wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenal oleh British untuk menggantikan .....

a)

British Military Administration

b)

Federation of Malaya

c)

Malayan Union

d)

British Borneo Civil Affair Unit

2.

Sebuah .............. ditubuhkan untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

a)

Jawatankuasa Kerja

b)

Jawatankuasa Tadbir Urus

c)

Majlis Mesyuarat Negeri

d)

Jawatankuasa Perundangan

3.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada __________ unuk mengantikan Perlembagaan Malayan Union.

a)

1 Februari 1948

b)

1 Mac 1948

c)

1 Februari 1946

d)

1 Mac 1946

4.

Satu Jawatankuasa Kerja telah dilantik yang terdiri daripada 2 wakil UMNO, 4 wakil Raja-Raja Negeri Melayu dan 6 pegawai British untuk merangka perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union.

a)

Ya

b)

Tidak

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu? (Pilih 3)

a)

Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union

b)

Gesaan Piagam Atlantik 1945

c)

UMNO menuntut kemerdekaan segera

d)

Sokongan pegawai-pegawai tinggi British

6.

Orang Melayu dipimpin oleh ______________ menunjukkan ketegasan menentang Malayan Union.

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Onn Ja'afar

c)

Dato' Ja'afar Onn

d)

Dato' Bahaman

7.

X-

Y- Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin

Z- Haji Megat YuNus


X,Y dan Z menunjunjukkan wakil UMNO dalam Jawatankuasa Kerja. Siapakah X?

a)

Dato' Hamzah Abdullah

b)

Dato Nik Ahmad Kamil Ahmad Mahmud

c)

Dato' Onn Jaafar

d)

Haji Mohammad Sheriff Osman

8.

Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action ( AMCJA). AMCJA terdiri daripada


  • Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)
  • Malayan Democratic Union (MDU)
  • Malayan Indian Congress (MIC)


Siapakah yang mengetua AMCJA?

a)

Dr. Ismail Abdul Rahman

b)

John Thivy

c)

Tan Cheng Lock

d)

Abdul Samad Ismail

9.

Apakah sumbangan nasionalism Melayu radikal?

a)

membebaskan tanah air daripada penjajahan

b)

menyatukan seluruh Tanah Melayu

c)

berkromporomi dengan penjajah

d)

memperjuangkan hak kaum Melayu sahaja

10.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dianggap sebagai satu kejayaan orang Melayu.

Antara berikut faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kecuali...

a)

Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union

b)

Orang Melayu mengamalkan sikap politik sederhana

c)

UMNO dan Raja-raja Melayu tidak mendesak untuk mencapai kemerdekaan

d)

Penduduk Tanah Melayu sudah bersedia untuk berkerajaan sendiri

11.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah bertepatan dengan kehendak Piagam

Atlantik 1948 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Piagam

tersebut adalah

a)

Tdak menggalakkan penjajahan baru, tetapi negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri

b)

Tidak menggalakkan negara-negara kolonial memberi kemerdekaan negara

c)

Tidak menggalakkan negara-negara kolonial mengawal secara langsung negeri jajahan

d)

Memberi kemerdekaan dengan segera kepada tanah jajahan

12.

Berikut adalah perkara yang dituntut oleh orang Melayu semasa perbincangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kecuali

a)

Menolak semua prinsip Malayan Union

b)

Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union

c)

British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu

d)

Meminta dasar perlindungan terhadap negeri Melayu dan orang Melayu

13.

Apakah sebab perundingan Persekutuan Tanah Melayu ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu?

a)

Kemerdekaan tidak akan diberikan

b)

Mahukan negara aman

c)

Tidak disertai oleh wakil orang dagang

d)

Orang dagang tiada hak keistimewaan

14.

Perlembagaan Rakyat 1947 yang dicadangkan oleh Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya meliputi perkara berikut kecuali

a)

Meneruskan konsep Melayu Raya

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu

c)

Kedudukan Singapura dalam Persekutuan

d)

Latar belakang bendera Tanah Melayu

15.

Struktur pentadbiran dalam Persekutuan 1948 telah menunjukkan bahawa

a)

Majlis Raja-raja Melayu bertanggungjawab ke atas sultan neger

b)

wujud pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri

c)

Majlis Eksekutif dan perundangan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi

d)

perlantikan Menteri Besar ditentukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British

16.

Rakyat British di bawah Persekutuan Tanah Melayu 1948 merujuk kepada mereka yang

a)

tinggal dan lahir di Singapura

b)

tinggal dan lahir di Tanah Melayu

c)

tinggal dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka

d)

tinggal dan lahir di negeri-negeri Melayu

17.

Pengenalan semula konsep Rakyat Raja dalam Persekutuan 1948 membuktikan bahawa

a)

kuasa mutlak raja-raja Melayu tidak diterima

b)

kedudukan istemewa orang Melayu tidak dilindungi

c)

Tiada perlindungan status quo negeri-negeri Melayu

d)

Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu

18.

Perjanjian bertulis antara British dengan Raja-raja Melayu dalam Persekutuan 1948 dikenali juga sebagai kontrak sosial.

Apakah kontrak sosial tersebut?

a)

Hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan

b)

Hak istimewa rakyat British yang menetap di Tanah Melayu

c)

Hak istimewa orang British yang masih menguasai Tanah Melayu

d)

Hak istimewa kaum imigran di Tanah Melayu

19.

• Dato’ Onn Ja’afar

• Dato’ Nik Ahmad


Apakah persamaan di antara kedua-dua tokoh di atas ialah

a)

Menentang pembentukan Malayan Union

b)

Mendesak British melindungi bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu

c)

Menubuhkan pertubuhan menuntut kemerdekaan

d)

Berjuang menentang British di Tanah Melayu

20.

Pantun yang berikut menggambarkan sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.


Dari Bentan ke Kuala Sedili,

Singgah berjaja di Batu Pahat,

Syarat kewarganegaraan secara jus soli,

Kuasa raja turut tergugat.


Bagaimanakah orang Melayu menangani isu tersebut?

a)

Membentuk jawatakuasa perundingan

b)

Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

Memajukan ekonomi peribumi

d)

Mengadakan tunjuk perasaan

21.

Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?

a)

Parti politik digabungkan

b)

Berkuasa mengawal pentadbiran

c)

Syarat kewarganegaraan dipermudah

d)

Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi

22.

Mengapakah gabungan PUTERA_AMCJA ditubuhkan pada tahun 1947?

a)

Menentang Malayan Union

b)

Mengeratkan perpaduan kaum

c)

Memajukan pembangunan ekonomi

d)

Menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

23.

Antara berikut, manakah DUA ciri Perjanjian Persekutan Tanah Melayu 1948 dalam aspek pentadbiran?

a)

Kerajaan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Sebuah Majlis Raja-Raja dibentuk

c)

Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu

d)

Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan

24.

Majlis Mesyuarat Persekutuan

Majlis Perundangan Persekutuan

Apakah fungsi kedua-dua majis tersebut?

a)

Melaksanakan pilihan raya umum

b)

Menggubal perlembagaan negara

c)

Mengawal kuasa Raja-raja Melayu

d)

Membantu Pesuruhjaya Tinggi British

25.

Apakah DUA syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang?

a)

Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British

b)

Pemohon yang lahir di luar negeri ayahnya mestilah rakyat Raja dan rakyat British

c)

Dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu

d)

Bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun permohonan

26.

Apakah DUA syarat kewarganegaraan secara pendaftaran?

a)

Memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat

b)

Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh perjanjian PTM

c)

Dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu

d)

Bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun permohonan

27.

Menurut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Ahmad dan Aminah mendapat kewarganegaraan melalui

a)

tuntutan

b)

pendaftaran

c)

permohonan

d)

prinsip jus soli

28.

Menurut Perlembagaan PTM 1948, status kewarganegaraan Swee Ling dan Shanti ialah

a)

Rakyat Raja

b)

Rakyat British

c)

Rakyat Negeri Melayu

d)

Rakyat Malayan Union

29.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian PTM 1948?

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Kemerdekaan mutlak dicapai

c)

Kepimpinan tempatan diiktiraf

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

30.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memberi kesan terhadap pemerintahan beraja di Tanah Melayu.

Apakah kesan tersebut? (Bab 5.4)

a)

Penubuhan Majlis Raja-raja

b)

Pelaksanaan sistem penasihat

c)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

d)

Penyelarasan sistem Pesuruhjaya Tinggi British