Font size
WorksheetsPengukuhan Sistem Bahasa BM UASA Tingkatan 3
Total questions: 26
Worksheet time: 16mins
Anak-anak arwah Tok Rahmat berpecah-belah gara-gara berebut ................. milik keluarga mereka di kampung.
harta karun
harta pusaka
harta benda
harta sepencarian
Yasmin mengerutkan dahinya kerana dia langsung tidak tahu-menahu ............ perkara itu.
oleh
akan
dengan
tentang
Seminar itu wajib dihadiri oleh ........... pelajar tingkatan tiga yang bakal menduduki peperiksaan PT3.
segenap
kebanyakan
semua
segala
Penunggang-penunggang motosikal berteduh di bawah jejantas dengan segera apabila hujan turun secara..........
laju-laju
tiba-tiba
deras-deras
lebat-lebat
"Biarlah ........... berhadapan dengan perajurit Jawa ini," kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.
beta
anda
patik
hamba
Beberapa............ serai dan pandan hidup subur di tepi pagar rumah mak ngah.
ruas
gugus
rumpun
lembar
Pak Mahat mengukir kayu itu dengan menggunakan sebilah ........
kapak
pahat
parang
gergaji
Pemuda itu berjaya mencipta sebuah kereta yang menggunakan ........... tinggi.
teknologi
gajet
interaksi
emosi
Pemain pertahanan JDT itu duduk lalu mengurut-urut bahagian betisnya yang.........
kejang
kembang
ketat
kecut
Sultan Johor .............. terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.
murka
marah
geram
bengang
Nasi yang ditanak oleh kakak ........... kerana dia terlupa menutup api dapur gas itu.
hangit
basi
tengik
busuk
Hubungan Marsya dan Raina menjadi .......... sejak berlakunya peristiwa perselisihan faham itu.
renggang
longgar
jarang
luas
"Borang pendaftaran ini harus diserahkan .......... guru bertugas pada minggu ini," kata pembantu pejabat itu.
ke
pada
kepada
daripada
"Rajin-rajinlah mengulang kaji pelajaran ............ kalian mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan." Kata Cikgu Amina.
atau
sambil
jikalau
supaya
Pelancong itu ............ peta bandar raya Kuala Lumpur untuk mengetahui lokasi tempat-tempat menarik yang dapat dikunjungi oleh mereka.
meneliti
mengintai
memeriksa
memandang
Kaki kanan Kelvin ............. ke dalam lubang yang agak dalam semasa di berjalan di tebing bukit itu.
terperosok
terjunam
tenggelam
tertimbus
Tanah yang ........... di daerah ini akan dijadikan kawasan pertanian.
terbiar
terabai
Penduduk kampung itu menentang ............ cadangan untuk membuka sebuah kilang di kampung mereka.
bulat-bulat
hidup-hidup
Semua murid akan ........... lagu Negaraku semasa perhimpunan mingguan sekolah diadakan.
menyanyikan
nyanyikan
Gunalan ........... anaknya memperkemas susunan pingat yang disimpan di dalam almari.
memerhatikan
diperhati
perhatikan
perhatian
Peribahasa yang sesuai dengan gambar ialah
Bagai bulan dipagar bintang
Bagai pinang dibelah dua
Bagai isi dengan kuku
Bagai aur dengan tebing
Peribahasa yang boleh dikaitkn dengan perbezaan yang sangat ketara ialah
seperti langit dengan bumi
seperti rumput di tepi jalan
seperti embun di hujung rumput
seperti rusa masuk kampung
Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan kehandalan dan kemahiran seseorang dalam meneliti sesuatu benda atau perkara ialah
hanya jauhari yang mengenal manikam
seperti harimau yang menyembunyikan kukunya
seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus
seperti ular menyusur akar takkan hilang bisanya
Amalan bermusyawarah dan bekerjasama membawa faedah kepada semua.
Peribahasa yang sesuai ialah
(a)
Nurin ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran, tetapi ibunya tidak menyetujui keputusannya kerana dianggap terlalu mencabar bagi Nurin yang memperoleh keputusan SPM yang kurang cemerlang. Nurin pula berpendapat bahawa semua bidang ada cabarannya, bak kata peribahasa
jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
tidak ada laut yang tidak berombak
Anak-anak arwah Tok Rahmat berpecah-belah gara-gara berebut ................. milik keluarga mereka di kampung.
harta karun
harta pusaka
harta benda
harta sepencarian
