wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penyediaan dan pembuatan makanan

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah hidangan utama dihidangkan?

a)

Hidangan utama dihidangkan selepas hidangan pembuka selera

b)

Hidangan utama dihidangkan sebelum hidangan pembuka selera

c)

Hidangan utama dihidangkan selepas pencuci mulut

d)

Hidangan utama dihidangkan sebelum sup

2.

Daging merupakan salah satu sumber protein yang disajikan dalam hidangan utama.

Antara berikut,yang manakah bahagian-bahagian yang ada pada daging?

a)

Daging lembut,sel lemak dan tisu perantara

b)

Daging lembut,tisu otot dan tisu perantara

c)

Daging pejal,sel lemak dan tisu perantara

d)

Daging lembut,sel lemak dan tisu penghubung

3.

Apakah kandungan nutrien yang ada didalam daging?

a)

Protein

b)

Karbohidrat

c)

Kalsium

d)

Vitamin c

4.

Berikut adalah bahagian daging kambing kecuali?

a)

Shank

b)

Rack

c)

Shoulder

d)

Brisket

5.

Apakah faktor yang mempengaruhi warna daging lembu atau kambing?

a)

Usia

b)

Suhu

c)

Makanan

d)

Cuaca

6.

•diporsikan sebelum disimpan didalam sejuk beku

•purata suhu ialah 15°c

•dinyahfroskan (thaw) di peti sejuk selama 24 jam


Pernyataan diatas menerangkan cara penyimpanan?

a)

Daging beku

b)

Daging masak

c)

Offal

d)

Daging mentah

7.

Apakah kegunaan tepung gandum dalam penyediaan stew daging?

a)

Memberi ketahanan kepada stew daging supaya tidak basi

b)

Penambah rasa supaya rasa lebih sedap dan enak

c)

Menambah kandungan kanji di dalam stew daging

d)

Sebagai agen pemekat untuk melikatkan stew daging

8.

Dalam borang pesanan banquet maklumat berikut adalah diperlukan kecuali.

a)

Nama tetamu

b)

Tarikh majlis

c)

Jantina tetamu

d)

Nombor telefon

9.

__________adalah suatu menu makanan yang dihimpunkan berbagai jenis makanan dari pembuka selera hingga pencuci mulut.setiap makanan mempunyai harga sendiri

a)

A la carte

b)

Table d'hote

c)

Pesanan bankuet

d)

Dinner's menu

10.

Apakah nama potongan dalam gambar diatas?

a)

Fillet

b)

Goujon

c)

Trimming

d)

Skinning

11.

Berikut merupakan rempah-ratus tempatan yang digunakan dalam masakan makanan utama kecuali

a)

Kulit kayu manis

b)

Jintan putih

c)

Bunga cengkih

d)

Paprika

12.

Peralatan yang digunakan untuk memasak bahagian atas makanan yang telah dimasak ialah

a)

Rotisseries

b)

Salamander

c)

Roasting pan

d)

Griddles

13.

"Rempah-rempah seperti pelaga,kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih yang diikat didalam kain maslin kecil" dikenali sebagai.....

a)

Roux

b)

Liaison

c)

Mirepoix

d)

Sup bunjut

14.

Menu yang manakah terdiri dalam kategori hidangan utama?

a)

Asam pedas ikan tenggiri

b)

Coleslow

c)

Kuih buah melaka

d)

Sagu gula melaka

15.

Apakah langkah yang betul perlu dilakukan sebelum seafood tempura diperasakan dengan garam dan lada sulah?

a)

Kukus selama 30 minit

b)

Balut menggunakan plastik wrap

c)

Kisar semua bahan-bahan sehingga hancur

d)

Buang kulit udang, belah belakang dan buang urat hitam

16.

Antara berikut adalah bahan yang sesuai untuk menghias dan menghidang nasi goreng vegetarian kecuali

a)

Duan sup

b)

Bawang goreng

c)

Daun bawang

d)

Cili merah

17.

Apakah kaedah yang digunakan untuk memasak fish and chip?

a)

Menggoreng tohor

b)

Menggoreng jeluk

c)

Menggril

d)

Membakar

18.

Bagaimanakah ciri-ciri mollusks yang baik?

a)

Isinya lembik dan berbau busuk

b)

Kepala tidak terlekat pada badannya

c)

Mempunyai ekor yang tercacak dibelakang dan tajam bila dipegang

d)

Kulitnya mollusks terbuka

19.

Apakah bahan yang digunakan dalam rendang daging?

a)

Santan pekat

b)

Susu pekat manis

c)

Tauchu

d)

Rempah kari ikan

20.

Apakah fungsi penggunaan plastic wrapper yang dilapis selepas dada ayam diketuk dalam penyediaan chicken cordon bleu?

a)

Supaya ayam lebih besar dan senang untuk proses menggulung

b)

Memudahkan proses mengetuk dada ayam

c)

Memudahkan proses memerap dada ayam

d)

Mengelakkan ayam terkena pencemaran luar