wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa tahap 2

Total questions: 35

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Kelihatan dari jauh empat ______________ sawah yang menguning di sepanjang jalan raya itu.

a)

petak

b)

deret

c)

pintu

d)

rangkap

2.

Kamariah memandang ke arah jam di dinding rumahnya dengan resah kerana menanti ________________ abangnya dari luar negara.

a)

kemunculan

b)

kedatangan

c)

ketibaan

d)

kenaikan

3.

Hasil daripada sikap _____________ yang ditunjukkan oleh janet, akhirnya dia dipilih sebagai peserta terbaik dalam pertandingan Mereka Cipta.

a)

keberanian

b)

kesungguhan

c)

kesukaan

d)

kerajinan

4.

Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh murid-murid tahun 5 Inovatif telah mendapat ________________ daripada guru besar.

a)

pujian

b)

pujaan

c)

cacian

d)

sindiran

5.

Lamin telah merancang satu ____________ motivasi kepada murid tahun enam yang akan dilaksanakan pada minggu hadapan.

a)

aktiviti

b)

pelaksanaan

c)

program

d)

majlis

6.

Kisah tentang ____________ Mahsuri terhadap Pulau Langkawi kian lenyap ditelan perubahan masa.

a)

sumpahan

b)

hukuman

c)

janji

d)

angan

7.

Darina membeli ____________ majalah Kuntum.

a)

senaskhah

b)

sehelai

c)

sebuah

d)

sekeping

8.

Bagi mencapai kejayaan kita harus mempunyai _____________ diri yang kuat.

a)

peraturan

b)

kepatuhan

c)

disiplin

d)

semangat

9.

_______________ Teressa yang suka mencuba akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya mencipta alat pengering kain.

a)

Teletah

b)

Kerajinan

c)

Sikap

d)

Perbuatan

10.

Selina menyelitkan ______________ bunga mawar ke sangggulnya.

a)

setangkai

b)

sekuntum

c)

sejambak

d)

sepasu

11.

Saya terjumpa se _____ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.

a)

biji

b)

utas

c)

bentuk

d)

butir

12.

Encik Samad mempunyai se _____ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.

a)

baris

b)

buah

c)

bidang

d)

carik

13.

Saya membeli enam _____ telur dari kedai runcit.

a)

biji

b)

baris

c)

buah

d)

bentuk

14.

Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas se _____ jarum.

a)

buku

b)

cebis

c)

bilah

d)

butir

15.

Kakak melanggan beberapa _____ majalah setiap bulan.

a)

kerat

b)

keping

c)

kepal

d)

naskhah

16.

_____ beritahu Amir bahawa bukunya ada pada Kamal.

a)

Tolong

b)

Sila

c)

Jemput

d)

Minta

17.

" _____ suka mengapi-apikan orang." kata Jalil kepada Lim

a)

Harap

b)

Jangan

c)

Jemput

d)

Usah

18.

Aziz, _____ berikan surat ini kepada ayah kamu.

a)

sila

b)

minta

c)

usah

d)

tolong

19.

_____ kamu bersedih lagi tentang perkara itu.

a)

Minta

b)

Tolong

c)

Usah

d)

Jemput

20.

_____ peserta perkhemahan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh urus setia kem.

a)

Usah

b)

Minta

c)

Jemput

d)

Tolong

21.
Semua jawapan untuk ayat di bawah adalah betul kecuali
Cerita yang dikarang oleh Murally itu menarik _________ .
a)
amat
b)
betul
c)
agak
d)
sekali
22.
Semua jawapan untuk ayat di bawah adalah betul kecuali
Rasa buah durian tembaga sedap _________.
a)
agak
b)
benar
c)
sekali
d)
sungguh
23.
Pintar __________Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yanggarang itu.
a)
sungguh
b)
terlalu
c)
paling
d)
agak
24.
“"Cantik ________ gambar yang kamu lukis ini,”" puji Halim kepada Zainal.
a)
terlalu
b)
paling
c)
benar
d)
agak
25.
Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.
a)
agak
b)
betul
c)
paling
d)
terlalu
26.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
a)
Gulai lemak kepala ikan yang emak masak enak betul.
b)
Soalan-soalan ujian Bahasa Melayu kali ini susah paling.
c)
Datuk dan nenek paling gembira apabila cucunya pulang ke kampung.
d)
Kebun datuk kelihatan nian hebat di kampung itu.
27.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
a)
Perangai budak-budak itu baik sekali.
b)
Kek yang dibuat oleh Kak Ummi nian lembut.
c)
Pahlawan Melayu yang nian handal ialah Hang Tuah.
d)
Keris Taming Sari itu tajam paling
28.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
a)
“"Awal terlalu kalian sampai pagi ini,"” kata Encik Ali kepada anak buahnya.
b)
“"Mengapakah nian lambat awak ke sini?"” tanya Encik Tan kepada SweeMeng.
c)
“"Siti paling cantik di mata para peminatnya,"” jelas seorang peminat kepada seorang wartawan hiburan.
d)
“"Sarifah berbaju amat tercantik pada pagi ini,"” kata rakan-rakannya.
29.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
a)
Ramai sekali pengunjung berkelah di Teluk Batik.
b)
Makanan yang dijual di gerai itu nian murah dan sedap.
c)
Bangunan itu adalah yang paling tertinggi sekali di bandar Teluk Intan.
d)
Benar sukar untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ini.
30.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
a)
Anak kucing itu comel sangat.
b)
Suara penyanyi popular itu betul merdu.
c)
Nani berasa paling amat lega kerana semua kerjanya telah siap.
d)
Rasa buah mangga muda itu kelat paling
31.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I      Cuaca pada hari ini panas betul.
II     Samad sekali kurang minat untuk belajar.
III     Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
IV     Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.
a)
I dan II
b)
III dan IV
c)
I, II dan III
d)
I, III dan IV
32.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I      Ruang bilik ini sangat sempit.
II     Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III    Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
IV    Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut terlalu.
a)
I dan II
b)
III dan IV
c)
I, II dan III
d)
I, III dan IV
33.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I     Betul cantik tulisan kamu.
II    Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih setelah kematian ayah.
III    Saya berasa senang sungguh apabila awak dapat membantu saya.
IV    Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke tahap yang paling tinggi.
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
34.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I      Comel nian anak kucing ini.
II     Nian gemuk badan awak sejak kebelakangan ini.
III    Mengapakah mahal sangat baju kegemaran saya ini?
IV    Mengapakah lambat agak awak mula mengulang kaji pelajaran?
a)
I dan III
b)
III dan IV
c)
I, II dan III
d)
I, III dan IV
35.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I      Persembahan penyanyi itu hebat sekali.
II     Makanan yang dimasak oleh ibu amat sedap sekali.
III     Kura-kura amat gembira apabila berjaya mengalahkan arnab.
IV     Dia berasa teramat gembira sekali setelah menjuarai pertandingan itu.
a)
I dan II
b)
III dan IV
c)
I, II dan III
d)
II, III dan IV