NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH T2 : BAB 8
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Pemasyhuran Maharaja Derbar Raja sebagai Raja Kedah telah disusuli dengan pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa dari Parsi, iaitu
cokmar
pedang
nobat
keris
Apakah sumbangan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I terhadap Kesultanan Kedah?
Memajukan Kota Sena
Membina bandar Kangar
Membangunkan Kota Kayang
Memperkenalkan empat unit pentadbiran
Mirza ingin membuat kajian tentang pengasasan kerajaan Kedah.
Pilih naskah yang boleh dijadikan rujukan olehnya.
I. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
II. Hikayat Merong Mahawangsa
III. Hikayat Raja-Raja Pasai
IV. Sulalatus Salatin
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kemangkatan pemerintah terakhir Negara Patani Besar, iaitu Raja Bahar telah memberikan kesan kepada negeri Kelantan dari aspek
agama
sosial
ekonomi
geografi
Antara yang berikut, yang manakah merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Kelantan pada tahun 1777?
Kota Galoh
Kota Bharu
Kota Kubang Labu
Kota Pangkalan Datu
Empat penghulu Luak terdiri daripada Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau telah menghantar utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau di Sumatera bagi dirajakan di Negeri Sembilan.
Apakah nilai yang dapat diambil berdasarkan peristiwa tersebut?
Rajin dan amanah
Bertanggungjawab terhadap negara
Gigih mempertahankan sempadan
Permuafakatan dalam membuat keputusan
Kedudukan geografi menjadi salah satu faktor negeri Perlis berada di bawah naungan
Kedah
Siam
Parsi
Pattani
Siapakah yang memerintah Negeri Sembilan antara tahun 1872 hingga tahun 1888?
Raja Muda
Raja Minangkabau
Yamtuan Antah
Raja Melewar
Hubungan antara Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan negeri – negeri Melayu jelas dilihat giat dijalankan di Alam Melayu.
Pada pendapat anda, apakah tujuan awal jalinan hubungan luar setiap kerajaan?
Memperkukuh kedaulatan
Memonopoli laluan perdagangan
Memudahkan interaksi antara kerajaan
Membentuk pelabuhan dalam kerajaan
Maklumat di bawah berkaitan dengan salah seorang pemerintah kerajaan Kedah.
Sultan Muhammad Jiwa
(1472 – 1506)
Apakah pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah tersebut di Kedah?
Membina gudang di pelabuhan
Membina jalan raya dan jalan kereta api
Memperkemaskan penggunaan mata wang
Menjadikan Gunung Jerau panduan para pedagang
Kerajaan- kerajaan banyak membentuk pelabuhan di pinggir sungai.
Antara yang berikut, apakah kesan pembentukan tersebut terhadap kerajaan?
Menguasai laluan perdagangan
Menggalakkan hubungan dengan negeri berjiran
Meningkatkan ekonomi negara-negara serumpun
Mengasimilasikan budaya tempatan dengan orang luar
Pilih pasangan yang betul tentang negeri dengan pelabuhan yang betul?
Kelantan – Pangkalan Kuala Merbok
Kedah – Pangkalan Kuala Muda
Negeri Sembilan – Pangkalan Galoh
Perlis – Sungai Linggi
Pelabuhan-pelabuhan menjadi asas kemakmuran antara kerajaan. Mengapakah pelabuhan penting kepada kerajaan Melayu?
Perluasan wilayah
Lambang kedaulatan
Menjamin keselamatan
Perkembangan kerajaan
Pada pendapat anda, bagaimanakah penyebaran agama berlaku di negeri – negeri seperti Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dilaksanakan?
Peranan ulama
Petempatan
Dasar kerajaan
Kegiatan ekonomi
Pernyataan berikut adalah berkaitan cara jalinan hubungan diplomatik.
Raja Perlis, iaitu Raja Syed Hussin berkahwin dengan Tengku Nor Asiah, iaitu cucunda kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah
Apakah kesan pernyataan tersebut kepada kerajaan Perlis dan Kedah?
Mengukuhkan hubungan kerajaan
Meningkatkan ekonomi rakyat
Menyebarkan agama Islam
Menyebarkan agama Islam
