wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN BAB 1 TINGKATAN 4 Pt 2

Total questions: 36

Worksheet time: 1hrs 12mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri koperasi adalah seperti berikut KECUALI .....

a)

diuruskan berdasarkan akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi

b)

liabiliti anggota terhad kepada sumbangan modal sahaja

c)

modal perniagaan dipinjam melalui bank

d)

setiap anggota berhak membuat keputusan

2.

Fakta yang betul tentang koperasi.

a)

Ditubuhkan dengan konsep milik bersama oleh semua anggota.

b)

Matlamat penubuhan koperasi adalah melindungi kepentingan anggotanya.

c)

Sahamnya boleh diuruskan di Bursa Malaysia.

d)

Ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu.

3.

Prinsip prinsip Koperasi yang betul ialah

a)

Kebebasan autonomi

b)

Prihatin terhadap komuniti

c)

Kawalan secara demokratik oleh pengerusi

d)

Keanggotaan sukarela dan terbuka.

4.

Konsep keanggotaan sukarela dan terbuka membawa maksud ......

a)

Terbuka kepada sesiapa sahaja.

b)

Hanya untuk ahli tertentu.

c)

Rela menerima tanggungjawab sebagai anggota.

d)

Diwajibkan kepada ahli-ahli tertentu.

5.

Kawalan secara demokratik bermaksud ....

a)

pengerusi yang membuat keputusan.

b)

mempunyai hak untuk bersuara.

c)

dikawal oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dipilih.

d)

dilakukan secara autokratik.

6.

Keanggotaan koperasi memerlukan sekurang-kurangnya (a)   orang ahli.

7.

Pilih pernyataan betul tentang hak anggota koperasi.

a)

modal syer disumbangkan kepada koperasi apabila keluar dari koperasi.

b)

menerima pulangan dalam bentuk dividen.

c)

mempunyai hak untuk menuntut jawatan.

d)

membuat keputusan sendiri.

8.

Kelebihan koperasi ialah

a)

Tiada beban cukai

b)

Pentadbiran secara demokrasi

c)

Anggota hanya rugi setakat modal dilaburkan.

d)

Syer tidak boleh dipindah milik.

9.

Ciri-ciri perniagaan francais ialah

a)

francaisi mengenakan kawalan berterusan kepada francaisor.

b)

francaisor tidak bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi.

c)

francaisi bebas membuat sistem sendiri.

d)

francaisi membayar dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain yang dipersetujui oleh francaisor.

10.

Contoh francais ialah ...

a)
b)
c)
d)
11.

Peranan (a)   ialah memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan format perniagaan kepada francaisi.

12.

Kelebihan francais kepada francaisor ialah ....

a)

menembusi pasaran baharu.

b)

mengembangkan perniagaan secara global.

c)

peningkatan dalam kos sokongan operasi.

d)

menikmati ekonomi bidangan.

13.

Kelebihan francais kepada francaisi adalah seperti berikut kecuali

a)

Tidak perlu banyak pengalaman.

b)

Tiada inovatif dan inisiatif sendiri

c)

Risiko kegagalan yang rendah.

d)

Reka bentuk yang seragam.

14.

Usaha sama ialah ......

a)

francaisor membantu francaisi dalam meneroka pasaran baharu.

b)

perkongsian yang tidak lebih daripada 50 orang ahli.

c)

satu perkongsian antara dua atau lebih syarikat dan bekerjasama untuk mengeluarkan sesuatu barang.

d)

kerjasama antara syarikat dan kerajaan untuk menghasilkan tanggungjawab sosial.

15.

Tujuan usaha sama ialah

a)

meningkatkan kedudukan syarikat.

b)

perkongsian kepakaran.

c)

menambahkan keuntungan pemilik.

d)

menggunakan kepentingan antara satu sama lain.

16.

Kelebihan usaha sama ialah ...

a)

Mendapat teknologi baharu dan terkini

b)

Dapat meningkatkan dana kewangan

c)

Visi dan misi berbeza menyebabkan berlakunya konflik

d)

Perbezaan budaya dan cara pengurusan

17.

Pilih pernyataan yang tepat untuk sektor pengilangan berklasifikasi saiz kecil.

a)

Jumlah pekerja 5 hingga kurang daripada 30 orang.

b)

Jumlah pekerja 75 hingga 200 orang.

c)

Jumlah jualan tahunan RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta.

d)

Jumlah jualan tahunan RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta.

18.

Pilih pernyataan yang tepat untuk klasifikasi bersaiz sederhana.

a)

Jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM15 juta

b)

Jumlah pekerja 75 hingga kurang daripada 200 orang.

c)

Jumlah jualan antara RM15 juta hingga RM50 juta.

d)

Jumlah pekerja 200 dan ke atas.

19.

Pilih pernyataan tepat tentang kelebihan perniagaan bersaiz kecil.

a)

Kos overhed yang lebih rendah.

b)

Kurang berdaya saing.

c)

Kekurangan sumber kewangan.

d)

Kos upah yang lebih rendah.

20.

Cabaran perniagaan bersaiz kecil ialah

a)

Kos overhed yang rendah.

b)

Pertukaran mata wang asing yang tidak stabil.

c)

Masalah aliran tunai.

d)

Pekerja lebih produktif

21.

Pilih pernyataan salah tentang perniagaan bersaiz sederhana.

a)

Pelaporan kewangan syarikat tidak dirahsiakan.

b)

Semangat berpasukan yang rendah.

c)

Pekerja yang fleksibel.

d)

Mudah ditubuhkan.

22.

Jumlah pekerja dalam sektor perkhidmatan bersaiz sederhana ialah 30 hingga kurang daripada (a)   orang pekerja.

23.

Kekurangan perniagaan bersaiz sederhana ialah .....

a)

Sukar untuk memajukan kerjaya.

b)

Wujud jurang hubungan.

c)

Semangat berpasukan yang tinggi.

d)

Sukar menyediakan latihan.

24.

Kelebihan perniagaan bersaiz besar ialah

a)

Cepat menyelesaikan masalah dan rungutan pelanggan.

b)

Fleksibel.

c)

Mudah ditubuhkan.

d)

Menikmati ekonomi bidangan.

25.

Kelebihan perniagaan bersaiz besar, kecuali .....

a)

Wujud pengkhususan.

b)

Komunikasi kurang berkesan.

c)

Dapat menguasai pasaran.

d)

Menikmati ekonomi bidangan.

26.

Pilih cabaran perniagaan bersaiz besar.

a)

Persaingan pengambilan pekerja berpengalaman.

b)

Meningkatkan keuntungan tahunan.

c)

Ketidakpastian pasaran.

d)

Menikmati ekonomi bidangan.

27.

Pilih gambar yang menunjukkan sektor primer.

a)
b)
c)
d)
28.

Sektor primer merupakan .....

a)

Akviti membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna.

b)

Aktiviti pemprosesan untuk menghasilkan barang separuh siap.

c)

Membekalkan sumber tenaga elektrik kepada isi rumah.

d)

Aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi.

29.

Pilih akviti sektor sekunder.

a)

Pembinaan.

b)

Perikanan.

c)

Perniagaan.

d)

Kejuruteraan.

30.

Contoh berikut adalah aktiviti pembekalan tenaga, kecuali

a)

Petronas

b)

SESCO

c)

Astro

d)

TNB

31.

Pilih aktiviti yang terlibat dengan sektor tertier.

a)
b)
c)
d)
32.

Skala perniagaan domestik, kecuali ....

a)

Tempatan

b)

Kebangsaan

c)

Negeri

d)

Zon

33.

Pernyataan yang tepat mengenai skala perniagaan tempatan ialah

a)

Saiz pasaran yang lebih besar.

b)

Meliputi seluruh negara.

c)

Tidak melibatkan operasi yang besar.

d)

Menikmati ekonomi bidangan.

34.

Pilih pernyataan yang salah tentang skala perniagaan kebangsaan.

a)

Mampu membeli dalam kuantiti yang banyak.

b)

Kos overhed yang rendah

c)

Meliputi pasaran seluruh negara.

d)

Mempunyai saiz pasaran yang lebih besar.

35.

Agensi yang membantu mempromosi sektor perniagaan ke luar negara ialah

a)

PBB

b)

FELDA

c)

KWSP

d)

MATRADE

36.

Pilih Syarikat Malaysia yang menembusi pasaran global.

a)
b)
c)
d)