Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Banyak Makna, Sinonim dan Antonim.

Total questions: 35

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Angin yang bertiup perlahan itu tiba-tiba menjadi garang menyebabkan dedaun berguguran.


Kata banyak makna / sinonim bagi garang ialah ....

a)

meriah

b)

kencang

c)

maklumat

d)

idea

2.

Ketua kampung itu sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampungnya.


Kata banyak makna / sinonim bagi jalan ialah ....

a)

meriah

b)

kencang

c)

maklumat

d)

idea

3.

Persembahan tarian zapin itu telah mendapat sambutan yang hangat daripada penonton.


Kata banyak makna / sinonim bagi hangat ialah ....

a)

meriah

b)

kencang

c)

maklumat

d)

idea

4.

Murid-murid mengeluarkan pen untuk mencatat isi penting yang disampaikan oleh guru.


Kata banyak makna / sinonim bagi isi ialah ....

a)

meriah

b)

kencang

c)

maklumat

d)

idea

5.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Kawasan rumah itu cetek kerana dipenuhi hutan.

II. Matanya kelihatan cetek kerana tidak cukup tidur.

III. Air sungai itu menjadi cetek ketika musim kemarau.

IV. Ros tidak dapat menjawab soalan itu kerana pengetahuan amnya cetek.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

6.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Pokok rambutan Pak Dollah berbuah lebat.

II. Jumlah anak pokok di tapak semaian itu amat lebat.

III. Daun yang gugur di belakang rumah itu sangat lebat.

IV. Hujan yang turun dengan lebat itu menyebabkan banjir.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

7.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Kek coklat itu telah habis dimakan oleh kakak.

II. Kuih popia yang lazat itu telah habis dijual.

III. Mereka berbual hingga habis malam.

IV. Tayar basikalnya sudah habis dan perlu diganti segera.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

8.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Litar pintas itu menyebabkan rumah itu hangat terbakar.

II. Pisang goreng yang dibeli oleh abang masih hangat.

III. Kejadian tanah runtuh di Indonesia itu telah menjadi berita hangat.

IV. Nenek Timah hangat kari ayam itu di atas dapur.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

9.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Sejarah kampung itu telah buku oleh penulis terkenal itu.

II. Agar-agar itu menjadi buku selepas disejukkan.

III. Farid telah meminjam buku di perpustakaan sekolahnya.

IV. Ayah telah membeli dua buku roti untuk hidangan pada waktu petang.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

10.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Adik tersenyum tajam apabila melihat telatah pelawak itu.

II. Tendangan abang yang tajam telah menyebabkan pintu itu terbuka.

III. James yang tajam akal itu selalu memperoleh keputusan yang cemerlang.

IV. Burung helang dapat menangkap tikus kerana mempunyai daya penglihatan yang tajam.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

11.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris.


Suasana yang tenang di Pantai Seri Tujuh itu dapat merehatkan minda.

a)

khabar

b)

mercu

c)

mahir

d)

damai

e)

betul

12.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris.


Kami tidak pernah mendengar berita tentang Suraya sejak dia berpindah ke luar negara.

a)

khabar

b)

mercu

c)

mahir

d)

damai

e)

betul

13.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris.


Tukang jahit itu cekap mengendalikan mesin jahit elektronik.

a)

khabar

b)

mercu

c)

mahir

d)

damai

e)

betul

14.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris.


Lima orang pendaki itu berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

a)

khabar

b)

mercu

c)

mahir

d)

damai

e)

betul

15.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris.


Laporan kemalangan yang ditulis oleh pihak media itu memang benar.

a)

khabar

b)

mercu

c)

mahir

d)

damai

e)

betul

16.

Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.


Mereka sekeluarga menetap di kampung itu itu selama sepuluh tahun.

a)

meningkat

b)

cetek

c)

bandar

d)

membantah

e)

sopan

17.

Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.


Danish dinasihatkan oleh ayahnya agar tidak mandi di sungai yang dalam itu.

a)

meningkat

b)

cetek

c)

bandar

d)

membantah

e)

sopan

18.

Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.


Adik makan dengan gelojoh kerana dia sangat lapar.

a)

meningkat

b)

cetek

c)

malang

d)

membantah

e)

sopan

19.

Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.


Beberapa orang pemegang saham syarikat itu menyokong pelantikan Encik Razif sebagai pengerusi syarikat.

a)

meningkat

b)

cetek

c)

bandar

d)

membantah

e)

sopan

20.

Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.


Pemuda itu bertuah kerana memenangi sebuah rumah dalam pertandingan itu.

a)

meningkat

b)

cetek

c)

malang

d)

membantah

e)

sopan

21.

Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.


Keputusan ujian bulanan pada bulan April menurun berbanding pada bulan Mac.

a)

meningkat

b)

cetek

c)

malang

d)

membantah

e)

sopan

22.

Tuliskan perkataan antonim bagi perkataan berikut.


tebal

(a)  

23.

Tuliskan perkataan antonim bagi perkataan berikut.


awal

(a)  

24.

Tuliskan perkataan antonim bagi perkataan berikut.


memasukkan

(a)  

25.

Tuliskan perkataan antonim bagi perkataan berikut.


sesak

(a)  

26.

Air sungai itu menjadi cetek apabila tiba musim kemarau.


Pilih perkataan sinonim bagi cetek.

a)

dalam

b)

singkat

c)

pendek

d)

tohor

27.

Pada musim panas, banyak daun pokok yang gugur.


Pilih perkataan sinonim bagi gugur.

a)

kandas

b)

cabut

c)

luruh

d)

kecut

28.

Kami sudah jemu mendengar alasan yang diberikan oleh Nila.


Pilih perkataan sinonim bagi jemu.

a)

bosan

b)

leka

c)

malas

d)

cuak

29.

Kuih keria yang dibuat oleh ibu sangat enak.


Pilih perkataan sinonim bagi enak.

a)

masam

b)

sedap

c)

pedas

d)

manis

30.

Pihak polis menemui kesan tapak kaki pencuri yang masuk ke dalam stor itu.


Pilih perkataan sinonim bagi kesan.

a)

parut

b)

gambar

c)

bekas

d)

tompokan

31.

Ibu merebus daging itu sehingga empuk.


Pilih perkataan antonim bagi empuk.

a)

licin

b)

keras

c)

lembik

d)

kasar

32.

Hubungan antara Maria dengan Hana sangat rapat.


Pilih perkataan antonim bagi rapat.

a)

jauh

b)

renggang

c)

sendat

d)

longgar

33.

Pak Mat sedang menimbus perigi buta di tepi sawah itu.


Pilih perkataan antonim bagi menimbus.

a)

mengukur

b)

menggali

c)

mengetuk

d)

menyiram

34.

Pemuda itu menafikan tuduhan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwa raya.


Pilih perkataan antonim bagi menafikan.

a)

mengesyaki

b)

mendakwa

c)

mengakui

d)

mematuhi

35.

Puan Shida tidak dapat memakai baju kurung itu kerana sudah ketat.


Pilih perkataan antonim bagi ketat.

a)

jarang

b)

longgar

c)

luas

d)

sempit