Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA TAHUN LIMA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Murid lelaki itu ditahan oleh pengawas di pintu pagar sekolah kerana datang kesekolah dengan pakaian yang __________.

a)

serbah-serbih

b)

remeh-temeh

c)

gopoh-gapah

d)

compang-camping

2.

Pak Cik Zahid memasang pagar yang _________ pada ladang herbanya untuk mengelakkannya daripada dirosakkan oleh haiwan.

a)

bergerigi

b)

berselerak

c)

bergelegak

d)

bergelembung

3.

_________ komputer riba Mala kerana terjatuh di atas lantai.

a)

Kekisi

b)

Tetikus

c)

Jejentik

d)

Lelabah

4.

Nek Jah memasukkan __________ ketika menyediakan hidangan tradisional untuk keluarganya.

a)

kayu-kayan

b)

sayur-mayur

c)

rempah-ratus

d)

rumput-rampai

5.

Senyuman yang _____ pasti menyenangkan sesiapa sahaja.

a)

berpinar-pinar

b)

bersinar-sinar

c)

bersilau-silau

d)

berseri-seri

6.

Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ________ telinga datuk mengalami masalah.

a)

gegendang

b)

keruping

c)

telunjuk

d)

lelangit

7.

Suasana di tempat kemalangan menjadi _________ apabila orang ramai berusaha mengeluarkan pemandu yang tersepit.

a)

bolak-balik

b)

hiruk-pikuk

c)

kacau-bilau

d)

kelam-kabut

8.

Encik Mahmod memandu kereta dengan berhati-hati kerana jalan masuk ke kawasan air terjun itu ____________.

a)

berbolak-balik

b)

berputar-putar

c)

bersimpang-siur

d)

bertingkat-tingkat

9.

Rambut pengemis di tepi jalan itu ________ kerana sudah beberapa hari tidak mandi.

a)

lintamg-pukang

b)

kusut-masai

c)

bolak-balik

d)

huru-hara

10.

Sementara menunggu kawannya sampai di perpustakaan itu, Jasni _________ di kaki lima kedai itu.

a)

mundar-mandir

b)

semak-samun

c)

hancur-luruh

d)

susup-sasap

11.

Cik Mastura menangis _________ apabila kucing peliharaannya mati dilangar motosikal.

a)

terumbang-ambing

b)

terhuyung-hayang

c)

tersedu-sedan

d)

terkial-kial

12.

Sebilangan masyarakat Orang Asli di negara kita masih mengamalkan cara hidup _______ di hutan belantara.

a)

berpindah-randah

b)

berganjak-ganjak

c)

berkeluh-kesah

d)

berubah-ubah

13.

Hasrat Haji Marzuki telah berjaya mengumpulkan _________ keturunannya dari jauh dan dekat dalam suatu majlis

santai keluarga yang sungguh meriah.

a)

anak-beranak

b)

muda-mudi

c)

suku-sakat

d)

cucu-cicit

14.

Kawasan bandar itu menjadi __________ apabila bekalan elektirk terputus secara tiba-tiba.

a)

hiruk-pikuk

b)

gelap-gelita

c)

riuh-rendah

d)

gegak-gempita

15.

Pak Akob kelihatan __________ kepenatan kerana menghalau kambing yang masuk ke kebunnya.

a)

terburu-buru

b)

termangu-mangu

c)

tercungap-cungap

d)

termenung-menung

16.

Mulut Ustaz Saiful __________ apabila membaca doa.

a)

dolak-dalik

b)

kacau-bilau

c)

kumat-kamit

d)

remeh-temeh

17.

Hanafi bukan sakit sungguh tetapi hanya __________ sahaja.

a)

suka-suka

b)

main-main

c)

melihat-lihat

d)

meninjau-ninjau

18.

Oleh sebab demamnya agak lama dia kerap-kali __________.

a)

meruap-ruap

b)

merayu-rayu

c)

meracau-racau

d)

meraung-raung

19.

Kawasan kaki lima bangunan itu menjadi tempat orang __________.

a)

lalu-lalang

b)

hiruk-pikuk

c)

simpang-siur

d)

silang-menyilang

20.

Mereka __________ membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

a)

berjela-jela

b)

berebut-rebut

c)

bertindih-tindih

d)

berjuntai-juntai