wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAT RBT T2 2020 [35S] SMKBJ

Total questions: 39

Worksheet time: 2hrs 57mins

Name
Class
Date
1.

Nama Penuh Anda?

4 lines
2.

Nama Sekolah?

4 lines
3.

Nama Kelas?

4 lines
4.

No Telefon ?

4 lines
5.

Antara berikut yang manakah maksud reka bentuk?

a)

Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna

b)

Proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

c)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

6.

Antara berikut, manakah merupakan tugas utama pengurus projek?


I Penentuan projek

II Pengelolaan aktiviti

III Penentuan subutama

IV Pengawalan pelaksanaan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Apakah tujuan saringan maklumat yang diperoleh melalui borang projek brief dilakukan?

a)

Mempercepatkan proses lakaran dan pembinaan mock-up

b)

Memudahkan pengurus projek membahagikan tugas kepada ahli pasukannya

c)

Memastikan segala maklumat yang berkaitan produk diterangkan oleh pelanggan

d)

Memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk melaksanakan tugas masing-masing

8.

Rajah 1 menunjukkan lakaran sebuah objek.


Apakah nama lakaran itu?

a)

Lakaran isometrik

b)

Lakaran oblik kavalier

c)

Lakaran perspektif dua titik

d)

Lakaran perspektif satu titik

9.

Seseorang individu yang mempunyai tubuh badan yang gempal perlu memilih pakaian yang akan memberi kesan seperti tinggi dan langsing.


Apakah elemen yang perlu ada pada pakaian individu tersebut?

a)

Garisan menegak

b)

Garisan mendatar

c)

Garisan menyerong

d)

Garisan melengkung

10.

Antara berikut yang manakah definisi masalah inventif?

a)

Masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian

b)

Masalah yang sukar diselesaikan dan memerlukan pandangan pakar

c)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku

d)

Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku

11.

Antara berikut yang manakah betul tentang garisan interaksi yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu masalah?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

12.

Pernyataan berikut menerangkan tentang suatu contoh situasi.


KHEMAH PERLU BESAR SEMASA DIGUNAKAN DAN PERLU KECIL SEMASA DISIMPAN


Antara berikut yang manakah sesuai digunakan?

a)

Kaedah pemisahan masa

b)

Kaedah pemisahan ruang

c)

Kaedah pemisahan waktu

d)

Kaedah pemisahan garis masa

13.

Antara berikut contoh yang manakah menunjukkan prinsip inventif penyarangan (nested doll) diaplikasikan?

a)

Pelindung cahaya cermin kereta

b)

Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan

c)

Bekas menyimpan makanan pelbagai petak berbeza dan pelbagai fungsi

d)

Sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan dengan objek panas

14.

Antara berikut yang manakah betul tentang penerangan fasa penyelesaian masalah inventif?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Antara berikut yang manakah ciri kaedah konvensional?


I Penggunaan mesin

II Penggunaan teknologi yang asas

III Menjimatkan masa, kos dan bahan

IV Jenis produk yang dihasilkan terhad

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

16.

Antara berikut yang manakah menggunakan kaedah moden dalam pembuatan produk?

a)
b)
c)
d)
17.

Maklumat berikut menerangkan ciri-ciri suatu teknik tuangan.


  • Menggunakan bahan-bahan seperti redin epoxy
  • Tidak menggunakan haba bagi mencairkan bahan tuangan


Maklumat berikut menerangkan ciri-ciri suatu teknik tuangan.

a)

Teknik tuangan beku

b)

Teknik tuangan suam

c)

Teknik tuangan sejuk

d)

Teknik tuangan panas

18.

Antara berikut bahan manakah digunakan sebagai bahan mencetak dalam pen 3D?

a)

Getah

b)

Plastik

c)

Plaster of paris

d)

Polylactic acid (PLA)

19.

Antara berikut komponen mekanikal yang manakah terdapat pada bahagian roda basikal?

a)

Tuas

b)

Gear

c)

Rantai

d)

Galas bebola

20.

Antara berikut yang manakah menerangkan tentang sumber?

a)

Menghasilkan kesan

b)

Berwayar dan tanpa wayar

c)

Dilakukan secara manual atau automatik

d)

Boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui

21.

Rajah 5 menunjukkan satu litar elektrik.


Berapakah nilai arus X?

a)

0.5 A

b)

1.25 A

c)

1.5 A

d)

2.25 A

22.

Rajah 7 menunjukkan lukisan bergambar bagi suatu litar.


Antara berikut yang manakah menerangkan lukisan skematik bagi litar yang ditunjukkan di atas?

a)
b)
c)
d)
23.

Rajah 9 menunjukkan sebuah litar elektrik yang lengkap.


Antara berikut yang manakah fungsi bagi komponen elektrik yang berlabel X?

a)

Mengalirkan arus

b)

Menghasilkan arus

c)

Membekalkan kuasa

d)

Bertindak sebagai suis

24.

Rajah 4 menunjukkan sejenis litar dalam penyambungan litar elektrik.


Antara berikut yang manakah merujuk kepada litar di atas?

a)

Satu kitaran lengkap

b)

Sambungan yang salah

c)

Tidak mempunyai satu kitaran lengkap

d)

Wayar positif dan negatif yang bocor bersentuhan

25.

Rajah 3 menunjukkan suatu peranti output.


Apakah fungsi peranti tersebut?

a)

Memutuskan litar set semula

b)

Menyimpan dan membuang cas elektrik

c)

Berputar apabila terdapat arus elektrik yang melaluinya

d)

Membekalkan kuasa kepada papan litar elektronik mikropengawal

26.

Apakah bahan yang digunakan untuk menyambungkan peranti dengan papan litar mikropengawal?

a)

Geganti

b)

Plag (male)

c)

Transistor NPN

d)

Wayar pelompat bersama soket (female)

27.

Antara berikut yang manakah merupakan kegunaan diod pemancar cahaya?


I Papan iklan

II Cermin kenderaan

III Lampu perhiasan

IV Penggera keselamatan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

28.

Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis peranti input.


Antara berikut apakah contoh bagi X?


I Penderia suhu

II Suis tekan tutup

III Penderia pergerakan

IV Diod pemancar cahaya

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

29.

Mengapakah penambahbaikan terhadap reka bentuk elektronik perlu dilakukan?


I Mengelakkan sebarang ralat

II Memenuhi kehendak pelanggan

III Mengurangkan kos pengeluaran

IV Agar dapat berfungsi dengan lebih baik

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

30.

Maklumat berikut menerangkan mengenai suatu model akuaponik.


  • Juga dikenali sebagai sistem pasang surut
  • Menggunakan loceng sifon


Apakah model tersebut?

a)

Sistem Raft

b)

Sistem NFT

c)

Sistem Ebb & Flow

d)

Sistem Raft bertingkat

31.

Rajah 1 menunjukkan unsur yang membentuk sistem akuaponik.


Apakah X?

a)

Air

b)

Oksigen

c)

Bakteria

d)

Sistem pengaliran

32.

Rajah 2 menunjukkan satu reka bentuk sistem akuaponik.


Apakah reka bentuk sistem akuaponik tersebut?

a)

Sistem Raft

b)

Sistem NFT

c)

Sistem Ebb & Flow

d)

Sistem Raft bertingkat

33.

Ahmad ingin membina sebuah sistem akuaponik yang hanya menggunakan kuantiti air yang sedikit.


Apakah reka bentuk sistem akuaponik yang harus dibinanya?

a)

Sistem Raft

b)

Sistem NFT

c)

Sistem Ebb & Flow

d)

Sistem Raft bertingkat

34.

Apakah fungsi loceng sifon dalam sistem akuaponik?

a)

Menyingkirkan pepejal dalam air

b)

Mempunyai ruang udara agar tanaman lebih subur

c)

Memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman

d)

Mengeluarkan air dari media penanaman apabila ia sudah penuh

35.

Maklumat berikut menerangkan dua kaedah pembuatan roti.


Apakah kelebihan kaedah Y berbanding kaedah X?

a)

Menjimatkan wang

b)

Harga jualan roti lebih tinggi

c)

Menjimatkan masa dan tenaga

d)

Tidak menggunakan ruang yang banyak

36.

Maklumat berikut menerangkan tentang fungsi suatu alatan menghias.


Membolehkan udara bergerak bebas di bawah makanan supaya makanan tidak berpeluh dengan wap panas.


Apakah alatan tersebut?

a)

Redai

b)

Pengukus

c)

Beg aising

d)

Meja pemutar kek

37.

Mengapakah reka bentuk makanan yang menarik penting bagi kanak-kanak?

a)

Mempelajari nilai estetika melalui makanan

b)

Memberi ketenangan kepada kanak-kanak

c)

Memperkenalkan makanan pelbagai kaum

d)

Merangsang selera makan kanak-kanak

38.

Rajah 4 menunjukkan pembungkusan sejenis makanan.


Berdasarkan maklumat pada pembungkusan tersebut, apakah ramuan yang digunakan dalam kuantiti yang paling sedikit?

a)

Garam

b)

Ubi kentang

c)

Minyak sayuran

d)

Monosodium glutamat

39.

Ahmad merupakan seorang pemotong daging.


Antara berikut pisau manakah yang paling sering digunakannya?

a)

Pisau paring

b)

Pisau penyisih

c)

Pisau bergerigi

d)

Pisau bulan sabit