wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 PERNIAGAAN T5

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut menunjukkan dua peranan pengurusan sumber manusia.


> Menggalakkan pembangunan bakat pekerja menerusi pelbagai aktiviti

> Menyediakan pembiayaan pendidikan untuk menggalakkan pekerja menambahkan pengetahuan dan kemahiran kepakaran


Apakah peranan pengurusan sumber manusia tersebut?

a)

Latihan peningkatan kemahiran

b)

Pemantapan budaya professional

c)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni

2.

Pilih definisi kebolehkerjaan yang betul.

a)

Peralatan yang sesuai digunakan dalam proses kerja

b)

Etika kerja yang perlu ada pada kakitangan organisasi

c)

Sistem dan peraturan dalam sesebuah organisasi

d)

Kemahiran yang dimiliki oleh pekerja dalam organisasi

3.

Antara berikut, yang manakah digolongkan sebagai komponen gaji?

I Upah

II Bonus

III Komisen

IV Gaji asas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Apakah yang berkaitan dengan aspek pengelolaan sumber manusia?

a)

Membangunkan pasukan yang cekap untuk mencapai sasaran

b)

Penghargaan organisasi terhadap pencapaian dan sumbangan pekerja

c)

Hukuman terhadap pekerja tanpa mengambil kira implikasi undang-undang

d)

Petempatan pekerja berdasarkan hubungan baik dengan majikan

5.

Apakah tujuan standard prosedur operasi tugas yang diamalkan dalam aspek pengelolaan sumber manusia oleh sesebuah organisasi perniagaan?


I Menyediakan ganjaran yang menarik

II Mancapai keseragaman pelaksanaan tugas

III Meminimumkan risiko dan memelihara keselamatan pekerja

IV Mengekalkan pekerja yang berpengalaman untuk terus berkhidmat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Pernyataan manakah yang menerangkan struktur organisasi berdasarkan geografi?

a)

Sesuai untuk melaksanakan sistem berbilang arahan

b)

Dilaksanakan untuk memudahkan pengeluaran pelbagai produk

c)

Diwujudkan untuk memenuhi permintaan pelbagai kumpulan pelanggan

d)

Memerlukan kakitangan di ibu jabatan untuk menyelaraskan jabatan di pelbagai wilayah

7.

Mengapakah pengurusan sumber manusia penting untuk sesebuah organisasi perniagaan?


I Dapat mengurangkan masalah pengangguan pekerja

II Dapat mengelakkan persaingan yang dihadapi di pasaran

III Dapat memastikan tenaga pekerja sentiasa mencukupi

IV Dapat memastikan tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Puan Maliha, seorang pegawai pemasaran di Syarikat Nilam Maju telah didapati tidak menepati waktu bekerja seperti datang lewat dan keluar pada waktu pejabat. Apakah jenis kesilapan dan tindakan yang patut diambil oleh majikan?

a)

Kesalahan : TIdak beretika

TIndakan : DIpecat kerja

b)

Kesalahan : ponteng kerja

Tindakan : amaran bertulis

c)

Kesalahan : pecah amanah

Tindakan : Ditahan kenaikan gaji

d)

Kesalahan : salah guna aset syarikat

Tindakan : tiada kenaikan pangkat

9.

Mengapakah hospital swasta mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?

a)

Hospital swasta mempunyai banyak cawangan

b)

Hospital swasta menggaji ramai doktor pakar dan terlatih

c)

BIlangan pelanggan hospital swasta adalah pekerja berpendapatan tetap

d)

Hospital menyediakan pelbagai perkhidmatan dan rawatan perubatan

10.

Apakah kepentingan pengurusan sumber manusia kepada sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Memudahkan perancangan dibuat

b)

Membolehkan organisasi mencapai sasaran

c)

Memastikan bilangan pekerja sentiasa mencukupi

d)

Memastikan sesebuah organisasi itu dapat menghasilkan barang berkualiti

11.

Mengapakah pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan itu perlu menjalani latihan selepas dilantik?

a)

Menambahkan ilmu pengetahuan

b)

Mengelakkan daripada berlaku kesilapan

c)

DIberikan kepada pekerja yang kurang berkelayakan

d)

Meningkatkankemahiran pekerja dalam melaksanakan tugas

12.

Pernyataan manakah yang menerangkan tentang Standard Prosedur Operasi (SOP) tugas?

a)

Dokumen bertulis yang menerangkan fungsi organisasi

b)

Dokumen bertulis yang menjelaskan visi, misi dan objektif perniagaan

c)

Dokumen yang menyenaraikan peraturan dan prosedur yang perlu dipatuhi

d)

Dokumen bertulis yang menerangkan tentang peranan setiap pekerja dalam organisasi

13.

Encik Hanafi telah merekrut tiga orang pekerja sebagai pembantu tukang masak di restorannya.


Bagaimanakah pekerja-pekerja tersebut ditempatkan?

a)

Mengikut tingkat gaji

b)

Mengikut umur pekerja

c)

Mengikut kemahiran pekerja

d)

Mengikut permintaan pekerja sendiri

14.

Encik Azman memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. DIa memohon untuk menjawat jawatan sebagai pegawai akaun di Syarikat Multi Purpose Sdn. Bhd..


Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Encik Azman?

a)

Kelayakan yang bersesuaian

b)

Berpengalaman tentang produk

c)

Berpengalaman dalam industri tertentu

d)

Keberkesanan mencapai sasaran tertentu

15.

Maklumat berikut berkaitan Encik Mansor dan Encik Razali.


"Encik Mansor dan Encik Razali bekerja di Syrikat Nordin Sdn. Bhd.. Encik Mansor bekerja sebagai pegawai pemasaran dengan gaji bulanan RM 3 450 manakala Encik Razali pula bekerja sebagai pengurus cawangan dengan gaji bulanan sebanyak RM 5 120".


Antara berikut, yang manakah faktor penentu sistem penggajian yang diamalkan kepada kakitangan?

I Bentuk tugas

II Kejujuran pekerja

III Keuntungan perniagaan

IV Kemampuan organisasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Bagaimanakah penempatan pekerja dilakukan?

a)

Mengikut kemahiran

b)

Atas arahan majikan

c)

Mengikut keperluan

d)

Mengikut kekosongan

17.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas pekerja yang bermasalah?

I Pemulauan

II Amaran lisan

III Potongan gaji

IV Melakukan kerja amal

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Maklumat manakah yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia?

a)

Analisis kerja

b)

Analisis pekerja

c)

Analisis pekerjaan

d)

Analisis prestasi pekerja

19.

Antara yang berikut, yang manakah faedah yang diberikan kepada pekerja dalam sesebuah organisasi?

I Elaun

II Upah

III Komisen

IV Insurans kelompok

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah maksud gaji asas?

a)

Penghargaan yang dibayar secara tunai berdasarkan prestasi perniagaan

b)

Gaji yang diterima tanpa melibatkan sebarang pembayaran tambahan

c)

Ganjaran yang diberikan kepada pekerja yang terlibat dengan aktiviti jualan

d)

Bayaran tambahan yang diterima bergantung kepada jawatan disandang

21.

Maklumat berikut adalah berkaitan salah satu ciri sejenis struktur organisasi.


- Diwujudkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan

- Biasanya melibatkan organisasi yang menawarkan perkhidmatan


Apakah struktur organisasi yang dimaksudkan?

a)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan pelanggan

d)

Struktur organisasi berdasarkan geografi/wilayah

22.

Syarikat B&J Bhd. mempunyai pelbagai cawangan di seluruh Malaysia. Apakah jenis struktur organisasi yang sesuai dengan syarikat ini?

a)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan pelanggan

d)

Struktur organisasi berdasarkan geografi/wilayah

23.

Encik Zaki merupakan seoang pengurus dana yang berkhidmat di sebuah bank pelaburan. Beliau telah melesapkan wang pelaburan pelanggan di bawah kelolaannya tanpa disedari oleh pihak bank.


Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Encik Zaki?

a)

Pecah amanah

b)

Penyelewengan

c)

Pencurian wang

d)

Penyalahgunaan kuasa

24.

Antara berikut, yang manakah peranan pengurusan sumber manusia?

I Pemantapan budaya profesional

II Pemberian insentif yang munasabah

III Pemantapan budaya korporat

IV Penghargaan dan hukuman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Apakah jenis penamatan kontrak perkhidmatan yang akan berlaku ke atas seorang pekerja yang terlibat dalam kesalahan penyalahgunaan aset sesebuah organisasi?

a)

Persaraan

b)

Penamatan secara sukarela

c)

Penamatan secara tindakan disiplin

d)

Penamatan secara penerimaan