wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peperiksaan Akhir Tahun Ting 4 2020

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

2.

Di manakah pusat kerajaan Srivijaya?

a)

Champa

b)

Palembang

c)

Kedah Tua

d)

Gangga Nagara

3.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

4.

Apakah yang akan berlaku kepada mereka yang melanggar upacara sumpah setia Telaga Batu?

a)

dihukum bunuh

b)

dibuang daerah

c)

dihukum sebat

d)

ditimpa bencana

5.

Apakah fungsi Syahbandar?

a)

Menjaga keamanan pelabuhan

b)

Menguruskan pencukaian di pelabuhan

c)

Menjaga kewangan kerajaan

d)

Menjaga keselamatan perairan

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan tulah?

a)

Perjanjian antara rakyat dengan pemerintah

b)

Wilayah yang dikuasai pembesar

c)

kecelakaan kerana melanggar larangan sultan

d)

Ikatan taat setia kepada sultan

7.

Apakah faktor yang mencetuskan kebangkitan nasionalisme di Barat?

a)

Penentangan terhadap sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

Penentangan terhadap penguasaan politik oleh golongan bangsawan

c)

Penentangan terhadap penguasaan ekonomi oleh orang asing

d)

Penentangan terhadap kekuasaan politik oleh golongan agama

8.

Mahatma Gandhi menjadikan konsep satyagraha sebagai asas perjuangan nasionalisme di India.

Manakah antara berikut perjuangan yang berlandaskan satyagraha?

a)

Perjuangan bersenjata

b)

Perjuangan berasaskan sabotaj dan mogok

c)

Perjuangan tanpa keganasan

d)

Perjuangan berdasarkan pemulauan barangan British

9.

Nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme negara Asia Tenggara yang lain.

Apakah matlamat nasionalisme Thailand?

I Membebaskan diri daripada belenggu penjajah

II Mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Thailand

III Menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing

IV Membentuk sebuah negara yang bebas dan berdaulat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat di Burma


Manakah antara berikut berkaitan dengan matlamat perjuangan golongan di atas?

a)

Memperjuangkan kemerdekaan Burma

b)

Menuntut penubuhan sebuah universiti

c)

Menentang sistem cukai yang membebankan

d)

Mempertahankan agama Buddha

11.

Raja Chulan Raja Abdullah

Muhammad Eunos Abdullah

Mahmud Mat


Apakah persamaan antara tokoh-tokoh nasionalis berikut?

a)

Mendokong perjuangan nasionalisme bersifat radikal

b)

Menyatupadukan orang Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan

c)

Melanjutkan pelajaran mereka di Mesir dan Turki

d)

Merupakan golongan intelektual berpendidikan Inggeris

12.

Mengapakah perjuangan Dol Said menentang British dianggap sebagai satu gerakan nasionalisme?


I Merupakan satu perjuangan menuntut kemerdekaan

II Merupakan perjuangan menentang pengaruh luar

III Merupakan perjuangkan mendaulatkan wilayah mereka

IV Merupakan perjuangan demi untuk mempertahankan kekayaan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Apakah strategi yang digunakan oleh tentera Jepun untuk menawan sesuatu kawasan?

a)

Serangan bergilir-gilir

b)

Serangan kilat

c)

Serangan gerila

d)

Serangan udara

14.

Mengapakah penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama menarik perhatian pemimpin negeri-negeri Melayu?

a)

Empayar Uthmaniyah menentang kuasa Barat

b)

Empayar Uthmaniyah dianggap sebagai pelindung umat Islam

c)

Empayar Uthmaniah ditakluk oleh negara Barat

d)

Empayar Uthmaniah berjaya mengalahkan kuasa Barat

15.

Perjanjian Versailles ditandatangani di antara Jerman dan Pakatan Bertiga

Manakah antara berikut, tindakan

pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang mengingkari perjanjian tersebut kerana dianggap menggugat kedaulatan dan maruah Jerman?


I Membina semula angkatan tentera

II Menduduki tanah jajahannya yang dirampas oleh Pakatan Bertiga

III Menyerang negara-negara Pakatan Bertiga

IV Memulakan program pemodenan dan perindustrian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia.

Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman?

a)

Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia

b)

Untuk menghapuskan fahaman komunisme

c)

Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah

d)

Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China

17.

Pasukan ini dibentuk di Sri Lanka dan anggotanya dilatih di India dan Sri Lanka

Apakah pasukan anti-Jepun yang digambarkan di atas?

a)

Malayan People's anti-Japanese Army (MPAJA)

b)

Tentera Bintang Satu

c)

Force 136

d)

Pasukan Wataniah Pahang

18.

Gerakan Fi-Sabilillah

Pasukan Tentera Selempang Merah


Manakah antara berikut berkaitan dengan pertubuhan di atas?

a)

Menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu

b)

Menentang pendaratan semula tentera British di Tanah Melayu

c)

Mempertahankan maruah dan hak orang Melayu

d)

Membangkitkan kesedaran nasionalisme orang Melayu

19.

British Military Administration (BMA) bermula pada 12 September 1945 di Tanah Melayu.

Apakah tugas BMA?


I Menentang Jepun

II Melatih rekrut tentera

II Mengembalikan kestabilan

IV Memulihkan kepercayaan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dab IV

20.

Malayan Union dilaksanakan di Tanah Melayu pada 1 April 1946.

Bagaimanakah kedudukan Raja-raja Mclayu dalam pentadbiran Malayan Union?

a)

Ketua pentadbir

b)

Ketua Eksekutif

c)

Penggubal dasar

d)

Ahli Majlis Raja-Raja

21.

Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli menjadi

asas kewarganegaraan Malayan Union.

Mengapakah kerajaan Malayan Union mewujudkan prinsip tersebut?

a)

Meningkatkan taraf hidup

b)

Memenuhi tuntutan rakyat

c)

Memantapkan pentadbiran

d)

Melindungi kepentingan ekonomi

22.

Mengapakah tindakan Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu dianggap sebagai tidak sah dari segi undang-undang?

a)

Raja-raja Melayu tidak diberi masa yang cukup untuk berfikir

b)

Raja-raja Melayu diugut dan dipaksa menurunkan tandatangan

c)

Raja-raja Melayu tidak memahami dokumen yang ditandatangani

d)

Raja-raja melayu tidak diberi masa untuk mendapatkan pandangan pembesar negeri

23.

Apakah slogan yang digunakan oleh UMNO dalam penentangan terhadap Malayan Union?

a)

Kemerdekaan

b)

Hidup Melayu

c)

Asia untuk Orang Asia

d)

Semangat Asia

24.

Siapakah yang diberi tanggungjawab untuk mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan Serawak?

a)

Herold T.MacMicheal

b)

Edward Gent

c)

Gerald T.MacBryan

d)

David Rees Williams

25.

Cession Bill 1946


Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut terhadap Serawak?

a)

Penduduk Serawak diberi hak menentukan masa depan mereka

b)

Membenarkan penerusan Dinasti Brooke di Serawak

c)

Status Serawak berubah menjadi tanah jajahan British

d)

Serawak diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera British (BMA)

26.

Apakah bukti kerajaan British mematuhi Piagam Atlantik dan prinsip-prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?

a)

Mengekalkan kedudukan Persekutuan Tanah Melayu 1896

b)

Memajukan ekonomi Tanah Melayu

c)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

d)

Menerima cadangan Jawatankuasa Kerja 1946

27.

Apakah peranan Dewan Perundangan Negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Melantik ahli tidak rasmi

b)

Mengetuai angkatan tentera

c)

Meluluskan rang undang-undang

d)

Mengetuai pentadbiran negeri

28.

Apakah cadangan AMCJA yang diterima dalam rangka Perlembagaan Rakyat?

a)

Pertahanan dan hal ehwal luar negeri

b)

Bendera dan lagu kebangsaan

c)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura

d)

Bahasa Inggeris sebagai Raja Berperlembagaan

29.

Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kebebasan bersuara

b)

Jawatankuasa Kerja hanya diwakili oleh orang Melayu

c)

Menguasai pentadbiran sepenuhnya

d)

Kedudukan istimewa terpelihara

30.

Apakah cadangan anda jika anda dipilih menganggotai Jawatankuasa Kerja 1946?

a)

Mengekalkan penjajahan British

b)

Meningkatkan pendidikan rakyat tempatan

c)

Menjalankan dasar perluasan kuasa

d)

Menerima rangka Perlembagaan Rakyat

31.

Manakah antara berikut merupakan karya yang menyebarkan ideologi komunis?

a)

Manifesto

b)

Das Kapital

c)

Das Manifesto

d)

Communist Kapital

32.

Komunis telah mengancam keselamatan awam dengan

a)

membunuh penduduk

b)

mengalihkan landasan kereta api

c)

menyerang pasukan polis

d)

merosakkan tanaman

33.

Apakah faktor utama Kampung Baru dibina oleh British?

a)

Memutuskan bekalan makanan komunis

b)

Melindungi orang Cina

c)

Menjimatkan perbelanjaan negara

d)

Membantu operasi pasukan keselamatan

34.

Mengapakah rundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng menemui kegagalan?

a)

Tunku Abdul Rahman menolak syarat yang dikenakan oleh Chin Peng

b)

Tunku Abdul Rahman tidak mahu meletakkan senjata

c)

Chin Peng menyerahkan PKM kepada Tunku Abdul Rahman

d)

Chin Peng enggang berdamai dengan Tunku Abdul Rahman

35.

Apakah faktor utama British mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

Melindungi orang Cina

b)

Menghapuskan ancaman komunis

c)

Menjimatkan kewangan British

d)

Mengelakkan serangan pihak luar

36.

Siapakah yang melantik ahli dalam Sistem Ahli?

a)

Majlis Raja-raja

b)

PesuruhjayaTinggi British

c)

Jawatankuasa Antara Kaum

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

37.

Mengapakah tercetusnya idea negara merdeka di Tanah Melayu pada tahun 1930-an dan 1940-an?

a)

Pendidikan moden

b)

Pengaruh agama

c)

Kesedaran sosioekonomi di serata tempat

d)

Kesedaran politik di serata tempat

38.

Mengapakah Dato' Onn Jaafar meninggalkan parti UMNO dan menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP)?

a)

Kalah dalam pemilihan pemimpin UMNO

b)

Diusir oleh British

c)

Menuntut kemerdekaan secara radikal

d)

Menuntut kerjasama kaum dalam satu parti

39.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) berperanan menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.

Manakah antara berikut, isu yang dimaksudkan?

I Pendidikan

II Kedudukan istimewa orang Melayu

III Kewarganegaraan orang Melayu

IV Kesihatan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Apakah cadangan Laporan Woodhead?

a)

Meletakkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

b)

Meletakkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

c)

Bahasa China dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah

d)

Memperkenalkan buku teks yang berlatar belakangkan unsur Barat

41.

Mengapakah selepas Perang Dunia Kedua, muncul banyak parti politik di Tanah Melayu?

a)

Arahan daripada pentadbiran British

b)

Perkembangan semangat nasionalisme

c)

Penangkapan ramai pemimpin persatuan

d)

Pengharaman banyak persatuan dan pertubuhan sebelum perang

42.

Berikut merupakan syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya kecuali

a)

berumur 21 tahun ke atas

b)

berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

c)

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

d)

Telah tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal dalam tempoh 6 bulan sebelum penamaan calon

43.

Senarai berikut berkaitan dengan bentuk pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu.

-Bentuk A

-Bentuk B

Berapakah bilangan ahli yang mewakili golongan minoriti dalam bentuk A tersebut?

a)

2 orang

b)

3 orang

c)

4 orang

d)

7 orang

44.

Tokoh berikut pernah mengadakan rundingan dengan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1954.

Oliver Lyttelton

Apakah jawatan tokoh tersebut?

a)

Setiausaha Tanah Jajahan

b)

Ahli Parlimen British

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Pengerusi Pilihan Raya Umum

45.

Mengapakah pilihan raya umum di Serawak mendapat sambutan baik daripada rakyat?

a)

Boleh memilih wakil dalam kerajaan

b)

Dapat merasai pengalaman pilihan raya

c)

Ingin mengamalkan sistem demokrasi

d)

Rakyat mahukan perubahan

46.

Berapakah calon yang telah mewakili Parti Perikan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

48 orang

b)

50 orang

c)

51 orang

d)

52 orang

47.

Berikut merupakan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan kecuali

a)

kerajaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

b)

proses pertukaran dan pembaharuan dilakukan secara serentak

c)

kuasa pegawai British beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan

d)

Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh rakyat tempatan

48.

Sir Donald MacGillivray menjawat jawatan sebagai

a)

Gabenor Negeri-negeri Selat

b)

Gabenor Jeneral British

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Setiausaha Pertahanan British

49.

Sebagai rakyat Malaysia, apakah hak utama seorang rakyat untuk memilih wakil dan pemimpin negara?

a)

Hak membantu golongan pemerintah

b)

Hak melibatkan diri dalam pentadbiran negara

c)

Hak untuk membuat pilihan dalam pilihan raya

d)

Hak dalam memastikan aman demokrasi diteruskan

50.

Negara-negara berikut telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua kecuali

a)

India

b)

Mesir

c)

Burma

d)

Thailand

51.

Apakah jawatan Dato' Panglima Bukit Gantang?

a)

Menteri Besar Selangor

b)

Menteri Besar Kelantan

c)

Menteri Besar Johor

d)

Menteri Besar Perak

52.

Apakah sumbangan Sheikh Abdullah Fahim terhadap Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Mengemukakan cadangan kemerdekaan

b)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

c)

Memimpin Parti Perikatan

d)

Mewakili Raja-raja Melayu

53.

Pada 20 Februari 1956, rombongan kemerdekaan selamat tiba di tanah air. Rombongan tersebut telah di arak di

a)

Stadium Negara

b)

Stadium Merdeka

c)

Padang Kelab Selangor

d)

Padang Banda Hilir, Melaka

54.

Manakah antara berikut merupakan memorandum daripada parti politik dan pihak awam?

I Bahasa dan kewarganegaraan

II Soal kewarganegaraan

III Bahasa dan pendidikan

IV Corak pendidikan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

55.

- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dan komunikasi

Perkara di atas termaktub dalam perkara

a)

132

b)

152

c)

122

d)

162

56.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada negara kita

Saiful Bahari

a)

Mencipta Jata Negara

b)

Mencipta lirik lagu Negaraku

c)

Memilih bunga kebangsaan

d)

Mereka bentuk bendera negara

57.

Di manakah lokasi yang dipilih untuk upacara detik pemasyhuran kemerdekaan tersebut?

a)

Padang Kelab Selangor

b)

Stadium Merdeka

c)

Stadium Negara

d)

Istana Negara

58.

Pelbagai kesan kemerdekaan dari aspek politik dapat dilihat pada peringkat negara dan juga antarabangsa kecuali

a)

pentadbiran negara

b)

demokrasi berparlimen

c)

pertahanan negara

d)

cabaran kerajaan persekutuan

59.

Negara Komanwel yang manakah pernah memberikan bantuan pertahanan kepada Persekutuan Tanah Melayu?

I Kanada

II Australia

III New Zealand

IV Jerman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

60.

Bank X ----------> Bank yang pertama ditubuhkan oleh orang Melayu

Apakah bank yang dimaksudkan?

a)

Bank Bumiputra

b)

Bank Kebangsaan Melayu

c)

Bank Islam Berhad

d)

Bank Pertanian