wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah T4 Bab 1-2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

2.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

3.

Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?


I Undang-undang Pelabuhan Melaka

II Undang-undang Adat Melaka

III Undang-undang Laut Melaka

IV Hukum Kanun Melaka

a)

A. I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

4.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

5.

Jadual yang berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke 17 dan abad ke 18.


Tahun Revolusi


1688 Revolusi Keagungan di England

1789 Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuhkan

d)

Kerajaan perlembagaan ditegakkan

6.

Jadual berikut berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand .


Pemerintah Thailand


Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand.


Mengapakah pemerintahan Thailand mengambil tindakan tersebut?

a)

Menyaingi kuasa besar

b)

Mengukuhkan kuasa rakyat

c)

Mengekalkan kedaulatan negara

d)

Memantapkan kedudukan parlimen

7.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.


" Rumah Besar Tiang Sebatang "

" Cerita Awang Putat "

" Di sini Kita Bukannya Orang Dagang "


Apakah tema cerpen tersebut?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

8.

Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa bermula

a)

sebelum kedatangan Barat

b)

selepas kedatangan Barat

c)

semasa pemerintahan Barat

d)

sewaktu penjajahan Barat

9.

Kerajaan berikut terletak di selatan dan tengah Vietnam

    Kerajaan  Champa

Apakah pusat pentadbiran kerajaan tersebut?

a)

Inderapura

b)

Palembang

c)

Champa

d)

Harihalaya

10.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran,peraturan,masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.


Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.


I Wilayah naungan

II Wilayah taklukan

III Kerajaan

IV Undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

"Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya"


Siapakah nama tokoh yang mengemukakan pernyataan tersebut?

a)

Profesor William R.Roff

b)

Hans Kohn

c)

Dr.R.Suntharalingam

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

12.

Yang manakah antara berikut merupakan maksud nasionalisme?

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Usaha mewujudkan empayar yang luas

c)

Usaha meningkatkan martabat sesebuah negara

d)

Perjuangan menentang penjajahan

13.

Antara yang berikut, yang manakah matlamat nasionalisme di China?

a)

Mempertahankan tradisi dan peradaban China

b)

Menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu

c)

Menyokong pemerintahan Barat

d)

Meluaskan empayar

14.

Semangat bushido merupakan asas pembinaan nasionalisme semasa era pemulihan Meiji.

Antara berikut, yang manakah maksud semangat bushido?

a)

Sikap yang sanggup menanggung risiko

b)

Bersungguh-sungguh mencapai cita-cita

c)

Bersemangat menentang musuh

d)

Menentang menggunakan kekejaman

15.

Apakah tuntutan Filipina dalam Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal?

a)

Menuntut Sepanyol melakukan perubahan politik

b)

Menuntut kemerdekaan segera

c)

Menuntut kewarganegaraan Sepanyol

d)

Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol

16.

Kebangkitan nasionalisme di Burma turut dipengaruhi oleh Revolusi Pelajar. Apakah faktor tercetusnya revolusi ini?

a)

Menuntut hak bersuara pelajar universiti

b)

Menentang pengaruh Barat

c)

Menuntut penubuhan sebuah universiti

d)

Memperjuangkan hak asasi pelajar

17.

Nama asal Thailand ialah (a)  

18.

Nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalisme lain yang berlaku di Asia Tenggara.

a)

Menentang penjajah

b)

Mempertahankan kedaulatan Thailand

c)

Menjunjung pentadbiran raja berkuasa mutlak

d)

Mendapatkan kemerdekaan

19.

Pelaksanaan birokrasi Barat oleh Raja Mongkut dalam sistem pentadbiran Thailand adalah untuk membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis.


Apakah kesan daripada tindakan Raja Mongkut tersebut?

a)

Thailand berjaya meluaskan empayarnya

b)

Thailand menjadi kuasa ekonomi yang kuat di Asia Tenggara

c)

Thailand berjaya mengekalkan kedaulatannya

d)

Thailand setanding dengan kuasa-kuasa Barat

20.

Apakah kesan Revolusi Thai 1932 terhadap politik Thailand?

a)

Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan

b)

Meneruskan sistem raja berkuasa mutlak

c)

Pelaksanaan birokrasi Barat dalam pentadbiran

d)

Pendidikan Barat diperluaskan