wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4 : BAB 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang benar tentang visi?


I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin

dicapai

II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk

mencapainya

III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan

IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.


VISI

“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”


Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?

a)

Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan

b)

Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka

c)

Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan

d)

Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan misi?

a)

Panduan dalam membuat keputusan

b)

Pembentukan matlamat yang lebih khusus

c)

Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan

d)

Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan

4.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.

a)

Meningkatkan pembayaran gaji

b)

Membawa masuk teknologi baru

c)

Meningkatkan bilangan kakitangan

d)

Mengadakan latihan dan pembangunan

5.

Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?

a)

Motivasi pekerja akan terjejas

b)

Imej produk terjejas di mata pengguna

c)

Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan

d)

Terpaksa mengurangkan harga jualan barang

6.

Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?


I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat

II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik

III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak

atasan

IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja

melalui pengurus

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.


Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.


Apakah ciri objektif yang terlibat?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diukur

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.


Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.


Apakah ciri objektif tersebut?

a)

Spesifik (specific)

b)

Munasabah (realistic)

c)

Boleh dicapai (attainable)

d)

Jangka masa (time frame)

9.

Apakah maksud berdaya saing perniagaan?

a)

Jenama produk mendapat sambutan di pasaran

b)

Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri

c)

Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik

d)

Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan

10.

Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?

a)

Sumber manusia

b)

Ekonomi

c)

Undang-undang

d)

Politik

11.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan elemen dalam perancangan strategik?

a)

Pembentukan misi

b)

Pembentukan objektif

c)

Pembentukan taktik

d)

Pembentukan strategi

12.

Pernyataan manakah yang benar tentang objektif perniagaan?

a)

Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja.

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi.

c)

Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi.

d)

Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian.

13.

"Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai" apakah ciri-ciri SMART tersebut?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka Masa

d)

Boleh Diukur

14.

Antara yang berikut, manakah yang mewakili visi, misi dan objektif (VMO) organisasi sektor swasta?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Menyediakan perkhidmatan sukarela

c)

Menyediakan produk secara percuma

d)

Mementingkan kecekapan dalam proses pengeluaran

15.

Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah. Apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Boleh dicapai

d)

Jangka masa