bulat manusia kerana muafakat.

a)

Nilai Saling Membantu dan Bekerjasama

b)

Nilai Toleransi

c)

Nilai Berdikari

d)

Nilai Melindungi Hak Pengguna

9.

2 Nilai yang terdapat dalam Bidang Hak Asasi Manusia ialah

a)

Nilai Melindungi Hak Kanak-kanak

b)

Nilai Menghormati Hak Pekerja

c)

Nilai Melindungi Hak Pengguna

d)

Nilai Melindungi Hak Wanita

10.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"


Peribahasa diatas berkaitan dengan nilai __________

a)

Hidup Bersama Secara Aman

b)

Saling Membantu dan Bekerjasama

c)

Peka Terhadap Isu-isu Alam Sekitar

d)

Mematuhi Peraturan dan Undang-undang