Font size
WorksheetsSKOR PSV 1 (SET 2)
Total questions: 50
Worksheet time: 32mins
satu kawasan ratayang dilingkari dengan satu garisan luar. Penyataan ini merujuk kepada unsur?
bentuk
rupa
garisan
ruang
Ruang di sekeliling rupa sesuatu objek merupakan jenis rupa ___________.
negatif
positif
organik
geometri
Rupa boleh menghasilkan __________, __________, dan ________.
lambang
muka taip
simbol
warna
Apakah rupa baharu yang akan terbentuk jika rupa bulat dan segi tiga digabungkan?
sfera
silinder
kon
kuboid
Karya seni berikut mempunyai ruang nyata, kecuali
patung
tembikar
catan
arca
Ruang yang terdapat dalam karya seni visual dan dalam gambaran ilusi seperti gambar dan filem. Penyataan ini menerangkan _________
ruang ilusi
ruang konkrit
Ruang yang terdapat di persekitaran. Dikenali juga sebagai ruang nyata. Penyataan ini menerangkan tentang _______.
ruang ilusi
ruang konkrit
Ruang Ilusi terbahagi kepada 3 iaitu ______, ________, dan ______.
ruang terbuka
ruang dalam
ruang rata
ruang cetek
Pilih ruang cetek.
Pilih ruang dalam.
Pilih ruang rata.
Garisan grid perspektif sesuai digunakan untuk gubahan jenis __________.
logo
landskap
corak
figura
Pilih perspektif 2 titik lenyap?
Pilih perspektif 3 titik lenyap.
Berikut adalah aspek penting dalam menentukan arah dalam perspektif kecuali....
aras tengah
aras bawah
aras tepi
aras atas
Mengapakah gelas perlu mempunyai kesan jalinan pada permukaannya?
untuk estetika
untuk cengkaman
untuk meningkatkan kualiti
untuk kepelbagaian
Kesan permukaan yang hanya untuk dilihat dan tidak dapat dirasai dengan sentuhan.
Jalinan tampak
Jalinan sentuh
Kesan permukaan yang dapat dirasai melalui deria sentuhan dan boleh dilihat.
Jalinan Sentuh
Jalinan Tampak
Apakah fungsi jalinan pada tapak kasut?
keselamatan pengguna
perkembangan fesyen
mencantikkan rekaan kasut
menimbulkan kesan kontra
Corak batik pada kain sarung adalah jalinan _________
Sentuh
Tampak
Nyatakan teknik yang sesuai untuk menimbulkan kesan sentuhan.
Teknik Capan
Teknik Luakan
Teknik Cetakan
Teknik Gosokan
Apakah jenis jalinan yang boleh dipindahkan ke permukaan kertas melalui teknik gosokan?
Jalinan sentuh
Jalinan tampak
Jalinan positif
Jalinan negatif
Pilih teknik-teknik penghasilan karya yang boleh menghasilkan kesan jalinan sentuh.
Teknik Kolaj
Teknik catan
Teknik Ukiran
Teknik cetakan
Teknik pualaman akan menghasilkan kesan jalinan____
sentuh
tampak
Campuran 2 warna asas akan menghasilkan warna _____
Primer
Tertier
Sekunder
Kontra
Apakah warna yang tidak berkaitan dengan warna di atas?
Kuning
Biru
Merah
Apakah campuran warna yang akan terhasil jika warna dalam gambar rajah dicampurkan dengan warna merah?
Ungu
Merah keunguan
ungu merah
Ungu kehitaman
Pilih warna yang berkontra dengan warna berikut.
Kuning
putih
Biru
Hijau
Berapakah bilangan warna tertier dalam roda warna.
12
6
24
8
Jika warna dinding ruang tamu berwarna hijau muda, apakah warna yang berharmoni dengan ruang tamu tersebut?
merah
jingga
biru
merah ungu
Ton warna terhasil melalui campuran sesuatu warna dengan warna _________.
kuning, hijau
putih, kelabu
merah, kuning
hitam, putih
Cara mewarna yang bagaimanakah boleh mewujudkan kesan bentuk dalam catan?
mewarna dengan ton
mewarna dengan pekat
mewarna dengan kontra
menggunakan satu warna sahaja
Kombinasi warna yang terletak bertentangan dalam roda warna dikenali sebagai warna ___________.
Monokrom
Harmoni
Sewarna
Penggenap
Suhu warna terbahagi kepada dua iaitu :
Sejuk
Cerah
Panas
Gelap
Berikut merupakan fungsi warna kecuali .....
menimbulkan bentuk
menimbulkan ruang
menimbulkan jalinan
menimbulkan garisan
Penggunaan hijau dalam karya seni dapat menimbulkan kesan-kesan berikut.....
segar
subur
kasar
garang
Harmoni dalam sesuatu rekaan dapat diwujudkan melalui _______.
kesepaduan sesuatu unsur seni reka
pembentukan perulangan unsur seni reka
arah susunan unsur seni reka
ciri-ciri pertentangan antar unsur seni yang digunakan
Penegasan digunakan untuk perkara-perkara berikut kecuali __________
menarik perhatian
Menunjukkan kematangan
mengelakkan kebosanan
fokus pada sesuatu objek
Apakah penegasan dalam gambar tersebut?
Bunga
Daun
Rama-rama
Latar bewarna
Bagaimanakah penegasan dapat diwujudkan dalam karya seni?
Melukis subjek di bahagian tengah karya
Melukis subjek yang sama dalam kuantiti yang banyak
Melukis subjek dengan saiz yang lebih kecil
Melukis subjek di bahagian belakang objek lain
Antara berikut merupakan corak yang mempunyai imbangan kecuali.....
corak batik canting
corak badan wau
corak itik pulang petang
corak kelarai bunga melur
Imbangan ___________ ialah objek atau reka letak yang tidak sama kiri dan kanan atau atas dan bawah.
tidak simetri
simetri
Berikut adalah fungsi kontra kecuali....
menimbulkan fokus
menarik perhatian
menimbulkan kesan pergerakan
menimbulkan kesan harmoni
Antara kombinasi warna berikut, yang manakah menimbulkan kesan kontra yang paling hebat?
Merah-ungu
Biru-hitam
Hijau-merah
Biru-hijau
Pilih gambar yang menimbulkan kesan kontra dengan jelas.
___________ merupakan sesuatu keadaan di mana benda tidak rehat dan mengalami kesan gambaran bergegar, bergetar, bergoyang, berpusing dan sebagainya.
Harmoni
Pergerakan
Kepelbagaian
Kontra
Berikut merupakan jenis-jenis irama kecuali .....
Irama rawak
irama sama
irama aliran
irama progresif
Kontra, imbangan, penegasan, kepelbagaian, harmoni dan kesatuan dikenali sebagai _______
Unsur seni
Prinsip rekaan
asas seni
seni visual
Ciri-ciri berikut bukan unsur kesatuan.
Pengolahan warna mengikut prinsip gubahan warna
Kepelbagaian unsur seni
Wujudnya unsur kontra
Gubahan yang cantik dan sempurna
X ialah warna sekunder yang terhasil daripada campuran warna biru dan kuning. Apakah warna penggenap bagi X?
Jingga
Biru
Ungu
Hijau
