wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA S1 TRIAL PHG17

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar berkaitan jenis kerajaan persekutuan?

a)

gabungan kuasa hanya berlaku dalam kalangan negeri beraja sahaja

b)

kuasa kerajaan negeri dan pusat dikongsi dalam aspek perundangan dan pentadbiran

c)

kuasa pentadbiran dan perundangan diletakkan di bawah kawalan kerajaan persekutuan dan negeri diberi kuasa autonomi

d)

mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang melibatkan badan eksekutif, kehakiman dan perundangan di negeri-negeri yang bergabung

2.

Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?

a)

kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet

b)

Yang diPertua Agong adalah ketua Kerajaan

c)

parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum

d)

Parlimen bersidang sebagai badan yang menjalankan kuasa pentadbiran

3.

Berdasarkan maklumat di bawah, yang manakah benar tentang status anak Encik X ?

* En X belum mendapat taraf pemastautin di Malaysia

* Isteri En X bukan warganegara Malaysia

* Anak En X lahir pada 31 Disember 2011 di Pulau Pinang

a)

tidak layak menjadi warganegara

b)

menjadi warganegara melalui kemasukan

c)

merupakan warganegara melalui kuatkuasa undang-undang

d)

boleh memohon untuk menjadi warganegara melalui pendaftaran

4.

Perkara-perkara berikut yang manakah diletakkan di bawah kuasa kerajaan Persekutuan?

a)

penangkapan ikan dan penyu di sungai

b)

perpustakaan, muzium dan barangp purba

c)

penapisan akhbar tempatan dan luar negara

d)

kelulusan dan pemberian lesen pembalakan

5.

Antara berikut, yang manakah merupakan pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf Enakmen Kerajaan Negeri?

a)

Pihak Berkuasa Tempatan

b)

Majlis Perundangan Negeri

c)

Dewan Undangan Negeri

d)

Penasihat Undang-undang Negeri

6.

Antara yang berikut yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang diPertua Agong?

a)

I - Staf Sarjan yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera

b)

II - Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Syariah Perak

c)

III - Pesalah yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Bumiputera Sarawak

d)

IV - Pesalah yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan

7.

Yang manakah persamaan kuasa antara Sultan dengan YDPA?

a)

I - melaksanakan tugas sebagai ketua agama Islam

b)

II - memperkenankan perisytiharan darurat dalam Persekutuan

c)

III - memberikan anugerah bintang kebesaran, pangkat dan gelaran

d)

IV - memberikan perkenan perlantikan Perdana Menteri dan kabinetnya

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan jawatan yang boleh disandang oleh ahli Dewan Negara?

a)

Speaker Dewan Negara

b)

Ahli Dewan Undangan Negeri

c)

Setiausaha MRR

d)

Hakim Mahkamah Tinggi

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan pihak yang memberi persetujuan tentang pindaan yang melibatkan Sabah dan Sarawak?

a)

Yang diPertuan Agong

b)

Yang diPertua Negeri

c)

Perdana Menteri

d)

Menteri Dalam Negeri

10.

Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran

a)

Senarai Negeri

b)

Senarai Bersama

c)

Senarai Persekutuan

d)

Senarai yang disusun semula

11.

Prosiding dibuat secara tertutup berkaitan dengan..

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Seksyen

c)

Mahkamah Syariah

d)

Mahkamah Kanak-kanak

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Persekutuan?

a)

I - Hasil duti eksais

b)

II - Hasil harta karun

c)

III - Hasil bayaran pendaftaran

d)

IV - Hasil perlombongan

13.

Yang manakah benar tentang Unit Perancangan Ekonomi ?

a)

I - menjalankan penyelidikan sosiaekonomi yang difikirkan perlu

b)

II - mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan

c)

III - menyelaras dan mengesan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara

d)

IV - memastikan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan pembangunan negara

14.

Yang manakah berkaitan dengan langkah mengatasi masalah sistem penyampaian khidmat awam ?

a)

membudayakan kreativiti dan inovasi

b)

meningkatkan inisiatif kepada penjawat awam

c)

menyediakan kemudahan peralatan berteknologi moden

d)

memberi keutamaan kepada kenaikan pangkat dan kebajikan pekerja

15.

Yang manakah penyataan yang benar tentang Peguam Negara?

a)

merupakan ahli Jemaah Pengampunan

b)

saraannya ditentukan oleh YDPA dan Jemaah Menteri

c)

mempunyai kuasa untuk memulakan prosiding di mana-mana mahkamah

d)

perlantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang