wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Kesihatan Tahun 2 (8Dis20)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah punca penyakit tangan, kaki dan mulut?

a)

virus

b)

kuman, bakteria dan virus

2.

Apakah punca penyakit konjunktivitis?

a)

virus

b)

kuman, bakteria atau virus

3.

Apakah maksud penyakit konjunktivitis?

a)

Sakit mata, iaitu radang pada bahagian putih mata.

b)

Sakit pada bahagian mulut, tangan dan kaki.

4.

Apakah tanda-tanda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut?

a)

Rasa sakit di mulut

b)

Ruam di kaki

c)

Ruam di tangan

d)

Mata berair

5.

Apakah tanda-tanda penyakit konjunktivitis?

a)

Mata sensitif pada cahaya

b)

Rabun jauh

c)

Mata terasa gatal

d)

Mata merah dan berair serta pedih

6.

Bagaimanakah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit?

a)

Bersentuhan dengan pesakit

b)

Terkena air liur daripada batuk pesakit

c)

Menggaru pada tempat yang luka

7.

Gambar menunjukkan tanda-tanda bagi penyakit...

a)

Konjunktivitis

b)

Tangan, kaki dan mulut

8.

Gambar menunjukkan tanda bagi penyakit

a)

konjunktivitis

b)

tangan, kaki dan mulut

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan langkah pencegahan bagi penyakit konjunktivitis dan penyakit tangan, kaki dan mulut daripada merebak?

a)
b)
c)
10.

Penyakit berjangkit juga dapat dicegah daripada merebak dengan...

a)

Berehat di rumah dan elak bergaul dengan orang lain

b)

Bersentuhan semasa bermain permainan di rumah

11.

Yang manakah cara yang BETUL untuk menjaga kebersihan fizikal kita?

a)

Tidak mandi.

b)

Jangan cuci tangan selepas ke tandas.

c)

Pakai pakaian yang kotor.

d)

Potong kuku tangan dan kuku kaki supaya pendek.

12.

Lap badan dengan .......

a)

berus yang kotor.

b)

kertas yang baru.

c)

dawai yang halus.

d)

tuala yang bersih.

13.

Pastikan kamu mengambil ubat yang betul dan mengikut ......

a)

preskripsi doktor.

b)

kata-kata kawan.

c)

sesukahati kita.

d)

fikiran kita.

14.

Kita boleh membeli ubat di .......

a)

sekolah.

b)

kedai runcit.

c)

farmasi.

d)

sekolah.

15.

Apakah kesan alkohol terhadap fizikal manusia dalam jangka masa panjang?

a)

Kebersihan diri terabai.

b)

Mengalami muntah yang berterusan

c)

Bertengkar dan merosakkan barang-barang

d)

Menyebabkan penyakit kronik seperti sakit jantung.

16.

Sampah-sarap boleh menjejaskan persekitaran. Nyamuk Aedes boleh membiak dan menyebabkan penyakit.................................

a)

denggi

b)

cirit-birit

c)

taun

d)

malaria

17.

Memakan makanan yang tidak berkhasiat menyebabkan tubuh kita lesu. Antara berikut yang manakah makanan yang tidak berkhasiat.

a)

Buah pisang

b)

Nasi

c)

Aiskrim

d)

Sandwic

18.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum memulakan aktiviti sukan?

a)

menyejukkan badan

b)

memanaskan badan

c)

terus melakukan aktiviti

d)

merehatkan badan

19.

Apakah aktiviti koodinasi yang melibatkan anggota tangan dan mata?

a)

menendang bola ke sasaran

b)

Melambung dan menyambut pundi kacang

c)

tarik tali

d)

duduk

20.

Antara berikut, yang mana dapat membina daya tahan kardiovaskular?

a)

Berlari ulang-alik 10 m

b)

Berdiri setempat

c)

Melentik ke belakang

d)

Duduk