Font size
Worksheetskuiz2 kimia 5J (asid, bes & garam)
Total questions: 50
Worksheet time: 47mins
Asid ialah...
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida.
Bes ialah...
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida.
PILIH DUA BAHAN BERSIFAT ALKALI
KOH
HNO3
HCl
NaOH
PILIH DUA BAHAN BERSIFAT ASID
LIMAU
GARAM
SABUN
CUKA
yang manakah asid diprotik?
asid sulfurik
asid etanoik
asid sitrik
asid hidroklorik
Apakah maksud asid monoprotik?
asid yang menghasilkan 1 ion H+ per molekul asid
asid yang menghasilkan 2 ion H+ per molekul asid
asid yang menghasilkan 1 ion OH- per molekul asid
asid yang menghasilkan 2 ion OH- per molekul asid
Manakah formula kimia asid yang SALAH?
HSO4, asid sulfurik
HCl, asid hidroklorik
HNO3, asid nitrik
CH3COOH, asid etanoik
Apakah perbezaan antara bes dan alkali?
Semua bes adalah alkali, tidak semua alkali adalah bes.
Semua bes larut dalam air, tidak semua alkali larut dalam air
Alkali ialah bes yang boleh larut dalam air.
Bes ialah alkali yang larut dalam air
Antara berikut, yang manakah ialah alkali lemah?
Natrium hidroksida
Litium hidroksida
Ammonia akueus
Magnesium hidroksida
Antara larutan berikut, yang manakah memberikan nilai pH terendah?
Asid sulfurik 1.0 mol dm-3
Asid etanoik 1.0 mol dm-3
Larutan ammonia 1.0 mol dm-3
Larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3
40 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 dineutralkan oleh 25 cm3 larutan litium hidroksida. Berapakah kemolaran larutan litium hidroksida?
1.0 mol dm-3
1.2 mol dm-3
1.4 mol dm-3
1.6 mol dm-3
Proses peneutralan banyak digunakan dalam kehidupan manusia. Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan proses peneutralan dalam kehidupan harian?
Asid cair digunakan untuk menanggalkan lapisan oksida di permukaan keluli
Asid etanoik digunakan untuk membuat cuka dan mengawet makanan
Kalsium oksida digunakan untuk mengurangkan keasidan tanah
Natrium hidroksida digunakan untuk menghasilkan detergen
Berapakah isi padu air suling yang perlu ditambahkan ke dalam sebuah bikar yang mengandungi 4.8 g pepejal kuprum(II) sulfat untuk menghasilkan satu larutan dengan kepekatan 0.3 mol dm-3?
[JMR; CuSO4 = 160 g mol-1]
100 cm3
200 cm3
300 cm3
400 cm3
Tandakan asid - asid lemah.
Asid nitrik
Asid karbonik
Asid metanoik
Asid sulfurik
Asid fosforik
Ciri-ciri asid kuat ialah
I. Kepekatan ion H+ tinggi
II. Penceraian tidak lengkap apabila dilarutkan dalam air
III. Kepekatan ion OH- tinggi
IV. Penceraian lengkap apabila dilarutkan dalam air
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Asid dan alkali boleh menunjukkan sifatnya tanpa kehadiran air
Betul
Salah
ASID MENUKARKAN
Kertas litmus merah lembap ke biru
Kertas litmus biru lembap ke merah
BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYINGKIRKAN LAPISAN LOGAM YANG BERKARAT
KOH
HCl
NaOH
CH3COOH
Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang salah bagi asid kuat?
asid bercerai secara lengkap di dalam air
bercerai secara separa di dalam air
mengandungi kepekatan ion hidrogen yang tinggi
contoh asid kuat adalah asid hidroklorik
Kertas litmus merah akan bertukar menjadi biru apabila diletakkan atas ketulan sabun kerana kehadiran
ion hidroksida
ion hidrogen
ion natrium
ion klorida
Apakah maksud garam?
Bahan molekul yang terbentuk apabila ion hidrogen, H+ daripada asid diganti dengan ion OH-
Bahan molekul yang terbentuk apabila molekul hidroksida, OH- daripada alkali diganti oleh atom logam atau molekul ammonia
Bahan ion yang terbentuk apabila ion hidroksida, OH- daripada alkali diganti oleh ion hidrogen, H+
Bahan ion yang terbentuk apabil ion hidrogen, H+ daripada asid diganti oleh ion logam atau ion ammonium
Manakah contoh nama garam?
CuSO4
PbO
HNO3
Mg(OH)2
Manakah contoh garam terlarutkan?
AgCl
HgCl
PbCl2
KCl
Manakah nama garam tak terlarutkan?
NaCl
PbCl2
MgCl2
AlCl3
Manakah contoh garam terlarutkan?
H2SO4
MgSO4
PbSO4
BaSO4
Manakah garam sulfat yg tak terlarutkan?
BaSO4
(NH4)2SO4
K2SO4
Al2(SO4)3
Manakah garam tak terlarutkan?
MgNO3
MgSO4
MgCl2
MgCO3
Manakah garam terlarutkan?
PbCI2
PbNO3
PbSO4
PbCO3
Garam manakah digunakan sebagai perisa di dalam masakan?
Natrium klorida, NaCl
Natrium nitrat, NaNO3
Ammonium nitrat- NH4NO3
Ammonium klorida, NH4Cl
Manakah BUKAN sifat hablur garam?
Mempunyai bentuk geometri tertentu
Mempunyai rasa masam
Sisi yang lurus
Bucu yang tajam.
Garam boleh terhasil daripada tindak balas antara asid dan logam reaktif.
Apakah contoh logam reaktif?
Aluminium, Al
Stanum, Sn
Dalam penghasilan garam, apakah tindak balas yang berlaku di antara asid dan alkali?
pentitratan
peneutralan
pemendakan
Berikut merupakan contoh persamaan tindak balas antara asid dan karbonat logam bagi menghasilkan garam.
2HCl + CaCO3 → CaCl2 + CO2 + H2O
Namakan garam yang terhasil.
Kalsium klorida
Hidrogen klorida
Kalsium karbonat
Karbon dioksida
Garam digunakan untuk menaikkan doh. Apakah contoh garam yang digunakan?
Natrium klorida, NaCl
Natrium bikarbonat, NaHCO3
Kandungan garam yang terlalu tinggi di dalam darah boleh menyebabkan individu tersebut mengalami.........
diabetes mellitus
strok
darah tinggi
penyakit ginjal
Antara yang berikut yang manakah adalah garam terlarutkan
Ferum (II) klorida
Argentum klorida
Kalsium sulfat
Plumbum (II) sulfat
Antara berikut yang manakah akan menghasilkan garam tak terlarutkan?
Asid hidroklorik dan natrium hidroksida
Asid hidroklorik dan kuprum (II) oksida
Asid sulfurik dan barium hidroksida
Asid sulfurik dan zink
'Barium meal' adalah garam barium sulfat yang diberikan kepada pesakit yang mengalami sakit perut.
Bahan manakah yang tidak boleh digunakan untuk menghasilkan garam ini?
Barium klorida dan natrium sulfat
Barium hidroksida dan kalium sulfat
Barium karbonat dan natrium sulfat
Barium nitrat dan kalium sulfat
Antara berikut yang manakah merupakan penyediaan garam plumbum (II) klorida
Tindak balas peneutralan antara asid dan alkali
Tindak balas pemendakan
Tindak balas antara asid dan alkali
Tindak balas antara asid oksida logam
Antara berikut yang manakah merupakan kaedah penyediaan garam kuprum (II) nitrat
Tindak balas antara asid nitrik dengan kuprum (II) oksida
Tindak balas antara kuprum (II) karbonat dengan natrium nitrat
Tindak balas antara kuprum (II) sulfat dengan kalium nitrat
Tindak balas antara kuprum (II) klorida dengan argentum nitrat
Apakah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan garam tulen daripada garam terlarutkan
Pemendakan
Penguraian ganda dua
Penghabluran semula
Pentitratan
Mengapakan larutan fenolftalein tidak boleh ditambahkan semasa kaedah penitiratan antara asid dan alkali bagi penyediaan garam terlarutkan
Fenolftalein dianggap sebagai bendasing
Untuk mendapatkan larutan garan yang tulen
Kerana warna merah jambu bertukar menjadi larutan tidak berwarna
Fenolftalein digunakan sebagai penunjuk asid bes
Mengapakah serbuk kuprum (II) oksida perlu ditambah secara berlebihan kepada asid nitrik semasa penyediaan garam kuprum (II) nitrat
Untuk menghasilkan larutan tepu
Untuk menghasilkan garam kuprum (II) nitrat
Untuk menghasilkan hablur garam kuprum (II) nitrat
Untuk memastikan semua asid nitrik telah bertindak balas dengan lengkap
Pemanasan oksida P menghasilkan suatu hasil tindak balas yang bewarna perang semasa panas dan bewarna kuning semasa sejuk
Plumbum
Magnesium
Argentum
Zink
Apakah kation dan anion yang hadir dalam sebatian X?
Magnesium & Klorida
Magnesium & Sulfat
Kalsium & Klorida
Kalsium & Sulfat
Suatu larutan X ditambah kepada plumbum(II) nitrat dan mendakan putih dihasilkan. Larutan X mungkin
Asid sulfurik
Asid hidroklorik
Kalium iodida
Barium nitrat
Apakah kemolaran larutan natrium hidroksida apabila 30 cm3 air ditambahkan kepada 50 cm3 larutan natrium hidroksida 0.5 moldm-3?
0.02 moldm-3
0.2 moldm-3
0.31 moldm-3
0.5 moldm-3
Hitungkan isipadu larutan natrium karbonat 2 moldm-3 yang diperlu untuk menyediakan 50cm3 larutan natrium karbonat 0.1 moldm-3?
2.50 cm3
7.50 cm3
12.50 cm3
17.50 cm3
Garam S menunjukkan pemerhatian seperti berikut apabila dipanaskan.
- Garam S berwarna hijau
- Baki pemanasan berwarna hitam
- Gas yang dibebaskan menyebabkan air kapur menjadi keruh.
Apakah garam S?
Kuprum (II) karbonat
Ferum (II) karbonat
Kuprum (II) nitrat
Ferum (II) nitrat
Cu(NO3)2 ---------------------> CuO + gas X + O2
Berikut merupakan ciri gas X:
- Wasap perang
- Menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah
Apakah gas X?
Oksigen
Karbon dioksida
Sulfur dioksida
Nitrogen dioksida
