wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TINGKATAN 1 : PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK & TEKNOLOGI

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan reka bentuk dan teknologi?

a)

Untuk memudahkan kehidupan manusia.

b)

Untuk menambahkan beban manusia.

c)

Untuk menarik perhatian mata dunia

d)

Untuk menjaga alam sekitar

2.

Apakah maksud reka bentuk dan teknologi?

a)

Satu bidang ilmu tentang percambahan idea dalam proses penyusunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk memberi impak.

b)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberikan impak.

c)

Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.

d)

Pengalikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.

3.

Antara berikut, yang manakah elemen reka bentuk?

a)

Keseimbangan

b)

Kesatuan

c)

Ruang

d)

Penegasan

4.

Rajah di atas menunjukkan satu fungsi garisan.


Apakah fungsi garisan tersebut?

a)

Menunjukkan keseimbangan

b)

Mewakili ketegangan antara dua titik

c)

Menunjukkan kestabilan dan kerehatan

d)

Menunjukkan perhubungan antara elemen

5.

Maklumat berikut menerangkan tentang ciri-ciri sejenis warna.


  • Memberikan kesan cahaya yang rendah
  • Memberikan kesan redup, damai dan tenang


Apakah jenis warna yang mempunyai ciri-ciri di atas?

a)

Merah

b)

Kuning

c)

Jingga

d)

Ungu

6.

Antara yang berikut, yang manakah adalah prinsip reka bentuk?

a)

Garisan

b)

Tekstur

c)

Kesatuan

d)

Rupa

7.

Rajah di atas menunjukkan satu reka bentuk produk.


Apakah prinsip reka bentuk yang diaplikasikan pada produk di atas?

a)

Kepelbagaian

b)

Keringkasan

c)

Penegasan

d)

Harmoni

8.

Apakah kepentingan reka bentuk dan teknologi?

a)

Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan

b)

Memenuhi kehendak individu tertentu

c)

Menyukarkan urusan kerja

d)

Menyekat nilai invensi

9.

Antara berikut, yang manakah adalah etika dalam reka bentuk?

a)

Kreativiti

b)

Keaslian

c)

Amanah

d)

invensi dan inovasi

10.

Rajah di atas menunjukkan sejenis kek yang telah dihias.


Apakah kerjaya yang terlibat dalam penyediaan kek tersebut?

a)

Pereka bentuk fesyen

b)

Pereka bentuk grafik

c)

Pereka bentuk perkhidmatan

d)

Pereka bentuk persembahan makanan

11.

Apakah produk yang dihasilkan oleh seorang pereka bentuk grafik?

a)

Kerusi

b)

Telefon pintar

c)

pencetak 3D

d)

Logo syarikat

12.

Nyatakan definisi inovasi?

a)

Proses menghasilkan produk baharu serta belum pernah wujud sebelumnya.

b)

pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik.

c)

Suatu susunan bahan secara terancang untuk menghasilkan suatu produk baharu.

d)

Konsep untuk menyusun maklumat visual bagi menghasilkan imej dua dimensi.

13.

Apakah kaedah yang digunakan untuk mencari jalan bagi menghasilkan produk yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya?

a)

Invensi

b)

Inovasi

c)

Teknologi

d)

Reka bentuk

14.

Mengapakah bidang kesihatan mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi dalam peralatan?

a)

Memudahkan kaedah pengesanan dan perawatan

b)

Mengurangkan kos penghasilan produk

c)

Memudahkan tugas kawalan dan pemantauan

d)

Memenuhi cita rasa pengguna

15.

Dalam pembuatan produk, ciri _______________ haruslah dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.

a)

Inovasi

b)

Kualiti

c)

Ergonomik

d)

Keaslian reka bentuk

16.

Antara yang berikut, pilih perlalatan dalam bidang pendidikan yang dibangunkan melalui invensi dan inovasi reka bentuk.

a)

Jam pintar

b)

Pengesanan ergo

c)

Tablet pembelajaran

d)

Teknologi pencentak 3D

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan elemen rupa bagi sesebuah produk?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Gambar berikut merupakan sebuah produk yang memenuhi prinsip reka bentuk.


Apakah prinsip yang berkenaan?

a)

Kontras

b)

Harmoni

c)

Keseimbangan simetri

d)

Keseimbangan asimetri

19.

Apakah kriteria reka bentuk yang baik?

a)

Menghasilkan produk yang berkualiti

b)

Produk dihasilkan daripada dua objek asas

c)

Produk yang dihasilkan telah berada di pasaran

d)

Produk dijual tanpa mengenal pasti kesan kepada kesihatan pengguna

20.

Rajah berikut adalah salah satu teknik pembinaan objek.


Pernyataan manakah yang menerangkan tentang teknik pembinaan objek tersebut?

a)

Kaedah ini menggunakan glu dan pita selofan

b)

Kaedah ini menjadikan objek semakin mengecil

c)

Teknik ini memasukkan objek asas ke dalam objek lain

d)

Teknik ini menggunakan kaedah mencungkil atau memotong bahagian lain

21.

Apakah kepentingan reka bentuk dan teknologi kepada pengguna pada masa kini?


I Menjimatkan kos pengeluaran

II Menyumbang kepada kemajuan teknologi moden

III Memupuk nilai inovasi dan kreatif kepada masyarakat

IV Meningkatkan keuntungan perniagaan secara atas talian (online)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Pilih pernyataan yang menepati etika penghasilan reka bentuk yang betul


I Syarikat Kumar merupakan pengeluar mainan murah dan tidak berkualiti

II Kos pengeluaran kasut bagi syarikat Lim adalah RM50 dan harga jualan kasut adalah RM500

III Halim menggunakan tayar lama sebagai pasu bunga dirumahnya

IV Perniagaan Suzie mengeluarkan gula-gula kelapa menggunakan resepi yang direka sendiri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Gambar berikut menunjukkan sebuah produk.


Apakah kategori produk tersebut?

a)

Inovasi

b)

Invensi

c)

Produk minimum

d)

Reka bentuk dan teknologi

24.

Berikut adalah elemen reka bentuk KECUALI

a)

Garisan

b)

Ruang

c)

Warna

d)

Keseimbangan

25.

Berikut adalah bidang reka bentuk konkrit KECUALI

a)

Mesin

b)

Pengangkutan

c)

Sulaman

d)

Seramik

26.

Pilih prinsip reka bentuk yang betul.

a)

Keringkasan

b)

Tekstur

c)

Pengulangan

d)

Kepelbagaian

e)

Saiz

27.

Terdapat dua jenis keseimbangan.

a)

Konkrit

b)

Simetri

c)

Abstrak

d)

Asimetri

28.

Antara berikut yang manakah terdiri daripada warna sekunder?

a)

Jingga

b)

Biru

c)

Ungu

d)

Hijau

e)

Merah

29.

Berikut adalah kriteria reka bentuk yang baik KECUALI

a)

Kreativiti

b)

Cantik

c)

Keaslian reka bentuk

d)

Murah

e)

Ergonomik

30.

Etika dalam reka bentuk adalah

a)

Bermanfaat

b)

Harmoni

c)

Amanah

d)

Selamat digunakan