Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 14 Kemanusiaan Asas Kemoralan

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Undang-undang kemanusiaan antarabangsa digubal untuk:

a)

melindungi mereka yang tidak atau tidak lagi terlibat dalam pertempuran

b)

mengehadkan penggunaan senjata dan kaedah peperangan

c)

menggalakkan peperangan

d)

melindungi maruah manusia dan mengurangkan penderitaan dalam konflik bersenjata

2.

Undang-undang kemanusiaan antarabangsa juga dikenali seperti yang berikut, KECUALI:

a)

undang-undang peperangan

b)

undang-undang kebebasan bersenjata

c)

undang-undang konflik bersenjata

3.

Dilarang membuat sebarang serangan atau menggunakan senjata yang boleh _______ dan _______.

a)

membunuh orang awam, kombatan yang cedera dan sakit

b)

memusnahkan orang awam atau harta benda awam, mengakibatkan kecederaan atau penderitaan berpanjangan.

c)

memberikan bantuan kepada petugas, kemudahan perubatan tentera dan awam

4.

Dilarang membunuh orang awam, kombatan yang cedera dan sakit serta tawanan perang. Mereka ______ dan ______.

a)

perlu diberi perlindungan, dilayan secara

berperikemanusiaan.

b)

menghormati, memberikan bantuan kepada petugas

c)

terhad kepada kombatan, tentera sahaja.

5.

Melindungi, _______ dan ______ bantuan kepada petugas dan kemudahan perubatan tentera dan awam seperti hospital, klinik dan ambulans.

a)

menyekat, menolak

b)

menghormati, memberikan

c)

menerima, menolak

6.

Sebarang serangan hendaklah terhad kepada ____ dan _____ sahaja.

a)

orang awam, pasukan penyelamat

b)

kanak-kanak, warga tua

c)

kombatan, tentera

7.

Antara kepentingan pengekalan undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah:

a)

Masyarakat berasa selamat

b)

Kanak-kanak dapat membesar dalam suasana gembira

c)

Masyarakat berasa terancam

d)

Hubungan dengan negara lain terus kukuh

e)

Mengekalkan ketamadunan dan warisan bangsa

8.

Antara kepentingan pengekalan undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah agar flora dan fauna terpelihara seperti berikut, kecuali:

a)

Melestarikan alam semula jadi.

b)

Mengelak berlakunya kepupusan.

c)

Menggalakan aktiviti pembalakkan secara haram

9.

Antara kepentingan pengekalan undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah agar kerajaan dapat membangunkan negara seperti berikut, kecuali:

a)

Keamanan negara dapat diperkotak-katikkan

b)

Kemakmuran dapat dikecapi

c)

Khazanah negara dapat dikekalkan

10.

Manakah yang berikut merupakan contoh Pencabulan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa?

a)

Membuat serangan terhadap orang awam yang tidak bersenjata.

b)

Membuat serangan terhadap bangunan awam.

c)

Institusi kekeluargaan runtuh.

d)

Menyeksa dan membunuh orang awam, tentera yang cedera dan tawanan perang.

e)

Menggunakan senjata pemusnah secara besar-besaran, iaitu senjata kimia, senjata biologi atau bom atom yang mengandungi uranium dan fosforus.

11.

Anatar kesan pengabaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah :

a)

Alam sekitar musnah.

b)

Negara aman dan damai

c)

Ekonomi negara terjejas.

d)

Kecacatan anggota.

e)

Konflik berterusan.

12.

Setiap individu berperanan untuk menyuarakan pendapat tentang konflik yang berlaku melalui saluran yang betul, KECUALI:

a)

Membuat laporan kepada pihak berkuasa.

b)

Membuat bantahan dilaman sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya.

c)

Membuat bantahan secara rasmi kepada pihak yang berkenaan.

13.

Nyatakan cadangan nilai yang berkaitan dengan unit ini.

(a)  

14.

Nilai bertanggungjawab dan hormat perlu dipraktikkan oleh setiap rakyat dengan ___________________________.

a)

membuat laporan kes pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa

b)

mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang ditetapkan.

c)

menangani konflik yang berlaku melalui bukti dan alasan yang kukuh.

15.

Nilai keberanian dan nilai kebebasan perlu diamalkan dalam ________________________________ di negara yang

berkonflik.

a)

membuat laporan kes pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa

b)

mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang ditetapkan

c)

menangani konflik yang berlaku melalui bukti dan alasan yang kukuh