wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah t4

Total questions: 80

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

2.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

3.

Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Undang-Undang Pelabuhan Melaka & Undang-Undang Adat Melaka

b)

Undang-Undang Adat Melaka & Undang-Undang Laut Melaka

c)

Undang-Undang Laut Melaka & Hukum Kanun Melaka

d)

Undang-Undang Pelabuhan Melaka & Hukum Kanun Melaka

4.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat. Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

5.

[ 1688 - Revolusi Keagungan di England ]

[ 1789 - Revolusi Perancis ]

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berperlembagaan ditegakkan

6.

[ Raja Mongku & Raja Chulalongkorn - memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand ]

Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut?

a)

Menyaingi kuasa besar

b)

Mengukuhkan kuasa rakyat

c)

Menqekalkan kedaulatan negara

d)

Memantapkan kedudukan parlimen

7.

Soalan berikut berdasarkan gambar Jelutong Press. Apakah kesan daripada penubuhannya?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

8.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.

[ Rumah Besar Tiang Sebatang ]

[ Cerita Awang Putat ]

[ Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang ]

Apakah tema cerpen tersebut?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

9.

Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914. Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut?

a)

Pearl Harbour diserang

b)

Wilayah Jerman diceroboh

c)

Perancis bersekutu dengan Rusia

d)

Bakal raja Austria-Hungary dibunuh

10.

Bagaimanakah tokoh yang berikut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?

[ Benito Mussolini - Itali ]

[ Adolf Hitler - Jerman ]

a)

Mengadakan referendum

b)

Memulihkan sistem monarki

c)

Mengukuhkan angkatan tentera

d)

Membangunkan industri baharu

11.

Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menamatkan kemaraan Jepun?

a)

Menaja kegiatan subversif

b)

Melakukan serangan bom atom

c)

Membentuk pertubuhan serantau

d)

Mengisytiharkan dasar bumi hangus

12.

Senarai yang berikut merujuk slogan yang digunakan oleh pihak Jepun.

[ Semangat Asia ] [ Asia untuk orang Asia ] [ Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya ]

Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut?

a)

Meluaskan kuasa

b)

Menyatukan wilayah

c)

Menyebarkan ideologi

d)

Menamatkan penjajahan

13.

Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942 - I945. Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Mengimport bahan makanan

c)

Menghentikan perdagangan antarabangsa

d)

Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan

14.

Mengapakah British menubuhkan pentadbiran British Military Administration (BMA) pada September 1945 - Mac 1946?

a)

Mewujudkan keamanan

b)

Menjimatkan perbelanjaan

c)

Memberikan latihan kepimpinan

d)

Melaksanakan ekonomi kawalan

15.

Maklumat yang berikut merujuk rancangan British untuk mewujudkan sistem pentadbiran baharu di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

[ Mewujudkan pentadbiran yang cekap ]

[ Memastikan sumbangan orang asing ]

[ Memperkenalkan syarat kewarganegaraan terbuka ]

Apakah sistem pentadbiran yang dapat menjayakan rancangan tersebut?

a)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b)

British Military Administration

c)

Persekutuan Tanah Melayu

d)

Malayan Union

16.

British telah melantik Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union. Bagaimanakah beliau mendapatkan persetujuan tersebut?

a)

Membuat desakan & Mewujudkan imuniti

b)

Membuat desakan & Menggunakan ugutan

c)

Menggunakan ugutan & Mewujudkan imuniti

d)

Mengekalkan gelaran & Membuat desakan

17.

Pantun yang berikut menggambarkan sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

Dari Bentan ke Kuala Sedili,

Singgah berjaja di Batu Pahat;

Syarat kewarganegaraan secara ius soli,

Kuasa raja turut tergugat.


Bagaimanakah orang Melayu menangani isu tersebut?

a)

Membentuk jawatankuasa perundingan

b)

Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

Memajukan ekonomi peribumi

d)

Mengadakan tunjuk perasaan

18.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada tahun 1948. Mengapakah orang Melayu menerima perjanjian tersebut?

a)

Parti politik digabungkan

b)

Berkuasa mengawal pentadbiran

c)

Syarat kewarganegaraan dipermudah

d)

Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi

19.

Maklumat yang berikut merujuk Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946.

* Pegawai Kanan British

* Pemimpin UMNO

* Wakil Raja-raja Melayu

Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan?

a)

Menentukan bidang senarai kuasa negeri

b)

Mengehadkan kemasukan pekerja asing

c)

Membentuk perjanjian persekutuan

d)

Merangka Perlembagaan Rakyat

20.

Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA ditubuhkan pada tahun 1947?

a)

Menentang Malayan Union

b)

Mengeratkan perpaduan kaum

c)

Memajukan pembangunan ekonomi

d)

Menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

21.

Bagaimanakah Sir Harold Briggs menyelesaikan masalah ancaman komunis yang mendapat bantuan daripada Min Yuen?

a)

Mengisytiharkan darurat

b)

Melancarkan perang saraf

c)

Memperkenalkan tawaran pengampunan

d)

Melaksanakan kawasan penempatan semula

22.

Gambar yang berikut merujuk Sir Gerald Templer semasa melancarkan perang saraf. Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk supaya menyokong usaha perang saraf tersebut?

a)

Mewujudkan Kampung Baru

b)

Memperkenalkan kad pengenalan

c)

Membawa masuk tentera Komanwel

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

23.

[ Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara tahun 1948 hingga tahun 1960. ] Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

a)

Menamatkan konfrontasi

b)

Membendung rusuhan kaum

c)

Menqhapuskan kegiatan lanun

d)

Membanteras ancaman komunis

24.

[ Dato'Onn Jaafar] [E.E.C. Thuraisingham ] [Tan Cheng Lock]

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

Menubuhkan parti Perikatan

b)

Menjadi Ahli Suruhanjaya Reid

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

25.

Pada tahun 1951, Sistem Ahli telah diperkenalkan. Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan di Tanah Melayu?

a)

Merangka perlembagaan baharu

b)

Melaksanakan pilihan raya umum

c)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

d)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendir

26.

Pengasas Independence of Malayan Party (IMP) ialah Dato'Onn Jaafar. Mengapakah parti IMP ditubuhkan?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Mempertahankan hak periburni

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

27.

Mengapakah perkembangan peristiwa tersebut berlaku?

[1949 - Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum]

[1953 - Penganjuran Persidangan Kebangsaan]

a)

Pengaruh luar yang semakin kuat

b)

Perpaduan antara kaum tidak mantap

c)

Kelemahan dalam sistem pemerintahan

d)

Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan

28.

Apakah pilihan raya yang terawal di negara kita?

a)

Pilihan raya negeri

b)

Pilihan Raya Perbandaran George Town

c)

Pilihan Raya Majlis Bandaran Johor Bahru

d)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

29.

Gambar tersebut menunjukkan pengundi sedang membuang undi. Apakah nilai yang ditunjukkan daripada gambar tersebut?

a)

Prihatin

b)

Pemurah

c)

Berhemah tinggi

d)

Bertanggungjawab

30.

Gambar tersebut menunjukkan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955. Mengapakah kabinet pertama ini penting kepada negara kita?

a)

Penyatuan parti politik

b)

Menunjukkan kompromi antara kaum

c)

Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

31.

Situasi 1: Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Situasi 2: Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah kesan daripada situasi tersebut?

a)

Imperialisme semakin diperluas

b)

Negara menuju ke arah berkerajaan sendiri

c)

British mengukuhkan kedudukan di negara kita

d)

Pentadbiran Tentera British mulai diperkenalkan

32.

Soalan ini berdasarkan gambar tersebut. Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?

a)

Pemansuhan Sistem Ahli

b)

Penubuhan Majlis Raja-Raja

c)

Pengisytiharan Pembentukan Malaysia

d)

Pembentukan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan

33.

Pernyataan tersebut berkaitan dengan hasil persetujuan di London.

[ Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan suruhanjaya bebas setelah mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu. ]

Apakah peranan suruhanjaya tersebut?

a)

Mengadakan pilihan raya

b)

Mengkaji dasar pendidikan kebangsaan

c)

Merangka perlembagaan negara yang merdeka

d)

Membentuk satu badan khas mengatasi ancaman komunis

34.

Kamus Dewan mentakrifkan kemerdekaan sebagai

a)

naungan kebebasan

b)

bebas daripada penjajah

c)

kuasa menentukan hala tuiu

d)

bersatu menentang kuasa luar

35.

Apakah kepentingan lambang tersebut?

a)

Menunjukkan ketelusan

b)

Mempamerkan kehebatan

c)

Mewujudkan semangat berdikari

d)

Melahirkan semangat cinta akan negara

36.

Mengapakah Bank Negara diwujudkan pada awal kemerdekaan negara kita?

a)

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

b)

Membantu penduduk luar bandar

c)

Membuka peluang pekerjaan

d)

Menarik pelabur luar

37.

Apakah tujuan Rancangan Buku Merah?

a)

Membuka tanah besar-besaran

b)

Menstabilkan kewangan negara

c)

Menyediakan peluang pekerjaan

d)

Memantau projek pembangunan

38.

Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada raja?

a)

Menyembah raja

b)

Memakan manisan

c)

Meminum air sumpah

d)

Menyembah telaga batu

39.

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka dikenali sebagai?

a)

Undang-undang tidak bertulis

b)

Undang-undang bertulis

c)

Undang-undang Islam

d)

Undang-undang Adat

40.

Yang manakah antara berikut merupakan maksud nasionalisme?

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Usaha mewujudkan empayar yang luas

c)

Usaha meningkatkan martabat sesebuah negara

d)

Perjuangan menentang penjajahan

41.

Apakah tuntutan Filipina dalam Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal?

a)

Menuntut Sepanyol melakukan perubahan politik

b)

Menuntut kemerdekaan segera

c)

Menuntut kewarganegaraan Sepanyol

d)

Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol

42.

Nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalisme lain yang berlaku di Asia Tenggara.

a)

Menentang penjajah

b)

Mempertahankan kedaulatan Thailand

c)

Menjunjung pentadbiran raja berkuasa mutlak

d)

Mendapatkan kemerdekaan

43.

Apakah tujuan kedatangan Jepun ke negara kita pada tahun 1941?

a)

Memenuhi keperluan ekonomi dan strategik ketenteraan

b)

Membalas dendam

c)

Tidak suka dengan Amerika Syarikat

d)

Ingin membebaskan Tanah Melayu

44.

Penguasaan pengkalan tentera laut British di Singapura penting kepada tentera Jepun untuk ............

a)

menguasai telaga minyak di Sumatera

b)

menakluki kawasan Pulau Jawa

c)

memulakan pendudukan di Indonesia

d)

membuka kawasan industri baharu

45.

Serangan tentera Jepun ke atas Sarawak dan Sabah bermula dengan pendaratan di

a)

Kuching

b)

Bintulu

c)

Miri

d)

Kapit

46.

Apakah maksud Kempeitai?

a)

Pasukan polis yang menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun

b)

Pasukan tentera Brtish yang ditawan tentera jepun

c)

Pasukan Polis Orang Melayu yang terkorban dalam serangan Jepun

d)

Pasukan Polis dari Jerman yang membantu mempertahankan Tanah Melayu

47.

Apakah langkah pertama yang diambil oleh BMA bagi memulihkan keamanan?

a)

Mengadakan gencatan senjata

b)

Mencari ubat-ubatan

c)

Pembubaran pasukan MPAJA

d)

Pemulihan lombong getah

48.

Malayan Union merupakan satu unit pentadbiran yang menyatukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri Selat kecuali (Buku teks m/s 97)

a)

Pulau Pinang

b)

Melaka

c)

Johor

d)

Singapura

49.

Apakah tindakan Sir Harold MacMichael yang menyebabkan orang Melayu tidak dapat menerima Malayan Union?

a)

Meniru tandatangan raja-raja Melayu

b)

Memaksa penduduk Tanah Melayu menerima Malayan Union

c)

Mengancam raja-raja Melayu

d)

Ugutan bunuh terhadap raja-raja Melayu

50.

Apakah maksud jus soli?

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tarikh lahir

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

c)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan latar belakang ibu bapa

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan sumbangan

51.

Apakah peranan Pegawai Tinggi British dalam Jawatankuasa Kerja? (m/s 127)

a)

Berperanan sebagai pemerhati dan Penasihat Undang-undang dalam Jawatankuasa Kerja

b)

Berperanan merangka perlembagaan baru menggantikan Malayan Union

c)

Berperanan sebagai penasihat kepada Raja-raja Melayu

d)

Berperanan sebagai perantara bagi orang Melayu dan kerajaan British

52.

Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British berfungsi untuk menggubal undang-undang. Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Majlis Perundangan Persekutuan? (m/s 134)

a)

Merangka undang-undang bagi Tanah Melayu

b)

Memperkenan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Membatalkan undang-undang yang bertentangan dengn perlembagaan

d)

Mengetuai persidangan Majlis Perundangan Persekutuan

53.

Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 dikatakan menguntungkan kaum bukan Melayu? (m/s 135)

a)

Kaum bukan Melayu yang lahir diberi keistimewaan dalam bidang pentadbiran

b)

Kaum bukan Melayu diberi peluang untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu

c)

kaum bukan Melayu dilantik ke dalam jawatan tinggi kerajaan

d)

Kaum bukan Melayu berpeluang menjadi warganegara

54.

Mengapakah rancangan penempatan semula Kampung Baru merenggangkan hubungan kaum?

a)

Ramai orang Cina menyertai komunis

b)

Penguasaan komunis terhadap Kampung Baru

c)

Penempatan Kampung Baru didominasikan oleh kaum Cina

d)

Orang Melayu tidak dibenarkan tinggal di penempatan Kampung Baru

55.

Apakah sumbangan MCA untuk memerangi komunis?

I Mengutip derma melalui jualan loteri kebajikan

II Menyediakan senjata untuk memerangi komunis

III Mewujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung baru

IV Membantu menempatkan semula 500 ribu penduduk semula ke kampung baru.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

56.

Bilakah darurat ditamatkan di Persekutuan Tanah Melayu?

a)

31 Ogos 1960

b)

31 Julai 1960

c)

30 Julai 1960

d)

30 Ogos 1960

57.

Semasa darurat, catuan bekalan makanan menyebabkan rakyat mula bergantung kepada makanan berikut....

I ubi kentang

II ubi keledek

III ubi kayu

IV ubi keladi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv

58.

Kawalan pasukan keselamatan yang ketat di kampung-kampung baru menyebabkan hubungan antara kaum terbatas. Ini kerana.....

a)

Penduduk kampung baru tidak boleh menerima tetamu

b)

Penduduk kampung baru tidak dapat bersosial dengan kaum lain.

c)

Penduduk kampung baru tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu

d)

Penduduk kampung baru suka hidup menyendiri

59.

Pengaruh komunis di negara kita telah berlaku sebelum meletusnya

a)

Perang Dunia Pertama

b)

Perang Dunia Kedua

c)

Perang Kemerdekaan

60.

Usaha menyebarkan fahaman komunis di negara kita diusahakan oleh dua buah negara iaitu


China

dan juga

a)

Indonesia

b)

Filipina

c)

Vietnam

61.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob ingin menubuhkan sebuah negara berdaulat yang dinamakan ..................

a)

Malaya Raya

b)

Melayu Raya

c)

Malaya-Indonesia

d)

Malaynesia

62.

Kenapa Angkatan Pemuda Insaf (API) diharamkan oleh British?

a)

mengkhianati British

b)

merancang revolusi secara kekerasan

c)

melakukan pemberontakan bersenjata

d)

pendekatan dan imej yang radikal

63.

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada British kerana ..................

a)

Perlembagaan 1941 menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak

b)

Pihak British melakukan kekejaman kepada penduduk Sarawak

c)

Raja Brooke menjual Sarawak kepada British

d)

Pemimpin tempatan dipengaruhi oleh Indonesia

64.

Malayan Indian Congress (MIC) dan Malayan Chinese Association (MCA) mempunyai matlamat yang sama, iaitu ...............

a)

memperjuangkan kerakyatan terbuka

b)

bekerjasama dengan kaum lain dalam memperjuangkan kemerdekaan

c)

membuka keahlian parti kepada semua kaum

d)

menghalau British keluar dari Tanah Melayu

65.

Apakah syarat yang ditetapkan oleh British supaya kemerdekaan akan diberi kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

PKM dihapuskan

b)

kepentingan semua kaum dijaga

c)

isu kerakyatan jus soli diterima

d)

tiga kaum utama dapat bekerjasama

66.

Apakah tujuan Pilihanraya diadakan

a)

memberi pekerjaan kepada rakyat

b)

rakyat memilih wakil dalam kerajaan

c)

memajukan negara

67.

Berapakah jumlah ahli Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang berjaya dipilih melalui undian

a)

50

b)

51

c)

52

68.

Apakah nama undang-undang yang membenarkan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan pilihanraya

a)

Perjanjian Malayan Union

b)

Perjanjian PTM 1948

c)

Perjanjian PTM 1957

69.

Berapakah jumlah ahli MPP yang dipilih melalui pilihanraya yang dicadangkan oleh penyata susunan B

a)

30

b)

40

c)

50

70.

Siapakah tokoh yang telah menghadiahkan gelang emas yang dipakai untuk menampung tambang ke London

a)

Siti Rahmah Kassim

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Tan Cheng Lock

71.

Apakah bukti kesungguhan Raja-raja Melayu dan pemimpin serta rakyat dalam usaha menuntut kemerdekaan

a)

rombongan kemerdekaan

b)

rombongan perdagangan

c)

rombongan kebudayaan

72.

Apakah nama kapal yang dinaiki oleh Tunku Abdul Rahman dalam rombongan kemerdekaan ke London

a)

Royalist

b)

MV Asia

c)

Repulse

73.

Berikut merupakan tuntutan British dalam rundingan rombongan kemerdekaan


mengadakan perjanjian pertahanan dengan British

Pesuruhjaya Tinggi melantik Ahli Majlis Eksekutif dan Peguam Negara


dan juga

a)

membayar ganti rugi kepada pegawai British

b)

menggunakan bahasa Inggeris

c)

menyediakan bekalan buruh

74.

Apakah konsep negara seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid

a)

Republik

b)

Demokrasi Berparlimen

c)

Monarki

75.

Berikan takrif perkataan " Merdeka "?

a)

Kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa

b)

Kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri

c)

Hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran

d)

Sejenis Pentadbiran jajahan Empayar British

76.

Tandakan tokoh yang bukan berkaitan dengan pandangan kemerdekaan.

a)
b)
c)
d)
77.

Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan Sambutan Hari Merdeka melalui media?

a)
b)
c)
d)
78.

Berikut ialah gambar bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah dijadikan Bendera Kebangsaan.Siapakah tokoh yang telah mencipta bendera tersebut?

a)
b)
c)
d)
79.

Semasa peristiwa Sambutan Kemerdekaan yang disambut di Stadium Merdeka,siapakah tokoh yang telah mengazankan majlis tersebut?

a)
b)
c)
d)
80.

Semasa bendera Union Jack diturunkan,sebuah lagu turut didendangkan bersama - sama dengan bendera tersebut,namakan lagu itu?

a)

Kings and Queens

b)

Queen of Hearts

c)

Terang Bulan

d)

God Save The Queen