Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSI PdPR - 14/12/2020

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

- hati sentiasa gelisah

- rasa tidak bersalah apabila melakukan kejahatan

- tidak merasa perlu melakukan kebaikan


Kenyataan diatas merujuk kepada..........

a)

ciri2 orang yang fasik

b)

ciri2 orang yang mensyirikkan Allah

c)

ciri2 orang yang melakukan perkara2 khurafat

d)

ciri2 orang yang lemah iman

2.

Antara berikut yang manakah contoh perlakuan dosa kecil?

a)

menyentuh al-quran tanpa wudhuk

b)

memberi gelaran buruk

c)

menilik nasib

d)

mengumpat

3.

- Azan 2 kali sebelum solat jumaat.

- talak 3 dengan satu lafaz dikira talak 3.

- penangguhan pelaksanaan hukuman hudud semasa musim kebuluran.


Penyataan diatas merujuk kepada perkembangan perundangan Islam pada zaman.........

a)

Rasulullah

b)

Sahabat

c)

Tabi'in

d)

Tabi' tabi'in

4.

Pengasas kepada ilmu usul fiqh ialah ......

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik bin Anas

c)

Imam Muhamad bin Idris

d)

Imam Ahmad bin Hanbal

5.

Seorang lelaki menjual anggur kepada pembuat arak.


Pernyataan di atas merujuk kepada jenis Saddu Az-zarai' iaitu ..........

a)

sesuatu yang pasti membawa kepada keburukan

b)

sesuatu yang besar kemungkinan membawa kepada keburukan

c)

sesuatu yang berkemungkinan membawa kepada keburukan

d)

sesuatu yang jarang membawa kepada keburukan

6.

Berikut adalah hikmah Nasakh kecuali.......

a)

mengelakkan berlaku kesamaran dalam penetapan hukum syarak

b)

menolak kesulitan yang timbul daripada hukum yang dinasakhkan

c)

menguji keimanan dan ketaqwaan seseorang dengan perintah dan larangan Allah

d)

mengubah sesuatu perkara secara beransur-ansur sebagai suatu proses pendidikan

7.

Berikut adalah perbuatan mengumpat yang diharuskan dalam Islam KECUALI......

a)

menyebut kelemahan dan kekurangan orang lain

b)

orang yang dizalimi mengadu kepada hakim atau pihak yang berkuasa

c)

menyebut keburukan orang yang berterusan dan terang-terangan melakukan maksiat

d)

menerangkan kekurangan perawi hadis dan pimpinan masyarakat yang tidak mempunyai keahlian dalam bidang tersebut

8.

Hukuman membunuh tanpa sengaja orang kafir dinegara kafir dikenakan hukuman .........

a)

membayar kafarah dan diat

b)

membebaskan seorang hamba yang mukmin

c)

membayar diat kepada keluarga si mati

d)

qisas jika dituntut oleh keluarga si mati

9.

Antara hikmah wukuf di Arafah ialah......

a)

dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan umat Islam

b)

dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

c)

melahirkan umat Islam yang berakhlak mulia

d)

mengingatkan kita kepada pengadilan di padang Mahsyar

10.

- selesai melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah

- keluar dari Mina pada 12 Zuhijjah

- berazam tidak akan kembali ke Mina


Pernyataan di atas merujuk kepada.....

a)

Nafar Thani

b)

Nafar Awal

c)

Tahallul Thani

d)

Tahallul Awal

11.

Antara berikut, yang manakah keadaan sunat bertalbiah (Labbaikallahummalabbaik)?

a)

ketika tawaf dan bersaie

b)

selepas melontar di jamrah aqabah

c)

selepas tawaf dan bercukur

d)

selepas berihram di miqat

12.

Apakah jenis dam yang dikenakan terhadap jemaah haji yang melakukan Haji Tamattuk?

a)

Takhyir dan taqdir

b)

Takhyir dan ta'dil

c)

Tertib dan taqdir

d)

Tertib dan ta'dil

13.

Tahnik ialah......

a)

menamakan bayi dengan nama yang baik

b)

mencukur rambut bayi pada hari aqiqah

c)

membelah mulut bayi dengan buah tamar

d)

azan dan iqamah ditelinga bayi

14.

Pemilihan pembeli sama ada untuk meneruskan jual beli atau membatalkan pada ketika didapati ada kecacatan pada barang yang dibeli.


Pernyataan di atas merujuk kepada........

a)

Bai'u bi samanil ajil

b)

Bai'ussalam

c)

khiyar syarat

d)

khiyar aib

15.

Antara berikut, yang manakah pernyataan yang benar mengenai syarat adil bagi wali......

a)

mempunyai ingatan yang kuat

b)

tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah dirinya

c)

selamat dari penyakit yang merosakkan penglihatan

d)

tidak tertegah dengan sifat bodoh

16.

IBU ---> X ---> BAPA


Rajah di atas menunjukkan susunan Hadhonah. X ialah...

a)

kakak atau adik perempuan

b)

nenek sebelah bapa hingga ke atas

c)

nenek sebelah ibu hingga ke atas

d)

kakak atau adik perempuan seibu sebapa

17.

Berikut adalah situasi yang BENAR tentang iddah kiraan bulan iaitu.....

a)

Aminah diceraikan dalam keadaan haid

b)

Fatimah diceraikan dalam keadaan mengandung

c)

Latifah telah kematian suaminya dalam keadaan haid

d)

Rohani diceraikan dalam keadaan putus haid

18.

WAN AZRUL seorang yang seimbang keinginannya dalam berkahwin. Beliau mampu menjaga dirinya daripada terjerumus dalam zina. Jika berkahwin, tidak akan menzalimi isterinya.


Hukum berkahwin bagi Wan Azrul ialah......

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

19.

Antara berikut, yang manakah BUKAN bidang kuasa hakim?

a)

menyelesaikan perselisihan dalam masyarakat

b)

menyalurkan bantuan bimbingan dan kaunseling

c)

mengawasi harta wakaf dengan memelihara dan mengembangkannya

d)

mengembalikan hak kepada yang berhak

20.

Berikut adalah kaedah pensabitan dalam hukuman jenayah Islam KECUALI.....

a)

ikrar

b)

takririyah

c)

syahadah

d)

qarinah