wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata nama

Total questions: 55

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.
Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
a)
orang
b)
haiwan
c)
makhluk ghaib
d)
tanaman
2.
Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
a)
kelapa sawit
b)
bunga
c)
getah
d)
padi
3.
Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
a)
hati
b)
garam
c)
nasi
d)
daging
4.
__________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
a)
batik
b)
gamelan
c)
nasyid
d)
dodol
5.
__________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
a)
nyanyian
b)
masakan
c)
tarian
d)
pakaian
6.
__________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
a)
gadis
b)
wanita
c)
pemuda
d)
pemudi
7.
Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
a)
doktor
b)
petani
c)
perwira
d)
guru
8.
 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
a)
bilik air
b)
bilik gerakan
c)
bilik bacaan 
d)
bilik stor
9.
Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
a)
labu-labu
b)
kisi-kisi
c)
dekak-dekak
d)
kuda-kuda
10.
__________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
a)
kanak-kanak
b)
laki-laki
c)
pelajar-pelajar
d)
budak-budak
11.
__________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
a)
tanah-tanih
b)
kayu-kayan
c)
batu-batan
d)
bukit-bukau
12.
Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
a)
dalam
b)
bawah
c)
tengah
d)
atas
13.
 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
a)
buah-buah
b)
buku-buku
c)
bekas-bekas
d)
barang-barang
14.
Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok rambutan.
a)
tepi
b)
atas
c)
bawah
d)
belakang
15.
Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
a)
murid
b)
pelatih
c)
pelajar
d)
mahasiswa
16.
__________ kelapa sudah berkaparan di tepi pantai itu.
a)
daun
b)
pelepah
c)
mayang
d)
batang
17.
Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
a)
poskad
b)
majalah
c)
surat khabar
d)
surat berdaftar
18.
Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
a)
arnab
b)
kucing
c)
kambing
d)
kura-kura
19.
 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Proton buatan __________.
a)
Indonesia
b)
Jepun
c)
Malaysia
d)
Kuala Lumpur
20.
Pada hari __________ yang lalu, Fayed dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka.
a)
isnin
b)
rabu
c)
selasa
d)
jumaat
21.

Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam

a)

Kata nama am

b)

Kata nama khas

22.

Kenal pasti kata nama am

a)

pelukis

b)

Si Tompok

c)

Cikgu SIti

23.

Kata nama am.

a)

belon

b)

Bank Rakyat

c)

balai polis

d)

Pasar Raya TF-Value Mart

24.

Kata nama khas

a)

Doktor Iqbal

b)

Sang Semut

c)

gajah

d)

nelayan

25.

Mereka sedang membaca __________.

a)

surat khabar

b)

majalah

c)

buku cerita

d)

kad ucapan

26.

Pilih kata nama am yang betul.


Abang membina istana pasir.

a)

Abang

b)

istana

c)

membina

d)

pasir

27.

Yang manakah BUKAN kata nama am ?

a)

Siti Aisyah

b)

murid

c)

cikgu

28.

Yang manakah antara berikut adalah contoh kata nama khas?

a)

sekolah

b)

ayah

c)

Hospital Shah Alam

29.

Yang manakah antara berikut merupakan contoh kata nama am?

a)

Klinik Ajwa

b)

polis

c)

Sekolah Kebangsaan Taman Murni

30.

Alisa mencuci ... sekolahnya setiap hari Sabtu.

a)

kasut

b)

mulut

c)

kereta

31.

Yang manakah antara berikut merupakan kata nama am,kategori haiwan?

a)

bangau

b)

kolam

c)

adik

32.
Yang manakah kata nama am hidup bukan manusia?
a)
Jibrail
b)
Malaikat
c)
Proton Saga
d)
Buku
33.
Yang manakah kata nama khas hidup bukan manusia?
a)
Kucing
b)
Si Tompok
c)
Ayam
d)
Bunga raya
34.
Yang manakah kata nama khas bukan manusia?
a)
Hospital Nur Zahirah
b)
Bunga ros
c)
Kereta sorong
d)
Malaikat
35.
pintu
a)
Kata nama am
b)
Kata nama am
36.
almari
a)
Kata nama am
b)
Kata nama khas
37.
perumahan
a)
Kata nama am
b)
Kata nama khas
38.
Taman Murni
a)
Kata nama am
b)
Kata nama khas
39.
Rantau Panjang
a)
Kata nama khas
b)
Kata nama am
40.
"__________ berdua telah tersesat di dalam bandar,"Aidil memberitahu pegawai polis itu.
a)
Dia
b)
Aku
c)
Saya
d)
Kami
41.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

42.
Ahmad dan Zamri telah bersetuju hendak bekerja di Singapura. __________ akan bertolak ke sana esok.
a)
Mereka
b)
Kalian
c)
Kita
d)
Kami
43.
"Azim, Hafiz dan Badrul tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Musa.
a)
mereka
b)
beliau
c)
awak
d)
dia
44.

"Ibu, duit __________ hilang,"kata Amin kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

dia

45.

Malihah dan Haziqah bersahabat baik. ______________ tinggal sekampung

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Kami

d)

Kamu

46.

Anis seorang anak yang berdikari. _______ melakukan semua kerja dengan sendiri

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Mereka

d)

Saya

47.

"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

kalian

48.

"_____ akan berjumpa dengan Cikgu Siti pada petang nanti" kata David kepada Siva.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Kami

49.

Yang manakah bukan kata nama khas?

a)

Rozali

b)

SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

c)

Poland

d)

Emak

50.

Apakah contoh kata nama ganti diri pertama?

a)

Dia

b)

Beta

c)

Awak

d)

Kamu

51.

Tandakan semua kata nama am.

a)

lari

b)

baju

c)

sekolah

d)

minum

e)

pensel

52.

Cikgu Ramli telah membeli sebuah kereta baharu berjenama Honda pada bulan Januari yang lalu.


Tandakan kata nama khas yang terdapat pada ayat di atas.

a)

Ramli

b)

kereta

c)

Honda

d)

bulan

e)

Januari

53.

Pilih kata nama am dalam ayat di bawah.


Mimi suka bermain basikal pada waktu petang.

a)

Mimi

b)

bermain

c)

basikal

d)

suka

54.

Pilih kata nama am pada ayat di bawah.


Raju akan ke Pulau Langkawi bersama keluarganya dengan menaiki kapal terbang.

a)

Pulau Langkawi

b)

dengan

c)

menaiki

d)

kapal terbang

55.

Pilih kata nama khas dalam ayat berikut.


Ramai murid di sekolah ini memakai kasut berjenama Bata.

a)

Ramai

b)

sekolah

c)

kasut

d)

Bata