wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PeKAT KIBLAH Bahasa Melayu - Tingkatan 2

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.

a)

mencalit

b)

mencoret

c)

mencelup

d)

mencalar

2.

Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.

a)

comot ... terputus

b)

pudar ... tertatal

c)

lusuh ... meretas

d)

kusam ... mengoyak

3.

Umar menunggu kawannya ___________ pukul tiga hingga empat petang.

a)

daripada

b)

pada

c)

dari

d)

di

4.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.


Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden untuk melipatgandakan pengeluaran sayur-sayurannya.

a)

Pengeluaran sayur-sayuran yang ditanam oleh Encik Harun bertambah sejak dia sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.

b)

Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayurannya.

c)

Kaedah pertanian moden perlu dipelajari oleh Encik Harun untuk menambahkan pengeluaran sayur-sayurannya.

d)

Encik Harun sepatutnya sanggup menjalankan kaedah pertanian moden agar pengeluaran sayur-sayurannya bertambah.

5.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.


Punca utama kenaikan suhu dunia ialah penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara.

a)

Kenaikan suhu dunia untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara menjadi punca utama penebangan hutan yang tidak terkawal.

b)

Penebangan hutan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara yang tidak terkawal menjadi penyebab utama peningkatan suhu dunia.

c)

Kenaikan suhu dunia yang tidak terkawal untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara menjadi penyebab utama penebangan hutan.

d)

Kenaikan suhu dunia boleh dielakkan sekiranya penebangan hutan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara yang menjadi punca utama dikawal.

6.

Pilih ayat-ayat yang betul berdasarkan ayat di bawah.


I. Datuk memasukkan anak ayam itu ke dalam reban.

II. Bandar itu semakin maju dari setahun ke setahun.

III. Kerjasama yang diberikan kepada murid-murid itu amat saya hargai.

IV. Dia begitu tenang ketika bercerita tentang kejadian yang menakutkan itu.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

7.

Pilih ayat-ayat yang betul berdasarkan ayat di bawah.


I. Setiap pagi ayah minum secawan kopi pekat.

II. Beribu orang berbaris di luar Stadium Melawati untuk membeli tiket perlawanan bola sepak.

III. Beberapa buah rumah setinggan hangus dalam kebakaran di Kampung Gelam.

IV. Acara sukaneka itu melibatkan semua orang kanak-kanak prasekolah daerah Besut.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

8.

Pilih ayat-ayat yang betul berdasarkan ayat di bawah.


I. Apa yang ada di dalam bungkusan itu?

II. Cara membuat kek lapis bagaimana?

III. Budak lelaki yang berbaju Melayu itu adik siapakah?

IV. Mengapakah kita dilarang membuang sampah di merata-rata tempat?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Pilih ayat-ayat yang betul berdasarkan ayat di bawah.


I. Kursus solekkan itu dibuka untuk golongan wanita sahaja.

II. Dia menggunakan pitar pengukur untuk mengukur ukur lilit tong itu.

III. Kami terpesona melihat keindahan panorama di Pulau Redang.

IV. Sikap sabar semasa memandu akan mempastikan kita selamat di jalan raya.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Sultan Azlan _____ di Istana Merak Kayangan semenjak pertabalan baginda sebagai Sultan Selangor.

a)

berangkat

b)

beradu

c)

bersemayam

d)

bertitah

11.

Halim sedang mandi di dalam bilik air. Pilih perkataan seerti mandi di dalam bahasa istana

a)

beradu

b)

bertitah

c)

bersiram

d)

berkelana

12.

Sultan Mahmud Syah ____ apabila Puteri Gunung Ledang menolak pinangan baginda.

a)

murka

b)

gering

c)

mangkat

d)

masyghul

13.

Razlan hidup susah. Dia diingatkan agar tidak meneruskan niatnya untuk meminang anak orang yang kaya-kaya itu. Kata orang

a)

Belanda minta tanah.

b)

ukur baju di badan sendiri.

c)

sarang tebuan jangan dijolok.

d)

air tenang jangan disangka tiada buaya.

14.

Firdan : Siapakah sebenarnya yang mencipta mesin pembakar lemang ini?

Azizul: Idea untuk mencipta mesin tersebut ialah idea saya. Dia hanya membantu saya untuk membina mesin itu. Walau bagaimanapun, saya tidak menyangka bahawa dia sanggup mengakui mesin itu ciptaannya.


Dialog di atas bersesuaian dengan peribahasa

a)

sambil menyelam minum air.

b)

lembu punya susu, sapi dapat nama.

c)

bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

d)

bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

15.

Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

16.

Pak Mat jika membuat sesuatu pekerjaan, dia akan buat dengan bersungguh-sungguh

a)

Bulat kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

b)

Pipit pekak makan berhujan

c)

Burung terbang dipipihkan lada

d)

telinga kuali

17.

Nyatakan maksud peribahasa berikut :

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.

a)

Cita-cita yang tidak kesampaian.

b)

Kemewahan hidup yang dikecapi kerana kejayaan dalam perniagaaan.

c)

Orang yang hidup dalam kesenangan.

d)

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

18.

Apakah maksud peribahasa berikut?

Bagai ayam disambar helang.

a)

Orang yang mempunyai semangat kuat.

b)

Orang yang berkuasa.

c)

Mati tanpa sakit.

d)

Orang yang gelojoh.

19.

Apakah tema Sajak Roti?

a)

Kehidupan masyarakat susah yang terbela

b)

Kehidupan masyarakat kaya yang mementingkan diri sendiri

c)

Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

20.

Antara persoalan yang dikemukakan dalam Sajak Roti ialah..

a)

Manusia yang dapat menahan nafsu makan ketika lapar.

b)

Bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan.

c)

Orang yang beriman akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.

21.

Berikut ialah nilai yang terdapat dalam sajak KECUALI...

a)

Nilai kesabaran

b)

Nilai keimanan

c)

Nilai kegigihan

22.

Apakah tajuk sebenar bagi Syair Nasihat?

a)

Syair nasihat (Pengakhiran Thamarat al-Muhimmah)

b)

Syair nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

c)

Pantun nasihat (Pengakhiran Thamarat al-Muhimmah)

d)

Syair nasihat (Pertengahan Thamarat al-Muhimmah)

23.

Mengapakah ketua keluarga harus menerapkan ilmu agama dalam kehidupan anaknya?

a)

supaya ketua keluarga dapat berlagak dengan ilmu agama yang diperolehinya.

b)

supaya anaknya tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat.

c)

supaya orang sekeliling memberikan tabik hormat kepada ketua keluarga.

d)

supaya bapanya dipuji dan disanjung oleh masyakarat setempat.

24.

Zahar amat berminat dalam bidang pertukangan __________ dan bercita-cita untuk __________.

a)

pembuatan kayu , menjadi tukang kayu.

b)

perabot , memiliki bengkel perabot sendiri.

c)

kereta ,menjadi seorang mekanik.

d)

kimpalan , memiliki bengkel sendiri.

25.

Impian Zahar untuk melanjutkan pelajaran ke ITM selepas SPM musnah kerana ___________ .

a)

Bosan dengan pembelajaran.

b)

Sudah bekerja.

c)

Demam semasa menduduki peperiksaan SPM.

d)

Dihalang oleh keluarga.

26.

Zahar ditawarkan kursus _____________________ di IKM Sg. Petani.

a)

Pertukangan Paip

b)

Pertukangan Seni

c)

Pertukangan Perabot

d)

Pertukangan Bengkel

27.

Perwatakan berikut menggambarkan tentang diri Zahar kecuali

a)

mudah berputus asa

b)

seorang yang rajin

c)

anak yang baik

d)

seorang yang tekun

28.

Yang manakah antara berikut merupakan tema novel Meniti Impian?

a)

Kegigihan serang pemuda mengejar impian untuk menjadi seorang tukang kasut yang berjaya

b)

Ketabahan seorang remaja dalam mengharungi percintaan

c)

Kegigihan serang pemuda mengejar impian untuk menjadi seorang tukang perabot yang berjaya

d)

Kepentingan usahawan kecil di kampung

29.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel Meniti Impian, kecuali..

a)

Persoalan tentang kepentingan memiliki kemahiran

b)

Persoalan tentang ketabahan menghadapi ujian hidup

c)

Persoalan tentang perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat

d)

Persoalan tentang kepercayaan mistik masyarakat kampung

30.

Zahar berusaha menuntut ilmu di Institut Kemahiran Mara dalam bidang pertukangan perabot dan menjalani latihan loji di Taiping untuk menimba pengalaman sebelum membuka bengkel sendiri.


Berdasarkan peristiwa di atas, apakah persoalan yang dipaparkan dalam novel ini?

a)

Kegigihan membuahkan kejayaan

b)

Minat dan kebolehan membuahkan hasil

c)

Konflik percintaan dalam kalangan remaja

d)

Keharmonian hidup masyarakat di kampung

e)

Keikhlasan dalam persahabatan

31.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Pelajar itu dikenakan tindakan tata tertib kerana didapati merokok di dalam tandas

(a)  

32.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Seramai 20 orang mahasiswa telah mengadakan program khitmat masyarakat di Kampung Desa Murni.

(a)  

33.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis trafik.

(a)  

34.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan bahasa yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Kebanyakan pengguna-pengguna lebuh raya tidak mematuhi had laju yang ditetapkan.

(a)  

35.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan bahasa yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Rumah-rumah yang cantik-cantik itu sudah habis dijual.

(a)  

36.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan bahasa yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Pelajar itu terpandai sekali di institusi ini.

(a)  

37.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


“Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan

memasak yang disediakan oleh hotel tersebut.

(a)  

38.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.

(a)  

39.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.

(a)  

40.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik sahaja

menerima arahan daripada pihak berkuasa.

(a)