Font size
WorksheetsINSPIRE PRIME ULANGKAJI SET 6
Total questions: 56
Worksheet time: 31mins
Apakah sumbangan Firaun Senuusret III kepada kemajuan tamadun Mesir Purba?
Membina tembok pengairan
Menggubal undang-undang
Mengasaskan empayar
Meluaskan wilayah
Gambar merupakan tulang oracle yang digunakan oleh masyarakat Hwang Ho.
Apakah fungsi tulang tersebut?
Meramal sesuatu keadaan
Menetapkan musim menuai
Menyusun strategi peperangan
Menentukan arah pelayaran
Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di Asia Tenggara.
Bagaimanakah keadaan tersebut berlaku?
Pengenalan sistem tulisan
Penguatkuasaan undang-undang
Pengaruh daripada bahasa asing
Perkembangan aktiviti perdagangan
Apakah peranan tokoh berikut dalam penyebaran Islam di Acheh?
Hamzah al-Fansuri Syeikh Nurudin al-Raniri
Menterjemah kitab
Membuka perkampungan
Mengarang karya pemikiran
Mengeluarkan fatwa
Manusia pada zaman Renaissance didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
Bagaimanakah sikap tersebut boleh memajukan negara?
Mengamalkan sikap bekerjasama
Membentuk rakyat bertoleransi
Mematuhi undang-undang
Mencipta teknologi baru
KONVENSYEN KEBANGSAAN DIANJURKAN OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN PADA TAHUN 1953. APAKAH HASIL KONVENSYEN TERSEBUT ?
PELAKSANAAN PILIHAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN
PENUBUHAN PARTI KEMERDEKAAN MALAYA
PELANTIKAN JAWATANKUASA PILIHAN RAYA
PEMBENTUKAN PARTI PERIKATAN
20. Pelombong Eropah menguasai perusahaan perlombongan bijih timah pada abad ke20.
Mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai perusahaan tersebut ?
I. Teknologi moden
II. Sokongan pembesar
III. Buruh mencukupi
IV. Modal besar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
21. Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka
di Asia Tenggara.
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut ?
Pengekalan pemerintahan beraja
Pelantikan pembesar daerah
Pengenalan sistem ufti
Pentadbiran melalui biro
24. Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada
awal abad ke-20 ?
I. Mengugut pemimpin
II. Menyekat kegiatan dakwah
III. Menghalang kemasukan risalah
IV. Menyekat peluang belajar ke luar negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
26. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali
sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan ?
Meluaskan wilayah pengaruh
Mengekalkan kedaulatan negeri
Membentuk kerajaan demokrasi
Mengukuhkan hubungan dengan Siam
28. Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union ?
Menumpukan taat setia
Menguatkan pasukan tentera
Membantu dalam pentadbiran
Membanteras ancaman komunis
30. Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama
dalam bidang politik.
Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA ?
Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya
Mendapat bantuan kewangan daripada British
Gagal mendapat sokongan semua kaum
Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran
31. Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?
Kekuatan perpaduan orang Melayu
Pertambahan bilangan kaum imigran
Memenuhi desakan orang dagang
Akur tuntutan golongan radikal
34. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ?
Membubarkan Parlimen
Menggubal undang-undang
Memilih ahli Dewan Rakyat
Menetapkan tarikh pilihan raya
Apakah logo ini ?
Jata Malaysia
Jata Negara
Negaraku
Malaysia
Apakah sumbangan kota Cordova dan Baghdad kepada tamadun dunia ?
Pusat kesenian
Pusat perdagangan
Pusat ilmu pengetahuan
Pusat kegiatan perindustrian
Majlis Undangan Negeri Singapura telah meluluskan usul penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Disember 1961.
Apakah kesan penggabungan tersebut terhadap Singapura?
Pengaruh parti berhaluan kiri merosot
Bantahan daripada Republik Indonesia
Parti pemerintah mengalami kekalahan
Barisan Sosialis melancarkan pemberontakan
Bagaimanakah anda membuktikan kesetiaan kepada raja?
I Melafazkan taat setia
II Menyerahkan Ufti
III Melindungi Rakyat
IV Memberi bantuan ketenteraan
> peraturan tanah perak 1879
> peraturan tanah sungai ujong 1887
> Kanun tanah Selangor 1891
Apakah kesan pengenalan undang undang tersebut terhadap penduduk tempatan?
I pengenalan sistem cukai mengikut jenis tanah
II Pengutipan hasil hutan dengan kebenaran raja
III pemilikan tanah individu tanpa had
IV Permohonan Tanah melalui pejabat tanah
Senarai yang berikut merupakan perubahan dalam bidang pentadbiran di Thailand pada abad ke -19 yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn. (SPM 2009)
~ Kabinet Menteri
~ Majlis Penasihat Rendah
~ Majlis Mesyuarat Tertinggi
Apakah tujuan perubahan pentadbiran tersebut?
Memenuhii tuntutan rakyat
Memelihara kedaulatan negara
Memantapkan pentadbiran
Mengekalkan sistem pemerintahan beraja
Peristiwa tersebut telah membawa kepada
Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971.
- Membina perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat
Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?
Memiliknegarakan industri
Mengurangkan hak milik asing
Kekayaan negara dikongsi bersama
Sistem kewangan disusun semula
Agensi berikut telah diswastakan oleh kerajaan melalui Dasar Penswastaan.
• Jabatan Pos ( Pos Malaysia Berhad)
• Lembaga Lektrik Negara ( Tenaga Nasional Berhad)
Pilih 2 jawapan.
Memajukan industri kecil
Mengurangkan beban kewangan
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
Menggalakkan kemasukan modal asing
MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya?
Meningkatkan persefahaman
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
Menghapuskan ancaman komunis
SPM 2017 (Soalan 20)
Apakah slogan Perancis dalam usaha memperluaskan tanah jajahan mereka?
A. Beban Orang Putih
B. Asia Untuk Orang Asia
C. Tugas Menyebarkan Tamadun
D. Kemakmuran Bersama Asia Timur
1.2 Perubahan Sistem Politik
SPM 2012 (Soalan 21)
British telah memperkenalkan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu.
Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
A. Tanah peribumi dirampas
B. Pemimpin kehilangan kuasa
C. Pengaruh golongan agama merosot
D. Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
SPM 2013 (Soalan 21)
Penjajah Barat telah melaksanakan sistembirokrasi barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?
A. Pengekalan pemerintahan beraja
B. Pelantikan pembesar daerah
C. Pengenalan sistem ufti
D. Pentadbiran melalui biro
SPM 2013 (Soalan 22)
British telah memperkenalkan jawatan berikut di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.
- Residen
- Penasihat British
Apakah persamaan tugas pegawai yang menjawat jawatan tersebut?
A. Menjaga kepentingan penduduk tempatan
B. Menasihati sultan dalam pentadbiran
C. Memperkukuhkan pentadbiran tradisional
D. Melatih pembesar tempatan mentadbir
SPM 2014 (Soalan 22)
Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.
Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?
A. Ekonomi sara diri terjejas
B. Cukai yang membebankan
C. Perusahaan tradisional terancam
D. Perdagangan tukar barang terganggu
SPM 2016 (Soalan 21)
Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda.
Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah?
A. Syarat kerakyatan ketat
B. Harga komoditi rendah
C. Imigran bertambah
D. Cukai tinggi
1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara
SPM 2012 (Soalan 22)
Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?
A. Meningkat ekonomi
B. Mewujudkan jurang sosial
C. menghapuskan cukai pertanian
D. Menyediakan peluang pekerjaan
SPM 2013 (Soalan 23)
Rajah 3 menunjukkan perubahan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
- Tahap Pertama = Bercorak sederhana
- Tahap Kedua = Bercorak radikal
Mengapakah gerakan tersebut bercorak radikal pada tahap kedua?
A. Sokongan pemerintah tempatan
B. kekurangan sumber kewangan
C. Sekatan pengaruh dari luar
D. Perjuangan tidak berkesan
2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British
SPM 2013 (Soalan 25)
Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.
- Mat Salleh
- Dato' Bahaman
Mengapakah perjuangan mereka gagal?
A. Senjata tidak lengkap
B. Tenaga tentera kurang
C. Kemudahan asas kurang
D. Sokongan pembesar tidak cukup
SPM 2014 (Soalan 21)
British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu.
Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
A. Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
B. Pengaruh golongan agama merosot
C. Pemimpin kehilangan kuasa
D. Tanah peribumi dirampas
SPM 2014 (Soalan 23)
Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?
A. Menghormati sultan
B. Mengekalkan kuasa sultan
C. Kesetiaan rakyat kepada sultan
D. Kuasa mutlak berada di tangan sultan
SPM 2015 (Soalan 25)
Apakah tindakan J.W.W. Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang Britsh di Pasir Salak, Perak?
A. Larangan mengutip hasil hutan
B. Menghalang kemasukan imigran
C. Camput tangan dalam pentadbiran
D. Mengambil alih aktiviti perlombongan
SPM 2017 (Soalan 24)
Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?
A. Menyerang Pasir Puteh
B. Meminta bantuan Siam
C. Menyekat bekalan makanan
D. Menghalang laluan kapal dagang
SPM 2018 (Soalan 24)
Apakah tindakan James Brooke di Sungai Rajang yang menyebabkan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menentangnya?
A. Merampas hak mengutip cukai
B. Membawa masuk kaum imigran
C. Membersihkan kawasan petempatan
D. Membina pusat pentadbiran
SPM 2018 (Soalan 26)
Antara tahun 1831 hingga tahun 1832, British menghadapi tentangan daripada Penghulu Dol Said di naning.
Mengapakah British ditentang di wilayah tersebut?
A. Pembinaan balai polis
B. Mencabuli perjanjian damai
C. Arahan membayar ufti tahunan
D. Pengenalan peraturan tanah
2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua
SPM 2013 (Soalan 25)
Jadual berikut menerangkan novel yang diterbitkan sebelum perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.
- Tajuk Novel = Melor Kuala Lumpur
- Pengarang = Harun Aminurrashid
- Tahun Terbitan = 1930-an
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?
A. Mencintai tanah air
B. Memelihara warisan tradisi
C. Kebebasan kaum wanita
D. Perpaduan antara kaum
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah dan setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh. Apakah kepentingan syeikh dalam kabilahnya?
Simbol warisan
Lambang perpaduan
Meningkatkan imej kabilah
Membuktikan unsur keagamaan
SPM 2014 (Soalan 40)
Rajah 5 menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman.
Kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman
> Kehilangan tanah jajahan
> Bayaran pampasan tinggi
Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?
Mendapatkan sokongan rakyat
Memperbesar angkatan tentera
Mengukuhkan kedudukan ekonomi
Menggabungkan wilayah-wilayah kecil
SPM 2015 (Soalan 40)
Petikan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua.
Pada 1 September 1939, Hitler (Jerman) mara ke sempadan Poland. Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britian dan Perancis menyertai perang.
Apakah alasan Britian dan Perancis menyertai perang tersebut?
Menguji kekuatan senjata
Mempertahan keselamatan
Merampas kembali wilayah
Menyekat pengaruh komunis
SPM 2017 (Soalan 31)
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi?
A. Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat
B. Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
C. Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
D. Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
SPM 2018 (Soalan 32)
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British.
1951 > Sistem Ahli
Apakah manfaat pengenalan sistem tersebut kepada rakyat Tanah Melayu?
A. Berhak mengawal kewangan
B. Berkuasa menentukan dasar
C. Memperkukuh penguasaan politik
D. Menimba pengalaman mentadbir kerajaan
SPM 2014 (Soalan 31)
Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
18 Januari - 8 Februari 1956
Rundingan London
Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?
A. Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum
B. Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan
C. Pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
D. Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
SPM 2017 (Soalan 32)
Rajah 3 menujukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.
1953
Penganjuran Persidangan Kebangsaan
^
1951
Pembukaan keahlian UMNO kepada semua kaum
^
1949
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Mengapakah perkembangan tersebut berlaku?
A. Keputusan pilihan raya tidak memberansangkan
B. Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat
C. Pengaruh orang dagang semakin kuat
D. Perpaduan antara kaum tidak mantap
