NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa
Total questions: 80
Worksheet time: 40mins
Beliau dianggap __________ yang ulung kerana telah memberikan sumbangan yang besar dalam memerdekakan tanah air.
sejarawan
negarawan
budayawan
sasterawan
Pegawai-pegawai kerajaan hendaklah memberikan __________ yang terbaik.
perkhidmatan
persediaan
persembahan
penyataan
_____________ polis menangkap penjenayah itu mendapat pujian daripada orang awam.
kebaikan
ketepatan
kecekapan
kepandaian
Kerajaan akan berganding bahu dengan sektor swasta untuk meningkatkan ekonomi negara agar __________ negara akan berkekalan.
kebahagiaan
ketenteraman
kemewahan
kemakmuran
Sebelum penangkapan dibuat, polis telah melakukan __________ di tempat permbunyian penjenayah itu.
lawatan
risikan
tilikan
kunjungan
Bangunan __________ langit itu milik Tan Sri Vincent Tan.
pencakar
pencerah
pelengkap
pendakap
__________ biola Hamzah Dolmat sungguh syahdu dan mengasyikkan.
Geseran
Gesekan
Gesekan
Bisikan
Pemergiannya merupakan suatu __________ besar kepada syarikat itu.
kelenyaan
kekurangan
ketiadaan
kehilangan
__________ bola sepak itu sudah bermula.
Perlawanan
Persembahan
Perbalahan
Pertentangan
Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap __________ harga tambang bas.
kebesaran
kenaikan
ketinggian
kecepatan
Saya berhasrat untuk mengadukan hal itu kepada pihak __________
bawahan
besaran
atasan
arahan
Masalah __________ bekalan air semakin kerap berlaku di kampung itu.
halangan
sekatan
kawalan
gangguan
__________ berpegangan tangan semasa melintas jalan raya.
saya
mereka
beliau
kalian
"Akan patik laksanakan segala titah __________ dengan sebaik-baiknya." sembah Bendahara Tun Perak.
beta
tuanku
hamba
engkau
Ailin suka berjenaka. __________ sangat popular di sekolahnya.
Saya
Beliau
Dia
Kalian
Ketokohan __________ sebagai negarawan ulung sukar untuk ditandingi.
baginda
tuanku
beliau
mereka
____________ peserta dikehendaki berkumpul di dewan sekolah.
setengah
para
pelbagai
separuh
Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan _______ pertanyaan tidak akan dilayan.
beberapa
sekalian
seluruh
segala
Sudah __________ lamanya dia tidak pulang ke kampung.
berbulan-bulan
ketiga-ketiga
berbagai-bagai
berlama-lama
Encik Lim menyusun beberapa _____ tomato sebagai hiasan pada hidangan itu.
hiris
ketul
urat
potong
Mary bercadang ingin membelikan _____ baju kurung kepada ibunya untuk dipakai pada hari raya.
sekeping
sehelai
sepasang
selembar
Manjit sedang menghalau _______ lembu masuk ke dalam kandang.
seberkas
sepasukan
segerombolan
sekawan
Encik Leong menjual se_______ tanahnya kepada Encik Yong.
buah
gugus
keping
bidang
Lim mempunyai lima ______ rumah kedai.
biji
buah
pintu
baris
Puan Aminah membeli dua ______ rantai di kedai emas.
utas
urat
gugus
untai
Hasil ____ pemeriksaan yang telah dijalankan, budak itu disahkan tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya.
dari
dengan
oleh
daripada
Pak Mat sering terkenang ______ peristiwa suka duka sewaktu dia menjadi tentera dahulu.
akan
dengan
oleh
pada
Senjata yang menjadi bahan bukti bagi ke situ ada ____ pihak polis.
kepada
dengan
untuk
pada
Puan Yau akan menyampaikan ceramah _____ teknik menjawab Bahasa Melayu.
kepada
tentang
dengan
bagi
Pakcik Ali telah tinggal di kampung ini _______ dua puluh tahun yang lalu.
dari
pada
sejak
seperti
Pusat Bahasa itu akan dirasmikan _____ Pegawai Pendidikan Daerah.
akan
dari
daripada
oleh
Abang berbual _______ kawan-kawannya di ruang tamu.
dengan
terhadap
tentang
untuk
______ pelajar, kamu hendaklah sentiasa mengikut nasihat guru-guru.
sebagai
tentang
seperti
sejak
Meja kayu antik diletakkan di _____ ruang tamu.
sudut
belakang
bawah
atas
Rumah datuk saya terletak di ______ sungai.
tepi
tengah
muara
bawah
Ikan-ikan emas bergelimpangan di ____ lantai apabila akuarium pecah.
pinggir
dalam
atas
bawah
Bengkel motosikal ayah Weng Kong terletak di ____ rumahnya.
belakang
atas
hujung
dalam
Setiap pagi murid perlu beratur di ___ kelas.
sisi
hujung
sudut
luar
Lebuh raya PLUS menganjur dari utara hingga ke _____ Semenanjung Malaysia.
timur
selatan
barat
tenggara
Anak-anak akan berasa bahagia jika mereka selalu berada di ___ ibu bapa.
dalam
samping
tepi
hadapan
Ibu menghiris daging yang ___ itu nipis-nipis untuk dihidangkan kepada tetamu.
gebu
kental
kenyal
mampat
Ali berasa ____ ketika menghadiri majlis perkahwinan kerabat diraja itu.
kekok
aneh
asing
pelik
Kakinya terasa ____ kerana terlalu jauh berjalan.
lembik
lmau
lenguh
kecut
Dia didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan fikiran yang ____
bersih
baik
sihat
waras
Perayu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus ____
kencang
pantas
laju
deras
Kami sungguh _____ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak pembangkang.
kagum
hairan
sangsi
kaget
Keadaan yang ____ yang wujud di negara kita telah menggalakkan kehadiran pelancong dari seluruh dunia.
segar
indah
bersih
amn
Bunyi letupan itu amat ____ sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan.
kuat
bising
teguh
hebat
Para pemandu diminta memperlahankan kenderaan masing-masing apabila melalui jalan yang _____ itu.
lebar
curam
condong
berat
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap golongan tertentu yang cuba _____ mata mereka dengan janji-janji manis.
mengaburi
meracuni
merabuni
melindungi
Sejak kejadian itu, tiada sesiapa pun yang berani ______ banglo dua tingkat tersebut sehingga kawasan sekitarnya dipenuhi lalang.
menakluki
mendiami
mendekati
memasuki
Beberapa buah kapal kontena sedang _____ di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
bertemu
bersidai
berlabuh
bertaut
Kerajaan akan _______ kempen keselamatan jalan raya pada musim perayaan.
memperlebar
memperbanyak
memperhebat
memperluas
Cincin yang cantik itu ____ tida biji batu permata.
berlandaskan
bertandakan
bertatahkan
bersulamkan
Paukan Melaka berjaya _______ permainan itu dalam separuh masa pertama.
mengatasi
menguasai
menangani
melindungi
Jawatankuasa lama telah ______ dan diganti dengan jawatakuasa yang baru dilantik.
dibubarkan
disisihkan
dikelaurkan
dijauhkan
Pihak Majlis Bandaran akan menangkap haiwan ternakan yang ________.
berserakan
berhamburan
berhampiran
berkeliaran
Para pejuang itu masih mampu ____ di atas bukit walaupun sudah dua minggu bertempur dengan pihak musuh.
bertindak
berbalas
bertahan
berlindung
Pemain badminton itu mungkin ______ dapat menerima kekalahannya kerana wajahnya tidak semuram tadi.
sudah
belum
masih
akan
Mereka akan bertolak ke Johor ______
tadi
semalam
esok
kini
Sufian tiada di bengkel keretanya ______
barangkali
agak
hanya
cuma
Indah _____ pemandangan di kampung nelayan itu.
nian
agak
paling
begitu
Beberapa orang penduduk ____ yang tidak menentang projek ternakan ayam di kampung itu.
hanya
jua
cuma
sahaja
Azman ______ terjatuh ke dalam parit itu kerana basikalnya terlanggar batu.
nyaris
langsung
akan
belum
Sejak Mei Ling berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, dia tidak ____ datang ke rumah saya lagi.
masih
pernah
cuma
belum
Walaupun kedengaran ayam berkokok bersahut-sahutan, namun anak-anak Mak Cik Salmi _____ tidur.
akan
barangkali
masih
belum
Walaupun sakit, dia ____ mahu ke klinik kerana dia amat takut akan jarum suntikan.
kelak
akan
tidak
bukan
"Kalau _____ pendapat ayah, saya tidak ada apa-apa bantahan," ujarku kpada kakak.
begitu
telah
barangkali
tidak
Dia berkata ______ semata-mata untuk mengaburi mata orng lain.
mungkin
barangkali
agaknya
demikian
Baik yang muda ______ yang tua sangat meminati Dato' Sri Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi nombor 1 Malaysia.
baik
walaupun
bahkan jua
mahupun
Kamus Dewan berguna bukan sahaja kepada guru ____ bagi murid.
tetapi juga
semakin
tambahan pula
pun
"Saya berharap ____ kamu semua menjawab soalan Pntaksiran Tingkatan 4 nanti dengan tenangnya, dan telitinya," kata Pengetua kepada pelajarnya.
apabila
andai kata
biarpun
agar
_______ Ailin berpindah ke sekolah ini, pelajarannya bertambah baik.
Jika
Sejak
Taktala
Taktala
______ berangkat ke Kota Kinabalu, ayah menasihati saya agar belajar bersungguh-sungguh.
sebelum
selepas
sekiranya
sejak
Pak Abu akan terus mencari nafkah untuk keluarganya _____ masih terdaya.
selagi
setelah
sehingga
sewaktu
Nancy dinaikkan pangkat _____ dia rajin bekerja.
kerana
lalu
maka
tetapi
______ hari sudah jauh malam, kakak belum pulang jua.
ketika
sekiranya
taktala
walaupun
_______ Mary mendapat keputusan cemerlang dalam PT3, dia akan dihadiahi sebuah komputer ria oleh bapanya.
jika
apabila
sejak
setelah
Ayah membuka kasut ____ masuk ke dalam rumah.
maka
serta
dan
lalu
Daging kambing panggang tidak dapat dimakan kerana terlalu _____.
keras
liat
lembut
empuk
