wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kami berasa sedih dengan perletakan jawatan Dato Ahmad kerana ...... seorang ketua yang baik.

a)

dia

b)

beliau

c)

tuanku

d)

mereka

2.

“Segala titah tuanku sudah ...... laksanakan,” jelas Panglima Fateh.

a)

beta

b)

saya

c)

patik

d)

hamba

3.

Kedua-dua keluarga telah ..... dan bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan anak mereka pada Disember.

a)

berpesan

b)

bertekad

c)

berpendapat

d)

berbincang

4.

Encik Ali ..... melayan tetamu yang datang pada hari persandingan anaknya.

a)

meriah

b)

kecoh

c)

benci

d)

sibuk

5.

Rambut Aishah ..... kerana ditiup angin semasa menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi.

a)

kusut-masai

b)

hiruk-pikuk

c)

kelam-kabut

d)

lintang-pukang

6.

Mengapakah perempuan itu ....... anaknya di taman bunga?

a)

kemarahan

b)

memarahi

c)

dimarahi

d)

pemarah

7.

Kejayaan cemerlang murid itu dalam peperiksaan UPSR telah menjadi..... penduduk kampung.

a)

buan tangan

b)

buah fikiran

c)

buah hati

d)

buah mulut

8.

Si Kacak tidur di ..... meja makan selepas penat bermain.

a)

tepi

b)

atas

c)

bawah

d)

tengah

9.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Puan Lee telah menghantar barang itu ke rumah Encik Salman.

a)

Puan Lee dihantar oleh Encik Salman barang itu.

b)

Barang itu telah dihantar ke rumah Puan Lee oleh Encik Salman.

c)

Barang itu telah dihantar ke rumah Encik Salman oleh Puan Lee.

10.

....... Halim menjadi contoh kepada murid-murid lain.

a)

Ketekunan

b)

Bertekun

c)

Tertekun

d)

Bertekunkan

11.

Daun-daun kering ..... di halaman rumah apabila ditiup angin.

a)

penaburan

b)

bertaburan

c)

menaburkan

d)

bertaburan

12.

Kehidupan rakyat derita semasa zaman ...... Jepun.

a)

berkedudukan

b)

kedudukan

c)

pendudukan

d)

menduduki

13.

Jane ...... pengalaman bercutinya kepada kawan-kawan.

a)

penceritaan

b)

menceritai

c)

menceritakan

d)

pencerita

14.

Pak Busu akan ........ pembedahan pada minggu hadapan.

a)

menjalani

b)

menjalankan

c)

perjalanan

d)

dijalankan

15.

Kelihatan banyak burung ....... di langit.

a)

menerbangkan

b)

berterbangan

c)

penerbangan

d)

diterbangkan

16.

Skuad bola sepak yang terpilih ke pertandingan Piala Asia ..... oleh pemain-pemain muda.

a)

berbaris

b)

dibarisi

c)

perbarisan

d)

barisan

17.

Ramai murid tidak ....... pelajaran yang disampaikan oleh Cikgu Borhan.

a)

memahami

b)

kefahaman

c)

persefahaman

d)

pemahaman

18.

Sekolah kami telah ..... dengan pelbagai prasarana moden.

a)

melengkapi

b)

dilengkapi

c)

melengkapkan

d)

kelengkapan

19.

Persembahan teater itu telah .... oleh beribu-ribu penonton.

a)

menyaksikan

b)

disaksikan

c)

kesaksian

d)

penyaksian

20.

Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. .... akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.

a)

Beta

b)

Baginda

c)

Patik

d)

Tuanku