wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pragmatik : Ragam Bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ragam bahasa bagi ayat berikut:


Dulu aku dah kata jangan merokok. Sekarang tengoklah apa dah jadi.

a)

bahasa tempelak

b)

Bahasa Menggiat

c)

Bahasa Herdik

d)

Bahasa Sindiran

2.

Bangkitlah nak muda ! Bangkitlah dari kegagalan ! Lihatlah dunia hari ini. Demi bangsa tercinta, bangkitlah segera.

a)

ragam bahasa naik

b)

ragam bahasa berulang

c)

ragam bahasa keluhan

d)

ragam bahasa bertimbal

3.

Bukan kau tak tahu sikap adik tu.

a)

ragam bahasa terbalik

b)

ragam bahasa bukan

c)

ragam bahasa tempelak

d)

ragam bahasa keluhan

4.

Yang manakah bukan pertanyaan ingkar ?

a)

Berjayakan kita dengan berpeluk tubuh sahaja ?

b)

Tergamakkah kita menipu ibu bapa kita ?

c)

Majukah syarikat itu setelah beliau menjadi pemimpin ?

d)

Bagaimanakah mereka boleh menang ? Tentulah mereka bekerja keras.

5.

* mengiaskan maksudnya kepada perkara lain.


Yang manakah betul tentang keterangan tersebut.

a)

bahasa melampau

b)

bahasa terbalik

c)

bahasa bertimbal

d)

bahasa sindiran

6.

Ragam bahasa ini menghadapkan dua fikiran yang pendek dan dekat-dekat.

a)

bahasa melampau

b)

bahasa terbalik

c)

bahasa bertimbal

d)

bahasa sindiran

7.

Hutang emas menyakiti

Hutang budi menyempiti


Apakah jenis ragam bahasa yang sesuai bagi rangkap di atas ?

a)

bahasa sindiran

b)

bahasa menggiat

c)

bahasa bertimbal

d)

bahasa melampau

8.

* Susunan kata yang seakan-akan bahasa sindiran tetapi tidak mengandungi kiasan

* Bertujuan untuk mengusik seseorang.


Yang manakah contoh yang menepati pernyataan di atas ?

a)

Motosikal buruk inikah yang kaukatakan baik dulu ?

b)

Ratap tangisnya yang boleh meruntuhkan langit.

c)

Amboi, besarnya hati kawan kita ni, nak jadi wakil rakyat !

d)

Sekarang awal lagi, baru pukul satu tengah hari; tidurlah lagi.

9.

Apakah ragam bahasa bagi pernyataan di bawah.


Gelagak buah rambutan jantan;

orang berbunga awak berbunga,

Orang berbuah awak haram !

a)

bahasa menggiat

b)

bahasa mengejek

c)

bahasa sindiran

d)

bahasa merajuk

10.

Buah langsat kuning mencelah,

keduduk tidak berbunga lagi;

sudah dapat gading bertuah,

tanduk tidak berguna lagi.

a)

bahasa terbalik

b)

bahasa menggiat

c)

bahasa mengejek

d)

bahasa sindiran

11.

Limau purut di luar pagar,

rimbun berputik dengan bunganya,

hujan ribut padang terbakar,

embun setitik padam apinya.

a)

bahasa naik

b)

bahasa turun

c)

bahasa merajuk

d)

bahasa melampau

12.

Makan hati berulam jantung.

a)

bahasa bukan

b)

bahasa jenaka

c)

bahasa herdik

d)

bahasa bertimbal

13.

Bukan main lagi belajarnya.

a)

bahasa bertimbal

b)

pertanyaan ingkar

c)

bahasa bukan

d)

bahasa terbalik

14.

Alah membeli menang memakai.

a)

bahasa terbalik

b)

bahasa bertimbal

c)

bahasa turun

d)

bahasa bukan

15.

Adakah jalan lain untuk kita berjaya, sekiranya kita tidak mahu berusaha ?

a)

bahasa terbalik

b)

bahasa bertimbal

c)

bahasa keluhan

d)

pertanyaan ingkar

16.

Inilah sedikit buah tangan yang tidak sepertinya daripada kami sekeluarga untuk puan sekeluarga.

a)

bahasa kecil / merendah

b)

bahasa naik

c)

bahasa turun

d)

bahasa besar / melampau

17.

Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.

a)

bahasa naik

b)

bahasa bertimbal

c)

bahasa besar / melampau

d)

bahasa turun

18.

Apalah ada pada saya, rupa tak elok, harta pun tiada.

a)

bahasa tempelak

b)

bahasa herdik

c)

bahasa turun

d)

bahasa merajuk

19.

Mengapa datang awal hari ini ? Sekarang baru pukul dua belas tengah hari !

a)

bahasa turun

b)

bahasa tempelak

c)

bahasa herdik

d)

bahasa terbalik

20.

Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak mampus di sini.

a)

bahasa menggiat

b)

bahasa tempelak

c)

bahasa sindiran

d)

bahasa mengejek