NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 (14122020)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1."__________ perlu kerap membasuh tangan dengan sabun untuk mengelakkan jangkitan COVID-19" kata Puan Aisyah kepada anaknya.
A. Kita
B. Anda
C. Kamu
D. Kalian
2. __________ halaman rumah esok.
A. Akan kami bersihkan
B. Kami akan membersih
C. Akan dibersihkan oleh kami
D. Kami akan bersihkan
3. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca pasti dapat membina jati diri yang __________.
A. unik
B. aneh
C, cekap
4. unggul
4. Meskipun berusia tiga tahun, dia sudah __________ membaca buku cerita dalam tribahasa.
A. fasih
B. pakar
C. pintar
D. pandai
5. Buku-buku di atas rak buku itu __________.
A. tebal belaka
B. tebal belaka-belaka
C. semuanya tebal-tebal belaka
D. tebal-tebal belaka
6. __________ merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut dan disalut dengan kelapa.
A. Onde-onde
B. Jemput-jemput
C. Otak-otak
D. Pulut-pulut
7. Murid-murid dalam setiap kumpulan __________ pandangan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
A. berbantah-bantah
B. berbalas-balas
C. berubah-ubah
D. bertukar-tukar
8. Kerja berkumpulan itu dapat kita siapkan dengan mudah jika kita __________.
A. saling bantu
B. saling dibantu
C. saling membantu
D. saling bantu-membantu
9. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor kerana kerjaya ini __________ dapat mengurangkan penderitaan orang lain.
A. tidak sahaja mulia, tetapi
B. bukan sahaja mulia, tetapi
C. tidak sahaja mulia, bahkan
D. bukan sahaja mulia, bahkan
10. __________ orang abang saya menceburi bidang perundangan.
A. Tiga
B. Ketiga
C. Bertiga
D. Ketiga-tiga
11. Kini, __________ pelajar telah menyedari bahawa selain pengajian yang berteraskan akademik, mereka juga boleh memohon kursus yang berteraskan vokasional dan kemahiran.
A. banyak
B. seluruh
C. setengah
D. kebanyakan
12. Kita __________ beratur mengikut barisan dan tidak boleh memotong giliran orang lain.
A. perlu
B. boleh
C. mesti
D. mahu
13. Peranan kerajaan __________ kerana mata pena sasterawan dapat membantu kerajaan mencapai matlamat yang telah dirancangkan.
A. amat sekali penting
B. teramat penting sekali
C. amat terpenting sekali
4. amat penting sekali
14. Penguasaan kemahiran bahasa Azlan __________ selepas mendapat tunjuk ajar daripada guru bahasanya.
A. makin hari kian baik
B. makin hari semakin baik
C. semakin hari semakin baik
D. semakin hari makin baik
15. Kita seharusnya sentiasa mengamalkan kebersihan diri kerana __________.
A. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
B. melentur buluh biarlah daripada rebungnya
C. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D. mencegah lebik baik daripada mengubati
16. Aiman sememangnya bercita-cita untuk menjadi doktor. Sejak kecil lagi, dia rajin berusaha untuk merealisasikan cita-citanya itu sehingga akhirnya dia berjaya.
Peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan situasi di atas ialah:
A. Alah bisa tegal biasa
B. Membaca jambatan ilmu
C. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D. Perahu sudah di air, pendaying sudah di tangan
17. Hasrul menolak tawaran kerja di luar negara walaupun ditawarkan gaji yang tinggi. Dia ingin menabur bakti di negara sendiri. Sikapnya sesuai dengan peribahasa berikut, KECUALI
A. Ikan pulang ke lubuk
B. Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
C. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
D. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
18. Denis __________ untuk mengembangkan perniagaan kerepek ubinya ke seluruh Malaysia.
A. ada bakat
B. bulat kata
C. bulat hati
D. besar hati
19. Pereka fesyen __________ yang saya minati.
A. ialah antara kerjaya
B. adalah antara kerjaya
C. ialah di antara kerjaya
D. adalah di antara kerjaya
20. __________, cita-cita saya untuk menjadi pegawai bomba dan penyelamat direstui oleh ibu bapa saya.
A. Menjadi hasrat saya
B. Ialah menjadi hasrat saya
C. Menjadi hasrat saya adalah
D. Adalah menjadi hasrat saya
