wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM P1

Total questions: 30

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan berkaitan dengan ciri-ciri negara berdaulat?

a)

Mempunyai ideologi sendiri

b)

Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain (Legitimasi)

c)

Bebas membuat keputusan tanpa pengaruh pihak asing/ luar

d)

Mempunyai penduduk yang tinggal tetap di wilayah tadbiran

2.

Di antara mahkamah-mahkamah berikut, yang manakah tidak boleh menjatuhkan hukuman bersalah dalam keputusan

a)

Mahkamah Juvana

b)

Mahkamah Koroner

c)

Mahkamah Perusahaan

d)

Mahkamah Bumiputera

3.

Yang manakah tertakluk kepada kepada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?

a)

memecat Menteri Kabinet

b)

melantik Ketua Hakim Negara

c)

memperkenankan pindaan perbelanjaan kerajaan

d)

memberikan persetujuan kepada permintaan untuk pembubaran Parlimen

4.

Yang manakah sumber kewangan Kerajaan Negeri?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

cukai eksais

b)

hasil bayaran zakat fitrah

c)

bayaran lesen paparan iklan

d)

bayaran kompaun kesalahan trafik

5.

Kim Jong Kok dari Korea ditangkap ketika berada di dalam Kapal Terbang berdaftar di Malaysia kerana membawa senjata berbahaya


Mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa mengadili kes tersebut di atas?

a)

Mahkamah Negara asal beliau

b)

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

c)

Perintah ekstradisi ke negara asal beliau

d)

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

6.

Yang manakah benar tentang kebebasan Asasi ?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

seseorang pemastautin tetap boleh menyertai pilihan raya di Malaysia

b)

semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas wajib mengundi

c)

semua orang adalah sama di sisi undang-undang tanpa mengira keturunan, warna kulit atau agama

d)

semua orang yang ditangkap perlu dihadapkan kepada majistret dalam tempoh 24 jam hari bekerja

7.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar mengenai Perbendaharaan ?

a)

Menggubal dasar perkhidmatan awam

b)

Mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan

c)

Menyediakan sistem yang sesuai untuk mendapatkan wang

d)

Menyediakan rancangan pembangunan Kebangsaan Lima Tahun

8.

Encik Raymond mengamuk dengan menggunakan parang panjang di stesen bas Kuantan


Encik Raymond boleh ditahan melalui

a)

Saman

b)

Waran Tangkap

c)

Writ Mahkamah

d)

Tangkapan Tanpa Waran

9.

Yang manakah diambil kira dalam pembahagian bidang kuasa mahkamah awam di Malaysia?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

berat kes dari segi hukuman

b)

jenis kes dari segi sivil atau jenayah

c)

bukti kes yang mencukupi mendakwa seseorang

d)

jumlah wang yang terlibat dalam kes sivil

10.

Tadbir urus terbaik sektor awam berteraskan kepada

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

ketelusan pengurusan

b)

karenah birokrasi

c)

Integriti dan Amanah

d)

Penguatkuasaan undang-undang yang ketat

11.

Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Penduduk yang tetap

b)

Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar

c)

Mempunyai sistem kerajaan yang teratur

d)

Mempunyai identiti sendiri

12.

Yang manakah bidang kuasa tambahan negeri bagi Sabah dan Sarawak?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Undang-undang dan adat negeri

b)

Perkhidmatan bomba

c)

Pendidikan anak negeri

d)

Pelabuhan dan pengkalan

13.

Hang Li Po, seorang warganegara China, berkahwin dengan Hang Jebat, seorang warganegara Malaysia. Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Hang Li Po menjadi warganegara Malaysia?

(Pilihan 2 jawapan betul)

a)

Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun

b)

Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia

c)

Dia membuat permohonan melalui cara masukan

d)

Dia berkelakuan baik

14.

Yang manakah jawatan di bawah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan rundingan dengan Majlis Raja-raja?

a)

Jemaah Menteri

b)

Peguam Negara

c)

Ketua Audit Negara

d)

Ketua Setiausaha Kementerian

15.

Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk

a)

mengelakkan penyalahgunaan kuasa

b)

melibatkan rakyat dalam pentadbiran

c)

melaksanakan sistem demokrasi tulen

d)

mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama

16.

Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Raja yang berdaulat

b)

Penduduk yang tetap

c)

Sistem ekonomi yang kukuh

d)

Sistem kerajaan yang teratur

17.

Yang manakah membentuk sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Kerajaan Monarki

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Ketertinggian Parlimen

d)

Demokrasi Berparlimen

18.

"Suatu badan tidak boleh mengawal atau mengatasi badan yang lain kerana ini akan menyebabkan kepincangan dalam sistem demokrasi


Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Pemusatan kuasa

b)

Pengasingan kuasa

c)

Penyelarasan kuasa

d)

Pembahagian kuasa

19.

Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh

a)

Pengundian dijalankan

b)

Penamaan calon pilihan raya

c)

Keputusan pilihan raya diwartakan

d)

Mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

20.

Yang manakah kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong ?

a)

Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

b)

Mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen

c)

Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen

d)

Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

21.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah

a)

diluluskan oleh Dewan Rakyat

b)

diisytiharkan oleh Perdana Menteri

c)

diwartakan sebagai Warta Kerajaan

d)

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

22.

Yang manakah yang benar tentang ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Undang-undang yang tertinggi negara

b)

Undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan

c)

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan

d)

Parlimen mempunyai kuasa penuh untuk membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

23.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

b)

Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya

c)

Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya

d)

Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya

24.

Yang manakah ciri Perlembagaan Persekutuan?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Tidak boleh dipinda

b)

Mempunyai sifat ketertinggiannya

c)

Mempunyai 15 Bahagian dengan 183 Perkara

d)

Mengandungi undang-undang bertulis dan tidak bertulis

25.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang persidangan Parlimen?

a)

Jarak masa antara dua persidangan boleh melebihi selang enam bulan

b)

Parlimen akan bersidang semula dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran

c)

Pembentangan rang undang-undang merupakan mesyuarat penting dalam persidangan Parlimen

d)

Yang di-Pertuan Agong akan menyampaikan titah ucapan perasmian dan penutup persidangan Parlimen

26.

Yang manakah yang benar tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Setiausaha Majlis Raja-Raja

b)

Perlantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Meminta Majlis Raja-Raja bermesyuarat bagi memecat YDPA

d)

Memegang jawatan selama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

27.

Yang manakah yang benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja?

a)

Melantik pemangku raja kepada YDPA

b)

Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas

c)

Mengumumkan pelantikan Yang di-Pertuan Agong

d)

Menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pentadbiran negara

28.

Encik Yusuf lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.


Yang manakah cara Encik Yusuf untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Percantuman wilayah

c)

Pendaftaran

d)

Masukan

29.

Yang manakah langkah penyelesaian sekiranya percanggahan berlaku antara undang- undang Persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

Mahkamah akan meminda undang-undang tersebut

b)

Keseluruhan undang-undang negeri akan dibatalkan

c)

Perisytiharaan tidak sah akan dibuat di Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu

d)

Undang-undang Persekutuan akan dugunapakai dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggah

30.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang peranan sesebuah kerajaan ?

(Pilih 2 jawapan betul)

a)

memastikan keamanan dan kententeraman

b)

menyediakan kemudahan

c)

memberi bantuan kewangan

d)

memberi suaka politik