wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

quizzi Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikan 3 tujuan menanam secara fertigasi?

a)

Pemberian baja yang lebih berkesan

b)

Mengurangkan kos operasi

c)

Memudahkan kawalan serangga dan perosak

d)

Mengelakkan tanaman dijangkiti penyakit

2.

Manakah antara berikut bukan sistem hidroponik?

a)

Teknik aliran cetek

b)

Teknik pengairan titis

c)

Aeroponik

d)

Teknik aliran deras

3.

Pilih 3 kelebihan sistem fertigasi

a)

Mengatasi masalah tanah tidak subur

b)

Masalah merumpai sangat rendah

c)

Pengurangan hasil tanaman

d)

Penggunaan air secara efisien

4.

Sistem fertigasi sangat sesuai untuk tanaman berikut...

a)
b)
c)
d)
5.

Apakah 2 kebaikan menggunakan struktur perlindungan hujan (SPH)?

a)

Peningkatan hasil tanaman

b)

Mengurangkan penggunaan racun perosak

c)

Menjimatkan penggunaan baja

d)

Mengelakkan tanaman daripada cepat layu

6.

Apakah kelebihan sistem fertigasi berbanding sistem konvensional?

a)

Sesuai untuk semua jenis tanaman

b)

Perlukan tanah yang subur

c)

Keseragaman pokok

d)

Modal yang tinggi

7.

Apakah 3 komponen utama sistem fertigasi?

a)

Medium

b)

Alur masuk

c)

Sumber

d)

Alur keluar

8.

Apakah fungsi alat di atas?

a)

Menakung larutan baja

b)

Menapis benda asing

c)

Mengatur masa yang telah ditetapkan

d)

Mengepam larutan baja dan air

9.

Antara berikut yang manakah tidak sesuai digunakan sebagai media tanaman dalam sistem fertigasi?

a)

Sekam padi

b)

Coco peat

c)

Rumpai laut

d)

Peat moss

10.

Berikan 3 jenis sistem pengairan dalam sistem fertigasi.

a)

Pengairan titis

b)

Semburan air

c)

Semburan kabus

d)

Pengairan percikan

11.

Sistem fertigasi membolehkan larutan baja dan air dibekalkan serentak ke zon akar tanaman dengan menggunakan

a)

sistem pengairan

b)

struktur perlindungan hujan

c)

alat pengatur masa

d)

media penanaman

12.

Set penitis yang digunakan dalam sistem fertigasi terdiri daripada

I nipple

II tiub mikro

III paip poli

IV penitis

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

Rajah menunjukkan lakaran penyambungan sistem pengairan kepada tangki nutrien dalam sistem fertigasi.

Bahagian manakah telah salah dilabelkan?

a)

Tiub mikro

b)

Siku 90o

c)

Penitis

d)

Paip tertier

14.

Reka bentuk sistem fertigasi terdiri daripada teknik penyusunan _______ dan ________.

I jejari

II bertingkat

III gegelang

IV terbuka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

pengurusan tanaman melibatkan kerja-kerja ...

a)

pengairan kos

b)

pengawalan tenaga kerja

c)

pemeriksaan kualiti air

d)

pengurusan dan penjagaan

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem fertigasi?

a)

Sistem penghasilan tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan rapi

b)

Sistem yang menggunakan medium penanaman selain daripada tanah

c)

Sistem pembajaan tanaman yang mudah dihasilkan dengan rapi

d)

Sistem pengeluaran tanaman komersial menggunakan sistem moden

17.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan sistem fertigasi

a)

Memerlukan cahaya matahari secara langsung tidak kurang enam jam

b)

Diletakkan di bawah teduhan untuk proses fotosintesis

c)

Medium penanaman tidak perlu disiram dengan kerap

d)

Memerlukan medium tanaman yang kaya nutrien

18.

Pilih tujuan utama bagi penanaman secara sistem fertigasi

I Memudahkan pengawalan serangga perosak tanaman

II Menjimatkan kos pembajaan kerana dilarutkan dengan air

III Memudahkan proses pembajaan yang berkesan

IV Dapat meningkatkan hasil tanaman

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

19.

Antara berikut, yang manakah merupakan teknik sistem fertigasi?

a)

Aeroponik

b)

Teknik takung

c)

Teknik pasang surut

d)

Teknik pengairan titis

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan penanaman secara fertigasi?

I Pemberian baja yang lebih berkesan

II Pemberian air yang lebih berkesan

III Memudahkan pengawalan air dan baja

IV Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV