NEW
Font size
WorksheetsSejarah Kertas 1 SPMU 2017
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu.
Apakah unsur-unsur tersebut?
Bandar dan seni
Lahiriah dan falsafah
Lahiriah dan rohaniah
Bandar dan budaya
Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang.
Hal ini melambangkan ..............
kekayaan
kepatuhan agama
kekuasaan pemerintah
kemahiran pengukir
Maklumat berikut berkaitan dengan Tiang Asoka.
Mengapakah tiang tersebut diletak di tepi jalan?
Memudahkan rakyat membaca
Mempamerkan ketinggian seni
Melambangkan kemahiran penduduk
Membuktikan kemasyhuran pemimpin
Sresthin adalah sebuah pertubuhan perdagangan yang ditubuhkan di India.
Apakah matlamat penubuhan tersebut?
Melahirkan pekerja mahir
Mengawal kadar gaji pekerja
Menjaga kepentingan majikan
Menetapkan had masa bekerja
Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.
· Angkor
· Srivijaya
Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut?
Mengutamakan pendidikan golongan bangsawan
Menerima pertuanan China
Menerima pengaruh Hindu-Buddha
Menjalin perdagangan dengan Funan
Bagaimanakah pemerintah kerajaan agraria di Asia Tenggara memajukan sektor pertanian?
Membina sistem pengairan
Membawa masuk tenaga buruh
Menaik taraf kemudahan pelabuhan
Memperkenal kaedah penggiliran tanaman
Orang musyrikin Quraisy Makkah menentang penyebaran ajaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW kerana ...........
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW telah menguasai semula kota Makkah.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Pembahagian wilayah
Bilangan penduduk bertambah
Sistem kabilah diteruskan
Unsur jahiliah dihapuskan
Setelah rombongan orang Islam dari Madinah disekat di Hudaibiyah pada tahun 628 Masihi, Rasulullah SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan menemui pemimpin Quraisy di Makkah.
Mengapakah Rasulullah SAW bertindak sedemikian?
Memberi peringatan
Menjelaskan tujuan kedatangan
Membuat rundingan kedamaian
Meninjau kekuatan tentera musuh
Gambar 1 menunjukkan sambutan Maal Hijrah di Malaysia.
Sambutan tersebut diadakan setiap tahun untuk memperingati ................
perjuangan umat Islam
turunnya wahyu pertama
pembukaan semula kota Makkah
kelahiran Nabi Muhammad SAW
Tokoh ilmuwan Islam yang manakah telah memberikan sumbangan dalam bidang matematik?
Ibn Jarih
Al-Khawarizmi
Wasil bin Ata
Malik bin al-Harith
Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang pendidikan?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat di Asia Tenggara.
Pasangan manakah yang betul?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Golongan ulama sangat berpengaruh dalam sistem pentadbiran di Acheh. Apakah peranan golongan tersebut?
Melantik pembesar negeri
Mengetuai upacara rasmi
Menetapkan protokol
Menasihati sultan
Rajah 1 menunjukkan undang-undang kerajaan Melayu.
Mengapakah undang-undang tersebut digubal?
Menyekat monopoli pedagang asing
Mengekalkan kuasa di tangan rakyat
Meningkatkan kecekapan pentadbiran
Menjamin keseragaman sistem kewangan
Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan perubahan di Eropah pada abad ke-18.
# Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Kemasukan buruh luar
Kemajuan kemudahan asas
Perkembangan bidang pertanian
Perkembangan sektor perindustrian
Revolusi Pertanian berlaku di Eropah pada abad ke-18.
Apakah sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian?
Membekalkan tenaga mahir
Menyediakan kawasan
Membekalkan modal
Menyediakan kemudahan asas
Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat Eropah yang melabur di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
· Sime Darby
· Guthrie
· Harrisons and Crosfield
Syarikat tersebut melabur dalam perusahaan
komunikasi
perladangan
pengangkutan
perlombongan
Jadual 1 berkaitan dengan enakmen yang diwartakan oleh British di Tanah Melayu.
Mengapakah enakmen tersebut diwartakan?
Membentuk masyarakat yang bersatu padu
Menyeragamkan kurikulum pelajaran
Menghapuskan pengaruh pengganas komunis
Mengehadkan kemasukan guru dari luar negara
Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkan
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuh
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Jadual 2 berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand.
Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut?
Persaingan kuasa besar
Pemantapan kuasa pemerintah
Pengekalan kemerdekaan negara
Penguasaan ekonomi oleh pembesar
Mengapakah penduduk tempatan Filipina menentang penjajah Sepanyol walaupun menganut kepercayaan yang sama?
Menjadi buruh paksa
Dianggap kelas kedua
Mazhab agama berbeza
Dikerah menjadi tentera
Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu padaawal abad ke-20 di Tanah Melayu.
· Warta Malaya
· Warta Negara
· Majlis
Apakah saranan tersebut?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera sebelum Perang Dunia Kedua.
# Pak Sako - Tanah Melayu
# Jose Rizal - Filipina
# Chairil Anwar - Indonesia
Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka?
Pembentukan kerajaan sendiri
Penggunaan bahasa peribumi
Penindasan terhadap rakyat
Pembelaan terhadap wanita
Apakah persamaan kandungan undang-undang tubuh kerajaan Melayu berikut?
# Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
# Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
Peranan mufti
Pewaris sultan
Tugas penasihat
Keselamatan sultan
Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke-19.
Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?
Realpolitik
Perjanjian
Perundingan damai
Kuat kuasa undang-undang
Pada tahun 1946, Sabah diserahkan kepada British oleh Syarikat Borneo Utara British.
Apakah kesan penyerahan tersebut terhadap Sabah?
Pentadbiran tradisional kekal
Sistem feudal berakhir
Menjadi tanah jajahan
Berkerajaan sendiri
Pertubuhan berikut wujud di Sabah pada tahun 1940an.
· Persatuan Melayu Jesselton (PMJ)
· Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pertubuhan tersebut?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Reid.
· Merangka perlembagaan negara
· X
Apakah X ?
Membendung kegiatan komunis
Menetapkan sempadan antara negeri
Menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong
Membentuk rupa bangsa di Tanah Melayu
Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?
Mendapat peluang mentadbir kerajaan
Mengekalkan pentadbiran tradisional
Mendapat pengiktirafan kuasa besar
Menjimatkan kewangan kerajaan
Mengapakah Indonesia melancarkan kempen Ganyang Malaysia pada tahun 1963?
Menguji kekuatan senjata
Mempertahan wilayah asal
Desakan pemimpin komunis
Hasutan penjajah Belanda
Mengapakah pada peringkat awal penduduk Sabah dan Sarawak menolak cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia?
Kurang yakin untuk memerintah sendiri
Terpengaruh dengan fahaman komunis
Menyokong Persekutuan Borneo
Tentangan daripada Indonesia
Masalah berikut dihadapi oleh seorang rakyat Malaysia.
· Disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh mahkamah
· Diisytiharkan muflis
Masalah tersebut menyebabkan beliau kehilangan hak ...
menganggotai parti politik
membuang undi
menjalankan kempen
menjadi calon pilihan raya
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia?
Tidak membenarkan wakil parti politik memantau pilihan raya
Tidak memihak kepada mana-mana parti politik
Membenarkan calon mengemukakan sebarang isu
Menyalurkan bantuan kewangan kepada parti yang bertanding
Pada tahun 1958, Pak Abu ingin mengusahakan tanaman pisang dan nangka seluas 20 hektar tetapi menghadapi masalah kekurangan modal.
Apakah agensi yang dapat membantu Pak Abu mengatasi masalah tersebut?
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Maklumat berikut berkaitan dengan matlamat kerajaan.
# Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?
Menambah pelaburan saham amanah
Meningkatkan produktiviti negara
Mengembangkan sektor pertanian
Memacu peranan sektor swasta
Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut?
Perancis bersekutu dengan Rusia
Wilayah Jerman diceroboh
Bakal raja Austria dibunuh
Pearl Harbour diserang
Melalui Komanwel, Malaysia dengan lantang menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Mengapakah Malaysia menentang ideologi tersebut?
Ideologi komunis berkembang
Perdagangan antarabangsa terjejas
Keselamatan negara jiran terancam
Penindasan terhadap rakyat berleluasa
