wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MENULIS KARANGAN - CIKGU ADA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah

a)

Membina perenggan pendahuluan

b)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja

c)

Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja

d)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup

2.

Setiap karangan perlu mempunyai....

a)

Pendahuluan dan isi

b)

Penutup, pendahuluan dan isi

c)

rangka dan isi

d)

Pendahuluan, isi dan penutup

3.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sering menjadi buah mulut masyarakat.


Kenal pasti ayat tema@ayat isu bagi soalan ini

a)

Dalam meniti arus kemodenan ini, faktor-faktor kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

b)

Dalam meniti arus kemodenan ini, kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

c)

Masalah kesesakan lalu lintas ini membuatkan masyarakat kota sering dibelenggu tekanan terutama selepas pulang dari tempat kerja.

d)

Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

4.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?


ayat tema@ayat isu ialah

a)

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.

b)

Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.

c)

Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.

d)

Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan.

5.

Kenal pasti ayat huraian yang tepat

a)

Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.

b)

Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan segar.

c)

Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita khususnya buah durian.

d)

Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan tempatan ?

6.

Yang manakah ayat tugasan yang paling tepat

a)

Disedari atau tidak, paparan berita tentang kemalangan jalan raya sering disajikan dalam akhbar-akhbar tempatan

b)

Saban tahun, kemalangan jalan raya menatijahkan maut dan trauma kepada keluarga yang terbabit terutama musim perayaan

c)

Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama memahami punca-punca yang menyumbang pada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

d)

Antaranya, pengguna jalan raya menyalahi peraturan yang ditetapkan

7.

Masyarakat Malaysia tidak gemar membaca. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca?


Ayat tugasan ialah

a)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

b)

Namun begitu, rakyat Malaysia pada hari ini lebih menyukai menunduk kepala untuk melihat telefon bimbit mereka berbanding mengangkat senaskah surat khabar atau buku untuk membaca.

c)

Dengan itu, bagai aur dengan tebing, marilah kita bersama-sama memahami langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca.

d)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, langkah-langkah amalan membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

8.

Tajuk : Punca-punca Penderaan kanak-kanak


Ayat tugasan ialah

a)

Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental.

b)

Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera.

c)

Tuntasnya, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama memahami punca-punca penderaan kanak-kanak.

d)

Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

9.

Kerangka karangan kesimpulan bagi tajuk ini ialah


"Langkah-langkah untuk mencegah Jenayah"

a)

Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membendung kejadian jenayah.

b)

Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan tidak mengenal mangsa

c)

Pemasangan litar tertutup di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi

d)

Sentiasa berhato-hati ketika berada di rumah

10.

Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.

a)

Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

b)

Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.

c)

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang sihat

d)

Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini