wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah bab 4 t4

Total questions: 72

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum kedatangan Islam?

a)

Keluasan wilayah & Ketiadaan ajaran agama

b)

Keluasan wilayah & Penguasaan ekonomi oleh Yahudi

c)

Ketiadaan ajaran agama & Perbalahan antara suku

d)

Penguasaan ekonomi oleh Yahudi & Perbalahan antara suku

2.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan keadaan di Madinah sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke kota tersebut?

a)

Diperintah oleh monarki & Suku Arab sering bertelagah

b)

Suku Arab sering bertelagah & Sistem kabilah semakin terabai

c)

Suku Arab sering bertelagah & Ekonomi dikuasai oleh Yahudi

d)

Ekonomi dikuasai oleh Yahudi & Sistem kabilah semakin terabai

3.

Pada tahun 621 Masihi, perjanjian Aqabah Pertama telah ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan suku Aus dan Khazraj. Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?

a)

Memutuskan hubungan dengan Yahudi & Rasulullah menjadi ketua negara

b)

Rasulullah menjadi ketua negara & Beriman kepada Allah dan rasul

c)

Rasulullah menjadi ketua negara & Membantu dalam perjuangan

d)

Beriman kepada Allah dan rasul & Membantu dalam perjuangan

4.

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW memperkukuh Islam di Madinah selepas Perjanjian Aqabah Pertama ?

a)

Menghantar pendakwah

b)

Menggalakkan penghijrahan

c)

Melantik wali sebagai pentadbir

d)

Menguatkuasakan undang - undang

5.

Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?

 Menyediakan tempat tinggal

 Menjanjikan keselamatan

 Kesediaan mempertahankan Islam

a)

Perjanjian Hudaibiyah

b)

Perjanjian Aqabah

c)

Baiah al-Ridwan

d)

Majlis Tahkim

6.

Perjanjian tersebut dimeterai oleh Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah.

 Perjanjian Aqabah I

 Perjanjian Aqabah II

Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Ancaman Rom dan Parsi berkurangan

b)

Keseimbangan komposisi kaum

c)

Genjatan senjata dikuatkuasakan

d)

Penyebaran agama meluas

7.

Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian. Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut?

a)

Diberi sambutan meriah & Dijemput penduduk tempatan

b)

Diberi sambutan meriah & Galakan oleh pemimpin Quraisy

c)

Dijemput penduduk tempatan & Galakan oleh pemimpin Quraisy

d)

Galakan oleh pemimpin Quraisy & Mendapat bantuan masyarakat Arab

8.

Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Apakah bentuk bantuan yang diberikan?

a)

Kawalan keselamatan

b)

Menjadi penunjuk jalan

c)

Menyiasat pergerakan musuh

d)

Membekal barang keperluan

9.

Apakah peranan Asma binti Abu Bakar ketika penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah ?

a)

Petunjuk jalan

b)

Pemberi maklumat

c)

Penghantar makanan

d)

Penjaga keselamatan

10.

Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan Islam.

 Abdullah bin Abu Bakar

 Amir bin Fuhairah

 Abdullah bin Arqat

Apakah sumbangan mereka?

a)

Menamatkan pemulauan terhadap orang Islam

b)

Membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah

c)

Meneruskan dakwah ke Taif

d)

Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

 Menjalin hubungan persaudaraan

 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk memastikan kedua-dua kepentingan hijrah tersebut menjadi kenyataan?

a)

Melantik gabenor sebagai pentadbir

b)

Menyatukan wilayah-wilayah kecil

c)

Menubuhkan pasukan tentera tetap

d)

Menggubal perlembagaan negara

12.

1 Rabiulawal ( 12 September 622 Masihi ), berlaku penghijrahan orang islam Makkah ke Madinah. Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

a)

Persaudaraan ummah diperkukuh & Kerajaan yang adil dibentuk

b)

Persaudaraan ummah diperkukuh & Struktur masyarakat berubah

c)

Kerajaan yang adil dibentuk & Perang saudara tamat

d)

Perang saudara tamat & Struktur masyarakat berubah

13.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah?

a)

Terbinanya bangunan yang lengkap & Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah

b)

Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah & Wujudnya gelaran Muhajirin dan Ansar

c)

Terbinanya bangunan yang lengkap & Mempersaudarakan orang Islam Mekah dengan orang Islam Madinah

d)

Wujudnya gelaran Muhajirin dan Ansar & Mempersaudarakan orang Islam Mekah dengan orang Islam Madinah

14.

Gambar tersebut menunjukkan sambutan Maal Hijrah di Malaysia. Sambutan tersebut diadakan setiap tahun untuk memperingati

a)

perjuangan umat Islam

b)

turunnya wahyu pertama

c)

pembukaan semula kota Makkah

d)

kelahiran Nabi Muhammad SAW

15.

Rajah tersebut berkaitan dengan rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W.

Menerima wahyu ----> X ----> Singgah di Quba’ ----> Sampai di Madinah

Apakah X?

a)

Bersetuju memeterai Perjanjian Aqabah

b)

Sepakat membina masjid al-Nabawi

c)

Muafakat dengan golongan Ansar

d)

Bersembunyi di Gua Thur

16.

Sambutan Maal Hijrah diadakan setiap tahun di Malaysia bagi memperingati

a)

Perjuangan umat Islam

b)

Turunnya wahyu pertama

c)

Pembukaan kota Makkah

d)

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

17.

Apakah perkara yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah?

a)

Menyatukan wilayah

b)

Menyusun perlembagaan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Meminta bantuan orang Badwi

18.

Perkara berikut berkaitan dengan hak orang Yahudi dalam kerajaan Madinah.

 Mendapat hak yang sama  Jaminan keselamatan


Hak tersebut terjamin selagi mereka

a)

terlibat dalam pentadbiran negara

b)

berkhidmat sebagai tentera

c)

mematuhi prinsip piagam

d)

menghormati ajaran Islam

19.

Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah?

a)

Memimpin angkatan tentera

b)

Menjadi pentadbir wilayah

c)

Diberi pengecualian cukai

d)

Diiktiraf sebagai rakyat

20.

Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah?

a)

Diiktiraf sebagai penduduk Madinah & Bebas menjalinkan hubungan dengan pihak luar

b)

Diiktiraf sebagai penduduk Madinah & Dijamin keselamatan selagi setia

c)

Bebas menjalinkan hubungan dengan pihak luar & Terlibat dalam pentadbiran negara

d)

Terlibat dalam pentadbiran negara & Dijamin keselamatan selagi setia

21.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammaad SAW pada tahun 622 Masihi?

a)

Memberi panduan pemerintahan negara

b)

Melindungi tradisi masyarakat Arab

c)

Menamatkan permusuhan dengan Rom

d)

Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah

22.

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menyebarkan ajaran islam setelah mendirikan kerajaan Islam Madinah?

a)

Menawarkan bantuan kepada wilayah lain

b)

Meneroka kawasan petempatan baharu

c)

Mengutus surat kepada kerajaan asing

d)

Melaksanakan dasar perluasan kuasa

23.

Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam?

a)

Meluaskan wilayah & Mempertahankan diri

b)

Meluaskan wilayah & Menjaga harta benda

c)

Mempertahankan diri & Menjaga harta benda

d)

Menjaga harta benda & Menguasai ekonomi

24.

Pada tahun 627 Masihi, tentera Islam telah memenangi perang Khandak. Apakah faktor kemenangan tentera Islam dalam peperangan tersebut?

a)

Peralatan yang canggih

b)

Bilangan tentera ramai

c)

Bantuan luar diperoleh

d)

Strategi perang mantap

25.

Pada tahun 627 Masihi, Perang Khandak telah berlaku antara orang Islam dengan pihak Quraisy Makkah. Apakah strategi Nabi Muhammad SAW dalam peperangan tersebut?

a)

Menggali parit

b)

Perang gerila

c)

Serang hendap

d)

Membina tembok

26.

Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas perang Badar berakhir.

 Mengampunkan tawanan perang

 Membebaskan tawanan wanita

Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

a)

Suku yang bertelagah berdamai

b)

Islam diterima dengan kerelaan

c)

Kebebasan beragama diamalkan

d)

Pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam

27.

Setelah rombongan orang Islam dari Madinah disekat di Hudaibiyah pada tahun 628 Masihi, Rasulullah SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan menemui pemimpin Quraisy di Makkah. Mengapakah Rasulullah SAW bertindak sedemikian?

a)

Memberi peringatan

b)

Menjelaskan tujuan kedatangan

c)

Membuat rundingan kedamaian

d)

Meninjau kekuatan tentera musuh

28.

Uthman bin Affan dihantar untuk berunding enggan orang Quraisy Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah dalam perjalanan menuju ke Makkah. Apakah faktor pemilihan beliau?

a)

Memiliki sifat diplomasi

b)

Keturunan Bani Hasyim

c)

Disokong kaum Ansar

d)

Seorang hartawan

29.

Rombongan Nabi Muhammad SAW ke Makkah telah disekat di Hudaibiyah. Mengapakah Nabi Muhammad SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan?

a)

Mencari laluan yang selamat

b)

Meninjau kekuatan pihak Quraisy

c)

Memujuk mereka menerima Islam

d)

Mengutamakan kaedah diplomasi

30.

Pada tahun 630 Masihi, orang Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah. Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Kota Makkah dikuasai Islam

b)

Sistem kabilah dimansuhkan

c)

Urusan perdagangan terjejas

d)

Penduduk Madinah berhijrah

31.

Rajah tersebut menunjukkan syarat Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat Quraisy Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah).

Syarat Pertama Perjanjian Hudaibiyah ------> Mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun

Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Penghijrahan penduduk berkurangan

b)

Pertambahan wilayah jajahan

c)

Peluasan penyebaran Islam

d)

Pengukuhan angkatan tentera

32.

Pernyataan berikut merupakan satu daripada syarat Perjanjian Hudaibiyah.

' Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan '

Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat tersebut walaupun tidak dipersetujui para sahabat yang lain?

a)

Mengelakkan peperangan

b)

Mempertahankan imej Islam

c)

Memelihara hubungan kekeluargaan

d)

Memudahkan penyebaran agama Islam

33.

Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi. Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah?

a)

Pembebasan golongan hamba

b)

Pemulauan keluarga Bani Hashim

c)

Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah

d)

Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj

34.

Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah?

a)

Penyeksaan terhadap golongan hamba

b)

Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah

c)

Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim

d)

Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj

35.

Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah. Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?

a)

Tentera Quraisy menyerah kalah

b)

Sistem pertahanan Quraisy lemah

c)

Pihak Quraisy mencabuli isi perjanjian

d)

Kaum Quraisy membunuh orang Islam

36.

Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah. Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut?

a)

Peluasan kegiatan tentera Quraisy

b)

Penguasaan ekonomi oleh Rom

c)

Penawanan khalifah perdagangan Parsi

d)

Pembunuhan seorang anggota Bani Khuza’ah

37.

Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW telah menguasai semula kota Makkah. Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pembahagian wilayah

b)

Bilangan penduduk bertambah

c)

Sistem kabilah diteruskan

d)

Unsur jahiliah dihapuskan

38.

Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah. Apakah kepentingan peristiwa tersebut terhadap kerajaan Islam Madinah?

a)

Penerusan sistem kabilah

b)

Membasmi kemiskinan

c)

Memperkukuh negara

d)

Pertambahan penduduk

39.

Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah. Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?

a)

Penyebaran Islam tergendala

b)

Pembukaan semula kota Makkah

c)

Penduduk Madinah semakin terancam

d)

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang

40.

Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?

a)

Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai

b)

Mengamalkan penyembahan berhala

c)

Hidup berpecah belah

d)

Tidak jujur dalam perniagaan

41.

Maklumat berikut berkaitan dengan amalan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.

* Sistem Kabilah

* Semangat assabiah

Apakah kesan amalan tersebut ?

a)

Pengaruh kerajaan kuat

b)

Perdagangan luar terhad

c)

Perluasan wilayah berlaku

d)

Perpaduan ummah lemah

42.

Masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah sering bergaduh sesama sendiri. Mengapakah pergaduhan tersebut berlaku?

a)

Pertukaran hak menguasai telaga zamzam

b)

Perebutan hak milik untuk mengawal Kaabah

c)

Pertelagahan kuasa mengutip cukai

d)

Pengamalan semangat kesukuan

43.

Senarai berikut berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah.

 Sistem kabilah  Semangat assabiah

Bagaimanakah amalan tersebut boleh menghalang kejayaan “ Gagasan 1M ”

a)

Menggalakkan mobiliti sosial & Menyukarkan perpaduan rakyat

b)

Menggalakkan mobiliti sosial & Menggalakkan semangat perkauman

c)

Menyukarkan perpaduan rakyat & Menggalakkan semangat perkauman

d)

Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi

44.

Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Memencilkan diri

b)

Mengelakkan ancaman musuh

c)

Mengamalkan semangat kesukuan

d)

Mengamalkan kepercayaan politiesme

45.

Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Mengawal kaabah

b)

Menguasai telaga zamzam

c)

Merebut hak pungutan cukai

d)

Mengamalkan semangat kesukuan

46.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah. Apakah kesan amalan sistem tersebut?

a)

Perang kerap berlaku & Sistem beraja merosot

b)

Sistem beraja merosot & Pengaruh asing lemah

c)

Perang kerap berlaku & Semangat assabiah muncul

d)

Pengaruh asing lemah & Semangat assabiah muncul

47.

Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Mewujudkan semangat assabiah

b)

Memulakan persaingan kuasa

c)

Memantapkan sistem pentadbiran

d)

Memperkukuh perpaduan antara suku

48.

Perang al-Basus berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar yang berlangsung selama 40 tahun. Mengapakah perang tersebut berlarutan selama 40 tahun?

a)

Kerajaan pusat tiada

b)

Hasutan kerajaan Parsi

c)

Kawasan pertanian terhad

d)

Campur tangan orang Yahudi

49.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Menghalalkan amalan riba & Menjalankan pemerintahan berpusat

b)

Menghalalkan amalan riba & Mengamalkan perkahwinan bebas

c)

Menjalankan pemerintahan berpusat & Menjalin kerjasama antara kabilah

d)

Menjalin kerjasama antara kabilah & Mengamalkan perkahwinan bebas

50.

Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan?

a)

Harta tergadai

b)

Hilang jawatan

c)

Maruah tercabar

d)

Keluarga terancam

51.

Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.

 Menyembah berhala

 Menanam bayi perempuan yang baru lahir

 X

Apakah X?

a)

Membina petempatan kekal

b)

Mahir membina sistem pengairan

c)

Mengamalkan semangat assabiah

d)

Mempunyai susun lapis masyarakat

52.

Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Memencilkan diri

b)

Mengelakkan ancaman musuh

c)

Mengamalkan semangat kesukuan

d)

Mengamalkan kepercayaan politiesme

53.

Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?

a)

Keturunan baginda dihormati

b)

Memiliki kebijaksanaan

c)

Berpengalaman luas

d)

Sentiasa dipercayai

54.

Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya. Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?

a)

Penyebaran Islam di Makkah

b)

Perbalahan antara kaum dielakkan

c)

Perkembangan perdagangan di Makkah

d)

Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

55.

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq ayat 1-5 pada 6 Ogos 610 Masihi (17 Ramadhan). Apakah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah tersebut?

a)

Mengekalkan persamaan taraf sesama manusia

b)

Penyatuan umat di bawah satu akidah

c)

Pembelaan terhadap agama

d)

Membaca untuk meningkatkan ilmu

56.

Pada 6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. Peristiwa tersebut menunjukkan

a)

Penyebaran agama Islam

b)

Kemunculan kerajaan baharu Islam

c)

Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam

d)

Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam

57.

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama pada 6 Ogos. Apakah kesan peristiwa tersebut ?

a)

Semangat assabiah diperkukuh

b)

Ketua kabilah hilang kuasa

c)

Negara bangsa dibentuk

d)

Zaman jahiliah berakhir

58.

Setelah menerima wahyu yang kedua Nabi Muhammad SAW mula merancang untuk menyebarkan islam. Apakah strategi yang digunakan oleh baginda untuk menyebarkan islam ?

a)

Memperbaiki sistem pemerintahan

b)

Membetulkan akidah masyarakat

c)

Meningkatkan ekonomi ummah

d)

Memperkasa sistem kabilah

59.

Surah al-Muddasir ayat 1 hingga 7 adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?

a)

Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah

b)

Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah

c)

Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy

d)

Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

60.

Antara berikut yang manakah strategi Nabi Muhammad SAW menyebarkan islam pada Peringkat awal di Makkah ?

a)

Fokus kepada keluarga terdekat & Mendekati pemimpin Quraisy

b)

Fokus kepada keluarga terdekat & Berdakwah secara rahsia

c)

Mendekati pemimpin Quraisy & Menghantar utusan ke Parsi

d)

Menghantar utusan ke Parsi & Berdakwah secara rahsia

61.

[ Tiga tahun secara rahsia ]

[ Sepuluh tahun secara terbuka ]

Maklumat berikut merujuk kepada

a)

penerimaan Islam di Madinah

b)

penyebaran Islam di Makkah

c)

penghijrahan orang-orang Islam

d)

pengumpulan ayat suci al-Quran

62.

Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam di Makkah.

[ Bilal bin Rabah ] [ Amir bin Fuhairah ]

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

a)

Persamaan taraf

b)

Perubahan status

c)

Desakan keluarga

d)

Kebebasan beragama

63.

Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam. Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

a)

Mempertahankan prinsip kesamarataan

b)

Mendapat galakan daripada keluarga

c)

Diberi jaminan keselamatan

d)

Peka terhadap perubahan

64.

Mengapakah pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, ramai hamba memeluk Islam?

a)

Bersedia mati syahid

b)

Mendapat hak yang sama

c)

Mendapat keizinan tuannya

d)

Berpeluang menjadi pemimpin

65.

Berikut adalah tokoh yang telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.

[ Al-Arqam bin Abu Arqam ]

Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam?

a)

Membantu mengumpulkan ayat al-Quran

b)

Mengetuai kumpulan penghijrah ke Habsyah

c)

Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah

d)

Merisik maklumat penentangan daripada musyrikin Quraisy

66.

Orang musyrikin Quraisy Makkah menentang penyebaran ajaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW kerana

a)

kepercayaan & persamaan taraf

b)

persamaan taraf & menghormati tetamu

c)

menghormati tetamu & mentaati pemimpin

d)

kepercayaan & mentaati pemimpin

67.

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?

a)

Perbezaan kepercayaan & Prinsip perjuangan berbeza

b)

Perbezaan kepercayaan & Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad SAW

c)

Prinsip perjuangan berbeza & Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’

d)

Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’ & Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad SAW

68.

Pemimpin 1 : Kita perlu menentang Muhammad habis-habisan kerana dia menggugat kedudukan kita sebagai pemimpin.


Pemimpin 2 : Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan dengan amalan nenek moyang kita.


Dialog di atas mungkin berlaku antara pemimpin Quraisy di Makkah. Apakah kesannya terhadap Nabi Muhammad SAW?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Perjanjian damai dimeterai

c)

Penghijrahan baginda ke Habsyah

d)

Pemulauan terhadap keluarga baginda

69.

Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pemimpin Quraisy di kota Makkah pada zaman Jahiliah.


Pemimpin A : Nampaknya Muhammad menolak semua tawaran kita


Pemimpin B : Ya, kita mesti bertindak tegas terhadap Muhammad


Berdasarkan dialog di atas, apakah tindakan yang diambil terhadap Nabi Muhammad SAW?

a)

Merampas harta benda

b)

Menagkap saudara terdekat

c)

Memulaukan keluarga baginda

d)

Mengenakan cukai yang tinggi

70.

Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah adalah larangan

a)

mendekati orang ramai

b)

menjalin hubungan luar

c)

memasuki kota Makkah

d)

menjalankan perniagaan

71.

Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?

a)

Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

b)

Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy

c)

Mendapatkan bantuan penduduk Madinah

d)

Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak

72.

Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah. Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?

a)

Menjalin hubungan diplomatik

b)

Mengelakkan penindasan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Memenuhi jemputan pemerintah