Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3:PENETAPAN VISI,MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

Total questions: 24

Worksheet time: 6hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut,yang manakah asas pembentukan strategi perniagaan?


I Visi

II Objektif

III Keuntungan

IV Campuran Pemasaran

a)

A. II dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

III dan IV

2.

Pernyataan yang manakah menerangkan visi?

a)

A. Sekolah dapat mengekalkan kelulusan 100% setiap tahun

b)

B. Menjadi sekolah terbaik di daerah Gombak menjelang 2020

c)

C. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah

d)

D. Melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik

3.

Pernyataan yang manakah menerangkan misi?

a)

A. Sasaran yang boleh diukur

b)

B. Pernyataan maklumat yang lebih khusus

c)

C. Penetapan perancangan jangka masa panjang

d)

D. Penjelasan kepada matlamat perniagaan

4.

Apakah kepentingan objektif kepada perniagaan?

a)

A. Mengenalpasti tujuan penubuhan

b)

B. Mengenalpasti sasaran yang ingin dicapai

c)

C. Membantu perniagaan membuat perancangan

d)

D. Memudahkan perniagaan menilai prestasi perniagaan

5.

Dimanakah sesebuah organisasi bermotifkan untung perlu didaftarkan ?

a)

A. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b)

B. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

c)

C. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

d)

D. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

6.

Pernyataan yang manakah menerangkan organisasi sektor awam?

a)

A. Bermotif untung

b)

B. Dikawal oleh pemilik sendiri

c)

C. Sumber pembiayaan adalah melalui kutipan cukai

d)

D. Individu yang berkumpulan untuk tujuan perniagaan

7.

Antara yang berikut ,yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?


I Kedai Runcit Rahman

II Syarikat Pertama Berhad

III Majlis Perubatan Malaysia

III Persatuan Warisan Negeri Johor

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

8.

Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. Apakah maksud spesifik?

a)

A. Jangka masa untuk sesuatu objektif dicapai perlu dinyatakan secara tepat

b)

B. Objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem

c)

C. Objektif yang dibentuk mesti mendatanglan manfaat kepada pemilik

d)

D. Objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh masa yang diberikan

9.

Pernyataan berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif.


Jika kita hendak membentuk objektif,maka objektif yang dibentuk itu mestilah bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan


Apakah ciri yang dimaksudkan di atas?

a)

A. Spesifik

b)

B. Boleh diukur

c)

C. Munasabah

d)

D. Boleh dicapai

10.

Antara yang berikut,yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?


I Dibuat secara umum

II Boleh diterjemahkan

III Mempunyai suatu tarikh tertentu

IV Mempunyai sasaran yang boleh dicapai

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan pernyataan objektif bagi sesebuah organisasi perniagaan


"Meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga bulan akan datang"


Antara berikut,yang manakah terdapat dalam pernyataan objektif di atas?


I Fleksibel

II Jangka Masa

III Boleh diukur

IV Mudah difahami

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

12.

Pernyataan yang berikut menunjukkan persoalan tentang ciri-ciri SMART


Adakah objektif ini boleh diukur secara kuatitatif sama ada dalam bentuk angka,nombor atau wang


Apakah ciri-ciri SMART yang dinayatakan dia atas?

a)

A. Spesifik

b)

B. Munasabah

c)

C. Jangka Masa

d)

D. Boleh diukur

13.

Apakah kepentingan visi kepada pengguna?

a)

A. Memaksimumkan keuntungan

b)

B. Memudahkan pengagihan sumber organisasi

c)

C. Menjadi satu landasan untuk memajukan diri sendiri

d)

D. Menjadi garis panduan untuk membuat keputusan dengan berkesan

14.

Mengapakah visi,misi,dan objektif penting kepada organisasi perniagaan?

a)

A. Sebagai garis panduankepada organisasi perniagaan

b)

B. Menjelaskan tanggungjawab setiap pekerja

c)

C. Mengelakkan berlakunya perselisihan faham

d)

D. Membezakan matlamat organisasi perniagaan lain

15.

Berikut merupakan perniagaan beg sekolah dengan pengeluaran 50 000 buah beg sekolah


Harga : RM60

Kos berubah: RM 1 000 000

Kos Tetap: RM120 000


Berapak titik pulang modal bagi pengeluaran beg sekolah tersebut?

a)

A. 2 000 unit

b)

B. 3 000 unit

c)

C. 7 600 unit

d)

D. 9 600 unit

16.

Syarikat Super menanggung kos tetap sebanyak RM250 000 dalam pengeluaran basikal. Harga sebuah basikal dijual ialah RM200 manakala kos berubah bagi sebuah basikal ialah RM150.


Hitung titik pulang modal Syarikat Super

a)

A. 625 buah basikal

b)

B. 800 buah basikal

c)

C. 2 500 buah basikal

d)

D. 5 000 buah basikal

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Kim Sdn. Bhd yang mengeluarkan kek


Harga : RM8

Kuantiti dijual : 750

Jumlah kos berubah : 500


Hitung jumlah hasil Syarikat Kim Sdn. Bhd

a)

A. RM 4 000

b)

B. RM 5 000

c)

C. RM 6 000

d)

D. RM 7 000

18.

Bagaimanakah sesebuah perniagaan boleh meningkatkan daya saing dalam pasaran?

a)

A. Mengawal kos pengeluaran

b)

B. Menambahkan pengeluaran barang

c)

C. Menurunkan harga barang dijual di pasaran

d)

D. Menetapkan visi,misi dan objektif perniagaan

19.

Apakah faktor kemampuan perniagaan bertahan dalam industri?


I Visi

II Teknologi

III Kewangan

IV Perancangan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

20.

Apakah maksud syer pasaran?

a)

A. Jumlah penduduk yang terdapat di sesebuah pasaran

b)

B. Jumlah barang yang dijual oleh penjual di pasaran

c)

C. Peratus barang yang dikeluarkan di sebuah perniagaan

d)

D. Peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan

21.

Apakah kesan kepada perniagaan akibat kegagalan mencapai matlamat dan objektif?

a)

A. Keuntungan akan berkurangan

b)

B. Pengeluaran terpaksa dihentikan

c)

C. Perniagaan terpaksa ditutup sementara

d)

D. Menanggung kos akibat penutupan perniagaan

22.

Perniagaan yang gagal mencapai matlamat dan objektif harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah tersebut.


Tindakan manakah yang wajar diambil oleh perniagaan?

a)

A. Menaikkan harga produk

b)

B. Menyemak semula objektif

c)

C. Pengeluaran perlu dihentikan

d)

D. Mendapatkan khidmat nasihat pakar

23.

Apakah contoh kos berubah?

a)

A. Sewa Kilang

b)

B. Upah Buruh

c)

C. Insurans Kilang

d)

D. Susut nilai mesin

24.

Antara berikut ,yang manakah merupakan kesan perniagaan akibat kegagalan mencapai matlamat dan objektif?


I Imej perniagaan terjejas

II Gagal dalam persaingan

II Syer pasaran meningkat

IV Keuntungan perniagaan bertambah

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV