wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS 1 BAB1 SEJARAH KSSM TINGKATAN 4

Total questions: 35

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan berikt muncul di Alam Melayu.

*Funan

*Champa

*Kedah Tua

Apakah kepentingan kemnculan kerajaan berikut di Alam Melayu?

a)

Ajaran agama Islam

b)

Asas negara bangsa

c)

Amalan pemerintahan demokrasi

d)

Agihan kuasa antara pemimpin

2.

Berikut ialah ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.

*Raja

*Undang-undang

*Wilayah pengaruh

*Rakyat

Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang ciri-ciri negara bangsa tersebut?

a)

Mengamalkan kepercayaan perhambaan

b)

Mewariskan pemerintahan demekrasi

c)

Memantapkan pentadbiran kerajaan

d)

Mewujudkan sistem feudal

3.

Mengapakah inskripsi Telaga Batu tersebut dianggap penting dalam Kerajaan Srivijaya?

a)

Persetiaan pemerintah dengan golongan diperintah

b)

Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha

c)

Penaklukan seluruh Alam Melayu

d)

Pengaruh amalan Hindu-Buddha

4.

Apakah sumbangan Kesultanan Melayu Melaka kepada kita?

a)

Memperkenalkan hukuman Islam

b)

Menghapuskan amalan Hindu-Buddha

c)

Mengasaskan pembinaan negara bangsa

d)

Mewujudkan sistem birikrasi awam

5.

Apakah peranan nakhoda yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka?

a)

Melantik syahbandar

b)

Berkuasa penuh dalam pelayaran

c)

Berkuasa mengawal peraturan pelabuhan

d)

Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan

6.

Gambar ini menunjukkan perkembangan aktiviti perdagangan di Melaka pada abad ke-15.

Apakah iktibar daripada kepesatan perdagangan tersebut?

I Bersifat terbuka

II Bertoleransi

III Keberanian

IV Ketabahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv

7.

Wilayah berikut merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka.

* Inderagriti

* Kampar

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menguasai wilayah tersebut?

a)

Hadiah

b)

Naungan

c)

Penaklukan

d)

Perkahwinan

8.

Antara yang berikut, yang manakah sumber kewangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

I Ufti

II Cukai

III Zakat

IV Hadiah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka.

*Peranan sultan dan pembesar

*Kekeluargaan

*Jenayah

*Ekonomi

Apakah kepentingan perkara tersebut dalam undang-undang Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjamin kemakmuran

b)

Memastikan ketaatan rakyat

c)

Mengukuhkan kuasa mutlak raja

d)

Mewujudkan Sistem Pembesar Empat Lipatan

10.

Mengapakah rakyat tidak akan menderhaka kepada Raja Melaka?

a)

Takut ditimpa tulah

b)

Akan dihukum bunuh

c)

Melanggar perintah agama

d)

Tidak mendapat keistimewaan

11.

Bagaimanakah rakyat Kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada raja?

a)

Menyembah raja

b)

Upacara persetiaan

c)

Mengagung-agungkan raja

d)

Minum hasil air tangan raja

12.

Antara berikut, yang manakah ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ?

I Rakyat

II Perlembagaan

III Pembesar

IV Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Rajah ini menunjukkan hieraki sosial Kesultanan Melayu Melaka.

Golongan diperintah terdiri daripada

I hamba

II rakyat

III sultan

IV pembesar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah X?

a)

Undang-undang kerajaan Alam Melayu

b)

Undang-undang bertulis

c)

Undang-undang Islam

d)

Undang-undang adat

15.

Maklumat berikut merujuk kepada

* Perkahwinan

* Kedaultana

* Naungan

a)

Kerajaan

b)

Kedaulatan

c)

wilayah pengaruh

d)

lambang kebesaran

16.

Gambar tersebut menunjukkan alat kebesaran diraja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah kepentingan alat kebesaran tersebut?

a)

Keagungan kerajaan

b)

Keluasan empayar

c)

Simbol kedaulatan

d)

Simbo kekayaan

17.

Berdasarkan pernyataan berikut, apakah syarat utama untuk merealisasikan sebuah negara dan bangsa Malaysia?


Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 dan berterusan hingga ke hari ini.




a)

Semua murid lulus dalam peperiksaan

b)

Rakyat dan pemimpin berganding bahu

c)

Seluruh penduduk mempunyai pekerjaan

d)

Negara mengamalkan sistem monarki mutlak

18.

Siapakah yang diberikan kuasa oleh Sultan Melaka untuk memerintah sesebuah wilayah ?

a)

Ahli ulama

b)

Pembesar Melayu

c)

Pembesar Berempat

d)

Golongan bangsawan

19.

Rajah tersebut menunjukkan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah X?

a)

Bendahari

b)

Orang Kaya

c)

Syahbandar

d)

Penghulu Bendahari

20.

Bendahara berperanan penting dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka .

Apakah peranan tersebut?


I Ketua pentadbir

II Pemangku sultan

III Menguruskan perbendaharaan

IV Mengutip cukai di kawasan pegangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah kandungan Hukum Kanum Melaka dari aspek ekonomi?

a)

Amalan riba diharamkan

b)

Peniaga haruslah beragama Islam

c)

Amalan menukar barang dibenarkan

d)

Wanita tidak dibenarkan berurus niaga

22.

Berdasarkan Fasal 9 dalam Undang-undang Laut Melaka, apakah hukuman yang dikenakan kepada malim yang lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan?

a)

Dipenjarakan

b)

Dibuang negeri

c)

Dihukum bunuh

d)

Dilucutkan jawatan

23.

Apakah peranan tokoh berikut?


Sultan Mahmud Shah

a)

Melantik Pembesar Berempat

b)

Memperkenalkan Hukum Kanun Melaka

c)

Memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka

d)

Menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman kepada pesalah

24.

Golongan pemerintah terdiri daripada sultan , kerabat diraja dan pembesar.

Apakah peranan pembesar sebagai golongan pemerintah?

a)

Menghadiri majlis-majlis umum

b)

Memperkenalkan undang-undang

c)

Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat

d)

Bertanggungjawab terhadap kestabilan kerajaan

25.

Pemerintah dan rakyat dihubungkait melalui konsep

a)

kesetiaan

b)

waadat

c)

tulah

d)

titah

26.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Berempat

c)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

d)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

27.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

28.

Rakyat Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada


I pedagang asing

II orang Melayu

III Orang Laut

IV Orang Jawa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Kawasan pegangan


Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada kawasan pegangan?

a)

Kawasan yang dikhaskan bagi urusan rasmi

b)

Kawasan larangan bagi rakyat biasa

c)

Kawasan pentadbiran Pembesar Berempat

d)

Kawasan pentadbiran sultan

30.

Antara amalan berikut, yang manakah berkaitan dengan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka?


I Sistem perhambaan

II Sistem Serah

III Sistem Kerah

Sistem perundangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv

31.

Raja Champa dikaitkan dengan _______________

(Buku teks m/s 4)

a)

Dewa Vishnu

b)

Dewa Siva

c)

Dewa Brahma

d)

Dewa Rama

32.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

33.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu dan ________________

(Buku teks m/s 7)

a)

Sabah dan Sarawak

b)

Siam

c)

Pantai Timur Sumatera

d)

Jawa Timur

34.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

35.

Tugas Syahbandar adalah mengutip cukai di ________________

(Buku teks m/s 9)

a)

Pelabuhan

b)

Kampung

c)

Sempadan

d)

Bukit