Font size
WorksheetsANTOLOGI SEJADAH RINDU DAN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan Ahmad Mutawakkil?
Beliau seorang imam kampung.
Beliau merupakan anak perempuan kepada Tuan Booth.
Beliau merupakan anak tunggal arwah Wak Sadir.
Beliau merupakan tali barut komunis.
Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil, Kecuali?
Masyarakat yang taat akan agama.
Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani dan pekebun.
Masyarakat muda yang nasionalis
Masyarakat yang bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil?
Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat meningkatkan pengetahuan
Kita hendaklah mendengar nasihat orang tua supaya hidup lebih diberkati.
Kita hendaklah memelihara tutur kata supaya tidak menyakiti hati orang lain.
Pilih pernyataan yang sesuai dengan watak "Sandra" dalam Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil
Seorang gadis kampung yang menaruh perasaan terhadap Ahmad Mutawakkil.
Seorang gadis bandar yang materialistik.
Seorang gadis yang mengajar Ahmad Mutawakkil membaca dan menulis serta berbahasa Inggeris.
Kakak kepada watak Ahmad Mutawakkil.
Pilih tema yang paling tepat bagi sajak Sejadah Rindu.
Sajak ini bertemakan keredaan terhadap Tuhan. Penyajak tidak pernah alpa dalam menunaikan solat setiap hari sejak dahulu lagi di atas sejadah yang sudah lusuh. Penyajak menganggap semua sudah ditakdirkan oleh Tuhan dan sebagai hamba-Nya perlulah reda atas segala takdir Tuhan kerana dunia ini hanya sementara.
Sajak ini bertemakan ketuhanan dan ketaatan seseorang pada agama. Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon keampunan dengan bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.
Sajak ini bertemakan keinsafan seseorang terhadap dosa yang pernah dilakukannya. Penyajak berdoa agar diberi keampunan bagi segala kesilapan lalu dan memohon supaya dirinya diberi keamanan dunia dan akhirat.
Sajak ini bertemakan nasihat agar patuh akan perintah Tuhan. Penyajak menasihati kita agar sentiasa menjaga tingkah laku sendiri agar tidak membuat kesilapan dan melakukan perkara berdosa. Penyajak kesal atas kesilapan silamnya dan ingin mendapat keampunan daripada Tuhan sebelum meninggal dunia kelak.
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
Pilih maksud yang paling tepat bagi baris sajak di atas.
Penyajak yang khusyuk bersembahyang di atas kain sejadah dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam mula terbit di dalam hati.
Penyajak bersujud di atas sehelai kain sejadah sambil melafazkan taubat dan membaca ayat-ayat suci.
Penyajak menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya.
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penyajak mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya.
Pilih persoalan-persoalan yang bertepatan dengan sajak Sejadah Rindu.
Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan
Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan
Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa
Sifat kasih sayang terhadap agama
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
Pilih nilai yang berkaitan dengan rangkap sajak Sejadah Rindu di atas.
Nilai keikhlasan
Contohnya: Penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata.
Nilai kejujuran
Contohnya: Penyajak jujur akan kesalahan yang pernah dilakukannya dan berjanji akan bertaubat.
Nilai ketaatan
Penyajak taat kepada pencipta dan hanya berharap kepada pengampunan daripada Pencipta.
Nilai keberanian
Penyajak berani mengakui kesalahan yang pernah dilakukannya dan berdoa agar Tuhan akan mengampuni dosanya.
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari pencipta dalam gemuruh.
Pilih pengajaran yang paling sesuai bagi rangkap sajak di atas.
Kita hendaklah insaf akan kesalahan diri dan memohon keampunan daripada Tuhan.
Kita wajar menunaikan solat setiap hari agar diberi keampunan.
Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya sementara.
Apakah tema bagi sajak Sejadah Rindu?
Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa
Ketaatan kepada Raja dan Negara
Ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama
Ketaatan seseorang terhadap ketua
BERIKUT MERUPAKAN WATAK SAMPINGAN DALAM CERPEN INI KECUALI:
MEL
BONDA
MUNSYI
SIAPAKAH MUNSYI?
KAWAN LAMA BONDA
KAWAN BAIK MEL
TEMA CERPEN MUNSYI IALAH:
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara
Keinginan anak muda berhijrah ke kampung
Mengapakah ibu Mel berasa bimbang untuk membenarkannya ke bandar?
Penularan virus
Terpengaruh akan budaya negatif
Adanya rusuhan
Perwatakan watak Munsyi ialah seorang yang
cinta akan budaya Melayu
cinta akan budaya India
cinta akan budaya Cina
Mel menghayati cerita ibunya tentang:
pertumpahan darah yang berlaku di tanah melayu
penularan virus yang berbahaya
sains dan fiksyen
Mel juga menghayati teks:
Sejarah Melayu & Hang Tuah
Sains & Matematik
Kesusateraan Tamil & Cina
Semasa Mel berada di kota, Mel berasa
Masyarakat tidak menghormati BM dan melanggar hukum agama
Masyarakat hidup bekerjasama dan aman damai
Mengapakah Mel berasa sedih pada bahagian akhir cerita ini?
rumah dan buku-buku Munsyi musnah
masyarakat kota tidak mahu berkawan dengan Mel
Apakah tujuan Tun Perak membawa orang Kelang bersama dengan anak dan isteri mereka ke Melaka?
supaya para isteri dapat menjadi tukang masak
supaya orang Kelang berperang dengan bersungguh-sungguh demi melindungi anak dan isteri mereka.
supaya golongan wanita menjadi perawat kepada tentera yang luka, manakala kanak-kanak menjadi pasukan tentera tambahan
Mengapakah Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka setelah peperangan tersebut tamat?
kerana kagum dengan kebijaksanaan Tun Perak
kerana terhutang budi dengan bantuann yang diberikan
kerana ingin memenuhi amanat ayahnda baginda sultan
Tindakan Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka menyebabkan .......................... berasa tidak puas hati.
Seri Amarta
Seri Nara Diraja
Dato' Lembaga
Demi mendamaikan perbalahan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja baginda sultan telah
melantik Seri Nara Diraja sebagai Raja Dihilir
menjadikan Seri Nara diraja sebagai pemangku Sultan
menikahkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, isteri baginda setelah diceraikan dan habis edah Tun Kudu.
Berikut merupakan maksud rangkai kata " menyuruh berlengkap" KECUALI
Membuat persiapan
Menyediakan persalinan
Bersiap siaga
Kekalahan Siam menyerang Melaka buat kali kedua menyebabkan Paduka Bubunnya marah, lalu anak baginda yang bernama ................. telah menawarkan diri untuk meneruskan misi paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka.
Cin Cau
Cau Phraya
Cau Pandan
