NEW
Font size
WorksheetsLatihan Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
1. Apakah pandangan Professor Hons berkaitan nasionalisme ?
A. Perjuangan menuntut kemerdekaan
B. Fenomena sejagat menubuh negara sendiri
C. Perjuangan orang melayu dalam negara sendiri
D. Gerakan kesetiaan kepada negara dan bangsa
2. Nasionalisme di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.
Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?
A. Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat
B. Memantapkan kedudukan parlimen
C. Menjejaskan kedaulatan negara bangsa
D. Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja.
3.
● Revolusi Perancis
● Revolusi England
Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?
A. Memperjuangkan kedaulatan negara
B. Mempertahankan peradaban
C. Menentang penguasaan ekonomi
D. Penentangan pemerintahan beraja
4. Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di India pada awal abad ke–20.
●Bal Gangadgar Tilak
● Bipin Chandra Pal
Apakah sumbangan kedua - dua tokoh tersebut ?
A. Menggerakkan perjuangan militan.
B. Menentang kelemahan pemerintah.
C. Mempertahankan pemerintahan Islam.
D. Memberi perhatian isu sosioagama.
5.
. Semangat Bushido
Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan maksud Semangat Bushido ?
A. Taat setia.
B. Bertolak ansur.
C. Tolong menolong.
D. Sanggup berkorban.
6. Berdasarkan maklumat di bawah, bagaimanakah perjuangan Jose Rizal dilakukan ?
. Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
. Bangsa Filipina diberi kebebasan bersuara
A. Liga Filipina
B. Gerakan Sosial
C. Kerajaan Revolusi
D. Penubuhan Katipunan
7. “Hilang Gelap Terbitlah Terang ” merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada Indonesia.
Apakah kandungan buku tersebut?
A. Kemunduran peribumi.
B. Kemerdekaan negara
C. Kepentingan kerjasama.
D. Kesetiaan kepada raja.
8. Tindakan berikut telah dilakukan oleh Thailand semasa perang dunia kedua.
.Bekerjasama dengan Jepun
Apakah kesan terhadap negara tersebut ?
A. Pemantapan kuasa raja.
B. Persaingan kuasa barat
C. Pengekalan kemerdekaan
D. Penguasaan ekonomi oleh imigran.
9. Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba ) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?
A. Perjuangan melalui penulisan.
B. Perjuangan bercorak radikal.
C. Perjuangan berpendidikan agama.
D. Perjuangan terawal di Tanah Melayu.
10. Kemunculan mesin cetak telah memberi kesan kepada nasionalisme di Tanah Melayu abad ke 20.
Apakah kesan tersebut ?
A. Pentadbiran sistematik
B. Penentangan terhadap British.
C. Peningkatan sistem pendidikan.
D. Perluasan pengaruh barat.
11. Maklumat berikut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
● Diterbitkan pada 23 Julai 1906
● Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran sebenar
Apakah akhbar tersebut?
A. Saudara
B. Neracha
C. Al-Iman
D. Pengasuh
12. Antara berikut, yang manakah mencirikan Kaum Muda?ms.37
A. Terdiri daripada golongan pemuda
B. Memperjuangkan nasib golongan muda
C. Membawa idea baru dari Timur Tengah
D. Mengasingkan diri dari golongan tua.
13. Pernyataan berikut berkaitan karya kreatif yang telah lahir di Tanah Melayu.
● Mari kita berjuang
● Angan-angan dengan gurindam
● Sedarlah
Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut?ms.39
A. Memupuk semangat kebangsaan
B. Menyeru penubuhan persatuan
C. Menentang tuntutan orang dagang
D. Menuntut kemerdekaan negara
14. Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM) telah ditubuhkan pada tahun 1934.
Apakah peranan PASPAM? ms40
A. Membincangkan masalah ekonomi
B. Menggalakkan kemajuan bangsa
C. Memajukan budaya dan maruah
D. Menegakkan ajaran Islam
15.
.Kesatuan Melayu Singapura (KMS) berperanan penting dalam membela nasib orang-orang Melayu
Apakah bukti keberkesanan perjuangan kesatuan di atas? ms.40
A. Pembentukan pasukan tentera semut
B. Mendapat naungan daripada kerajaan British
C. Menghadiri Konggres Melayu di Kuala Lumpur
D. Penubuhan cawangan di negeri Melayu lain
Slogan “Tiada cukai tanpa perwakilan”dilaungkan oleh penduduk Amerika.
Mengapakah slogan tersebut dilaungkan?
British menyekat penguasaan Amerika
British tidak melindungi hak penduduk
British monopoli ekonomi Amerika
British mencampuri pentadbiran
Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut ?
Dasar tutup pintu dikuatkan
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan
Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia.
● Nasonalisme di India
● Nasonalisme di China
Apakah persamaan yang terdapat pada nasionalisme tersebut?
Membentuk negara bangsa
Menjadi kuasa imperialisme
Menamatkan penjajahan kuasa asing
Memulihkan kuasa golongan bangsawan
Perkembangan nasionalisme di Asia berbeza daripada perkembangan nasionalisme di Barat.
Bagaimanakah perkembangan nasionalisme di Barat?
Penentangan terhadap pemerintahan beraja
Penghapuskan golongan hamba
Pembentukan negara bangsa
Pembentukan parlimen
Senarai dibawah merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.
● Cerita Awang Putat
● Rumah Besar Tiang Sebatang
Apakah tema cerpen tersebut?
Menyekat pengaruh komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Memperjuangkan nasib bangsa
Mengurangkan golongan radikal
Tokoh Pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?
Melalui penulisan buku agama
Menggunakan semangat jihad
Penentangan secara gerila
Penubuhan institusi pendidikan
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel Anak Mat Lela Gila yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu?
Mencintai tanah air
Perpaduan antara kaum
Kepentingan menikmati kebebasan
Memelihara warisan tradisi
Apakah sumbangan tokoh berikut selaku Presiden Malayan Rubber Estate owner Assosiation? ms43
A. Memberi bantuan modal kepada penduduk kampung untuk mengusahakan tanaman getah
B. Membantu meningkatkan perusahaan getah semasa zaman kemelesetan ekonomi
C. Membantu meningkat harga getah di pasaran antarabangsa
D. Membantu memasarkan getah ke peringkat antarabangsa
