wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU KARANGAN TAHAP 2

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan)


Azam saya di sekolah.

a)

Belajar dengan bersungguh-sungguh.

b)

Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

c)

Mengelakkan diri daripada pengaruh negatif

d)

Menyertai setiap pertandingan yang dianjurkan sekolah.

e)

Membuat bising ketika guru mengajar

2.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan)


Cara-cara memupuk amalan berjimat dalam kalangan masyarakat.

a)

Membeli pakaian yang mahal

b)

Menjadi pengguna bijak

c)

Menyokong kempen kitar semula

d)

Menyokong kempen berkongsi kereta

e)

Mengurangkan aktiviti makan di luar rumah

3.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Amalan berjimat yang dapat dilakukan oleh murid sekolah.

a)

Membawa bekalan makanan dan minuman ke sekolah

b)

Membeli buku rujukan terpakai daripada pelajar senior

c)

Meminjam buku daripada pusat sumber sekolah

d)

Mencuri duit rakan untuk membeli makanan

e)

Mengelakkan aktiviti yang membazirkan wang

4.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Pengalaman hari pertama di sekolah menengah.

a)

Mengenal pasti tempat untuk ponteng kelas

b)

Berkenalan dengan kawan baru

c)

Mengenali nama guru-guru di sekolah

d)

Menghadiri sesi orentasi

e)

Menconteng dinding tandas

5.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Cara-cara menjaga kebersihan laut.

a)

Mengadakan kempen "Cintailah Laut Kita"

b)

Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan laut

c)

Tindakan penguatkuasaan

d)

Denda dan hukuman yang lebih berat kepada pesalah

e)

Membina empangan yang besar

6.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Cara-cara menjaga kesihatan gigi.

a)

Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari

b)

Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 6 bulan sekali

c)

Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

d)

Membawa bekalan makanan dan minuman ke sekolah

e)

Mengurangkan pengambilan makanan manis

7.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Komputer sebagai sumber pembelajaran.

a)

Memudahkan pelajar menyiapkan kerja kursus dan folio

b)

Membolehkan pelajar mendapat tip atau motivasi belajar

c)

Membaiki kelemahan pelajar dalam subjek tertentu

d)

Merangsang pembelajaran pelajar

e)

Kos yang tinggi untuk memiliki komputer

8.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Kepentingan komputer dalam kehidupan masyarakat.

a)

Melahirkan masyarakat yang materialistik

b)

Mempercepat urusan kerja

c)

Merapatkan hubungan kekeluargaan

d)

Meningkatkan jaringan perniagaan

e)

Ancaman virus komputer

9.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Ciri-ciri murid yang berwawasan.

a)

Mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup

b)

Sentiasa berfikiran positif

c)

Mempunyai keluarga yang kaya

d)

Mengamalkan gaya hidup yang sihat

e)

Bijak memilih rakan

10.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Cabaran anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran.

a)

Pengaruh negatif dari rakan sebaya

b)

Kurangnya perhatian daripada ibu bapa

c)

Makanan di kantin yang sedap

d)

Pengaruh Internet dan telefon pintar

e)

Tekanan belajar kerana terlalu banyak tugasan

11.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Kesan-kesan positif penggunaan Internet kepada murid-murid.

a)

Ilmu pengetahuan bertambah

b)

Bakat dan kemahiran terserlah

c)

Gejala sosial mudah menular

d)

Murid-murid luas bergaul dan berhubungan

e)

Murid-murid semakin bersikap individualistik

12.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Peranan belia terhadap pembangunan negara.

a)

Menyumbangkan idea dan buah fikiran

b)

Mengerah kudrat untuk mengharumkan nama negara

c)

Memiliki jati diri yang kukuh

d)

Menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin

e)

Mengutamakan barangan import ketika berbelanja

13.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Punca-punca murid tidak cemerlang dalam pelajaran.

a)

Menaiki bas untuk ke sekolah

b)

Sikap malas

c)

Pengaruh rakan sebaya

d)

Kurangnya sokongan dan galakan daripada ibu bapa

e)

Pengaruh telefon pintar dan komputer

14.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Ciri-ciri rumah idaman.

a)

Lokasi rumah yang strategik

b)

Harga yang mahal

c)

Bentuk yang menarik

d)

Kejiranan yang baik

e)

Indah dengan flora dan fauna

15.

Langkah-langkah mengekalkan keindahan sungai.

a)

Menjayakan "Kempen Cintailah Sungai Kita"

b)

Tindakan penguatkuasaan oleh pihak berwajib

c)

Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai

d)

Mengharamkan sebarang aktiviti perikanan di kawasan sungai

e)

Mempelbagai fungsi sungai

16.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Ciri-ciri sekolah harmoni.

a)

Suasana pembelajaran yang kondusif

b)

Guru-guru yang berwibawa

c)

Yuran pengajian yang mahal

d)

Pusat sumber yang lengkap dan selesa

e)

Pelajar-pelajar yang berdisiplin

17.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Cara-cara menjalani gaya hidup sihat.

a)

Makan makanan yang berkhasiat

b)

Menggunakan peralatan sukan yang mahal

c)

Menjauhi amalan yang boleh membahayakan kesihatan

d)

Menjalankan kegiatan riadah dan bersukan

e)

Membina hubungan yang sihat dengan orang lain

18.

Pendahuluan:

Hari ini sekolah saya telah 1._____________ aktiviti gotong-royong. Ramai murid, ibu bapa dan guru yang datang.

a)

membersihkan

b)

mengadakan

c)

mengutip

19.

Perenggan Kedua:

Mereka 2._____________ cangkul, sabit, parang dan lain-lain lagi. Semua yang hadir bergotong-royong 3.________________ kawasan sekolah.

a)

2. membawa, 3. membersihkan

b)

2. membawa, 3. mengutipkan

c)

2. menjual, 3. membersihkan

20.

Perenggan Ketiga:

Ada yang 4.____________ sampah, 5.______________ longkang dan 6.____________ semak-samun.

a)

4. mengutip, 5. membuang, 6. membakar

b)

4. membakar, 5. membersihkan, 6. menebas

c)

4. mengutip, 5. membersihkan, 6. menebas

21.

Penutup:

Kini 7.___________ saya sangat 8.___________. Guru Besar 9.________________ terima kasih 10.___________ semua pihak yang membantu.

a)

7. sekolah, 8. bersih, 9. mengucapkan, 10. kepada

b)

7. sekolah, 8. kemas, 9. menyampaikan, 10. kepada

c)

7. padang, 8. luas, 9. mengucapkan, 10. pada